Dengan lantang persis seorang anak jantan Najib bukan sekadar menyatakan tidak pernah bertemu, atau kenal dengan Alttantuya Sheribu,malahan beliau juga menafikan menjalin hubungan dengan mangsa pembunuhan paling sadis abad ini di mana perbicaraan berhubung kes pembunuhan tersebut masih dibicarakan di mahkamah tinggi Shah Alam lebih 150 hari lamanya.
Sebelum itu semasa heboh cerita liwat meliwat seperti yang dilaporkan oleh budak pembacuh kopi Saiful Bahari terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga membawa ke babak melafazkan sumpah Al Quran di Masjid Wilayah Persekutuan, Najib juga pada mulanya seakan bersumpah mengatakan dia tidak pernah kenal dengan Saiful Bahari.
Pada kenyataan akhbar pertamanya apabila menjawab soalan media Najib menyatakan dia tidak kenal siapa Saiful. Dua hari selepas itu dia mengatakan bahawa Pegawai di pejabatnya memang ada berjumpa dengan Saiful berbincang soal pinjaman biasiswa, itupun dua tahun lalu.
Tup-tup selepas lima hari meledak berita pengakuan terbuka Najib menceritakan bahawa budak pembacuh kopi yang mengaku diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemuinya pada 25 Julai sebelum membuat laporan polis dan melakukan pemerikasaan doktor di Hospital Pusrawi dan Hospital Besar Kuala Lumpur.
“Dia datang menemui saya dalam keadaan truma dan menggigil memberitahu dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan saya menasihatinya supaya menyelesaikannya sendiri. Saya tidak berbincang dengannya untuk membuat aduan polis.” Begitulah menurut kenyataan Najib yang tersiar di kesemua dada akhbar arus Perdana.
“Yang menjadi pelik dan ajaibnya, dalam laporan Saiful kononnya dia diliwat pada 26 Julai. Dalam erti kata lain, dengan terketar-ketar dan berada dalam truma pun Saiful masih mencari Anwar Ibrahim untuk diliwat.......” demikian menurut Saifuddin Nasation bagi menjawab dan menangkis dakwaan lewat tersebut.
Terbaru Najib menghebahkan kepada media bahawa dalam isu peralihan kuasa seperti yang dipersetujui bersama antaranya dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Presiden UMNO, beliau mahukan agar tempoh serta jangka waktu pelan peralihan tersebut diputuskan di peringkat Persidangan Tahunan Umno Bahagian di seluruh negara.
Baca selanjutnya.....