Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, September 2, 2008

    LAGI PENDEDAHAN DI SEBALIK SUMPAH SAIFUL

    Pelakon utama kes liwat, Saiful Bukhari Azlan pada awalnya dikatakan mahu bersumpah laknat di Masjid Negara, namun apabila ramai membantah tiba-tiba ia diubah ke Masjid Wilayah.

    Imam Masjid Negara, Ustaz Zulkifli Salleh mendakwa pertikaian sebelum ini timbul siapa yang hendak menjadi saksi upacara sumpah itu.

    "Tiba-tiba saya mendengar Saiful bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan. Pada hari bersumpah itu saya sedang mengajar di tempat lain," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

    Masjid Wilayah Persekutuan berada di bawah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

    Bagaimanapun katanya beliau difahamkan kakitangan masjid itu enggan memberi Saiful masuk pada awalnya sehingga pihak atasan Jawi campur tangan.

    Beliau berkata, ketika Saiful berada dalam Masjid Wilayah Persekutuan itu, imam rawatib, Romlang Porogi diminta pihak atasan duduk di samping Saiful.

    "Tiba-tiba pada ketika itu lafaz sumpah Saiful tersasul dengan mengatakan wataala, sedangkan watallahi," ujarnya.

    Sedangkan kata beliau dalam Islam, pihak yang membuat tuduhan mestilah mengemukakan empat saksi.

    Petikan dari Harakah