Hari ini, saya telah diamanahkan satu tugas yang amat berat. Tugas dan tanggungjawab yang besar. Suatu amanah yang menuntut komitmen yang jitu. Memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Hamparan tugas yang terbentang, perlu ditangani dengan hemah dan kebijaksanaan.
Menjadi Setiausaha Perhubungan Negeri, Parti Keadilan Rakyat, Sarawak, bukanlah suatu tugas yang mudah.
Dengan keluasan Sarawak yang menyamai Semenanjung, maka saya perlu bekerja 12 kali ganda lebih, untuk menerajui PKR yang kian pesat berkembang ini. Tentunya nanti dalam melaksanakan tugasan, akan berhadapan dengan pelbagai karenah, halangan, birokrasi serta berhadapan dengan pelbagai jenis manusia. Kesabaran, kesungguhan dan ketekunan, insyaAllah akan menjadi teman perjuangan.
PKR Sarawak mempunyai 31 buah Bahagian yang menggunakan persempadanan kawasan parlimen. Dengan 13 bahagian sudah sah berdaftar, maka tugas menyelaras penubuhan 18 bahagian lagi memang sesuatu yang berat untuk dipikul sendirian.
Arus kemasukan ahli baru juga menuntut perhatian yang bukan sedikit. Setakat ini hampir 10,000 permohonan untuk menjadi ahli sedang diproses.
Gugusan ahli jawatankuasa dengan tuntas minda yang sudah lali berjuang dalam kepayahan, menguatkan semangat menyahut cabaran menggalas jawatan hangat, jawatan glamour, jawatan penentu hala tuju PKR Sarawak.