Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, September 30, 2008

    SALAM LEBARAN

    Memanjat rasa syukur dianugerahkan rahmat untuk bersama-sama sekali lagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Aidil Fitri adalah hadiah istimewa buat mereka yang berjaya mengharungi keperitan dan kenikmatan berpuasa, menahan lapar dahaga, mengekang hawa nafsu.
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kepada teman-teman silalah ke rumah.

    Sunday, September 28, 2008

    BARISAN KABINET YANG MANTAP

    Satu barisan yang mantap dengan adunan muka lama dan baru. Itu komen awal yang dapat diberikan terhadap kabinet Perhubungan Negeri Sarawak yang baru. Pengesahan pembentukan jawatankuasa baru di bawah kepimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri, YB Dominique Ng telah dibuat semasa mesyuarat perhubungan negeri pada 27 September.
    Mesyuarat hampir 3 jam itu juga meluluskan sebulat suara beberapa resolusi. Di antaranya ialah, mendapatkan kebenaran daripada pusat untuk Perhubungan Negeri mengambil tindakan menggantung sementara keahlian mana-mana ahli parti yang melanggar disiplin serta bertindak keterlaluan terhadap dasar parti.
    Mana-mana ahli yang ingin membuat kenyataan media tentang penubuhan bahagian,cawangan atau berkaitan dasar parti hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada Perhubungan Negeri. Ini untuk mengelak salah tafsir dan kekeliruan orang ramai.
    Sehubungan itu, Perhubungan Negeri mengikut jejak pusat untuk memboikot Utusan Malaysia yang telah berulangkali melaporkan berita yang tidak tepat tentang PKR. Manakala tindakan terhadap Sin Chew Daily ialah 'no entertain policies' disebabkan laporan mereka yang selalu memperkecil-kecilkan pemimpin PKR negeri dan Pusat. Contoh paling nyata ialah semasa lawatan DSAI ke Lubok Antu di mana Sin Chew telah dengan sengaja melaporkan di muka depan kononnya kehadiran cuma 500 orang dan Anwar gagal menarik sokongan penduduk luar bandar.
    Berkaitan derma dan sumbangan orang ramai hendaklah dibentangkan laporan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri supaya urusan tersebut lebih teratur dan telus.



    Friday, September 26, 2008

    JEJAK FAKIR SADONG JAYA

    Setelah berbincang dengan rakan-rakan, maka akan dilancarkan satu tabung bantuan yang dinamakan "JEJAK FAKIR SADONG JAYA" Tabung ini merupakan pengumpulan dana berbentuk wang yang akan disalurkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim serta mereka yang berkelayakan mendapatkan bantuan di DUN Sadong Jaya. Satu majlis ringkas akan diadakan dalam masa terdekat.
    Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berhubung dengan Cikgu Piee Ling, 014 886 0118 atau bank-in ke Akaun Maybank - 16111 881 3235. Segala sumbangan amat dihargai dan didahului setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

    ALAHAI TURUN SEPULUH SEN AJE KE?



    Tepat jam 00.01 am, 25 September 2008, tercatat lagi sejarah turun naik harga minyak di Malaysia. Penurunan kali ini sebanyak RM0.10/liter menjadikan harganya kepada RM2.45/liter.
    Maka terpancullah komen yang molek-molek daripada pemimpin Bee End.
    Hadiah hari rayalah, keprihatinan kerajaan kepada rakyatlah, kebijaksanaan pentadbiran Bee Endlah serta macam-macam lagi pujian melangit. Semua ini menjurus kepada bagaimana baiknya kerajaan Bee End mengurus ekonomi negara.
    Apa ke jadahnya semua ini? Kemudian merayu-rayu kepada peniaga supaya bertimbangrasa kepada pengguna. Turunkan harga barang sebab kerajaan dah turunkan harga minyak! Pelik, tetapi itulah rayuan Pak Menteri Bee End kepada peniaga dan pemborong.
    Malangnya, harga barang belum juga turun-turun. Kita boleh membuat tinjauan sendiri di pasar-pasar, kedai-kedai, pasaraya, mana ada barang yang diturunkan harga pada 00.01 am itu.
    Penurunan harga RM0.25 pada 23 Ogos dulupun belum menampakkan perubahan, inikan pula cuma 0.10 sen.
    Lainlah, apabila minyak dinaikkan 0.78 sen/liter daripada RM1.92 kepada RM1.70 pada 5 Jun lalu, keesokan harinya, berlumba-lumba peniaga dan pemborong menaikkan harga barang.
    Jika sudah naik, memang susah atau lambat hendak turun semula. Kalau yang 'itu' naik tak apalah juga. Ada juga faedahnya.
    Ini menunjukkan kebenaran hujah Pakatan Rakyat membantah kenaikan mendadak harga minyak Jun lalu. Pasti yang menerima bebannya adalah rakyat kebanyakan. Jika harga barang sudah melambung, walaupun diturunkan harga minyak kesannya akan lambat pulih.
    Inikah yang dikatakan dasar ekonomi yang bijak? Inikah yang dibangga-bangga oleh pemimpin Bee End yang mereka prihatin terhadap rakyat? Lu fikirlah sendiri.....

    Thursday, September 25, 2008

    WAWANCARA BERSAMA SI PEMBAWA SURAT - JOHARI ABDUL

    HARAKAH: Setengah pihak menimbulkan kekeliruan mengenai tarikh 16 September. Ada yang beranggapan tarikh tersebut merupakan tarikh akan terbentuk sebuah kerajaan baru di Malaysia. Boleh saudara jelaskan kenapa tarikh tersebut dipilih dan macam mana perkembangan pembentukan kerajaan baru ini?

    JOHARI ABDUL(Gambar bawah): Pemimpin pakatan rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP memilih tarikh 16 September kerana ia merupakan tarikh penubuhan Malaysia. Malah kita juga telah mendokong agar tarikh tersebut dijadikan cuti umum.

    Tarikh 31 Ogos adalah tarikh Tanah Melayu mencapai kemerdekaan namun ianya belum lagi disertai oleh Sabah dan Sarawak. Tarikh 16 September itu adalah tarikh keramat yang menyatukan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

    Image Namun begitu kita menyebut tarikh 16 September sebagai tarikh akan berlakunya proses untuk perubahan kerajaan. Ia bukan mengambil masa yang singkat seperti pertukaran jawatankuasa PIBG, pertukaran kerajaan atau proses mengambil alih sebuah kerajaan ini harus mengalami satu proses yang panjang dan juga perlu melalui pelbagai peringkat baik dari segi undang-undang dan juga perlembagaan.

    Dato' Seri Anwar sendiri memegang prinsip apa-apa proses peralihan kuasa harus dilakukan dengan penuh tertib kalau tidak kita akan jadi macam negara lain seperti kita tengok di Thailand, dah berapa Perdana Menteri tetapi masih banyak juga yang belum selesai. Sebab itu kita lakukan dengan penuh cermat dan bersistematik.

    16 September itu adalah asas tarikh kita. Ia boleh jadi lebih dari tarikh itu. Tetapi harus faham 16 September itu adalah titik tolak atau tarikh permulaan proses pengambilalihan kerajaan.

    Contohnya pada 15 September lalu, saya bersama Dr Hatta Ramli Ramli dan wakil DAP ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan surat yang meminta Perdana Menteri agar bertemu dengan Pemimpin Pakatan Rakyat.

    Tetapi Perdana Menteri menolak permintaan kita itu. Dia tak mahu layan permintaan kita.

    Itu proses yang pertama, yang paling lembut kita minta tetapi kalau dia tak nak kita hantar sekali lagi surat minta supaya proses ini dilakukan melalui parlimen.

    Kalau Abdullah merasakan cara menyerahkan kerajaan dengan rundingan itu menderhaka kepada Umno atau BN tak mengapa kita pergi ke parlimen. Kita hantar satu lagi surat minta diadakan sidang tergempar parlimen.

    Kita hantar surat ini lebih awal dari tarikh yang kita minta diadakan sidang tergempar itu. Kita minta dia fikir panjang-panjang dan dia ada masa untuk buat keputusan. Empat ke lima hari untuk buat keputusan. Kita hantar hari mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan.

    Selepas itu Abdullah buat sidang media katakan tak perlu adakan sidang tergempar pada 23 September kerana parlimen akan bersidang pada 13 Oktober.

    Ada sebab dan strategi kita pilih 23 September. Kita bukan hanya main pilih sahaja. Kenapa kita minta tarikh itu, kerana masalah dalam Umno itu sendiri dah teruk hingga menjejaskan ekonomi.

    Abdullah mendakwa Anwar adalah punca ekonomi negara ini semakin meruncing. Apa pendapat saudara?

    Mereka ini dalam keadaan terdesak jadi mereka cari sasaran lain untuk tutup kelemahan mereka sendiri tapi dia harus ingat pelabur tak masuk bukan tahun ini tetapi sejak empat tahun dulu.

    Bila dia ambil alih dari Dr Mahathir, pelabur dah mula tak yakin dengan dia. Ini bukan masalah kita. Ahli kabinet dia sendiri kritik dia secara terbuka kenapa dia nak kata ini salah Anwar?

    Cuba lihat SAPP keluar dari BN, mereka keluar bukan sebab kita tetapi sebab sudah tak yakin dengan BN. Dan bila mereka nak join kita, tentulah kita terima. Tetapi asasnya, mereka sudah hilang keyakinan kepada BN.

    Setakat ini berapa bilangan Ahli Parlimen BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat?

    Anwar sebut kita sudah melepasi angka 31 tetapi kita tak nak sebut berapa jumlahnya. Yang penting kita sudah ada lebih 31 orang ahli parlimen untuk membentuk kerajaan. Kalau kita sebut, macam-macam yang akan dilakukan oleh BN. Ini akan menjadikan huru-hara. Kita tak nak perkara itu berlaku.

    Ini kali pertama pengambil alihan kerajaan berlaku di negara ini. Sebelum ini tak pernah beralaku. Kita belajar dari apa yang berlaku di Thailand dan Filipina.

    Kita perlu lakukan dengan penuh cermat kerana kita sedar negara ini amat sensitif dengan masalah kaum. Sekali anda jolok saja soal ini, dia akan meletup. Dan ini yang mereka cuba lakukan seperti di Pulau Pinang baru-baru ini tetapi kerana kita dah tahu itu adalah senjata mereka jadi kita tak respon.

    Kemudian Raja Petra dan Teresa ditangkap. Wartawan dan blogger ditangkap. Ini semua tujuan untuk menakut-nakutkan blogger dan wartawan serta aktivis atau ahli politik. Ini semua kita tahu dan sebab itu kita tak respon kepada perkara ini.

    Image Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Anwar hendaklah mengemukakan usul terhadap kerajaan dan jika terbukti cukup majoriti, barulah beliau boleh mengadap YDP Agong, pandangan saudara?

    Betul. Sebab itu kita minta diadakan sidang tergempar parlimen. Tetapi bukan itu sahaja penyelesaiannya. Masih ada cara lain mengikut perlembagaan. Tapi kita tak bermaksud nak menyanggah kenyataan KuLi.

    Tetapi kita rujuk dengan pakar-pakar perundangan dan perlembagaan jadi kita lakukan satu demi satu mengikut apa yang perlu.

    Bagaimana dengan tuduhan membeli wakil rakyat BN?

    Nak beli berapa kita nak beli? Sejuta? Dua juta? Kalau kita nak beli berapa puluh juta kita ada? Ini cuma propanganda dari mereka yang nak menunjukkan bahawa mereka adalah yang paling setia dalam BN. Mereka gunakan material sebagai bahannya.

    Kita tak pernah buat apa-apa tawaran kerana kita berpegang pada prinsip yang telah kita sepakati. Kita tak nak mereka yang boleh dibeli dengan wang keran mereka ini kalau katakan hari ini kita tawar sejuta mereka masuk, esok kalau ada orang lain tawar dua juta, dia pergi kesana pula. Kita tak nak yang macam ini.

    Wawancara penuh dalam Harakah Edisi 1378

    Wednesday, September 24, 2008

    LANGKAH SETERUSNYA UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN

    — KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

    Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.

    Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

    Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara. Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri - di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

    Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

    Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

    Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

    ANWAR IBRAHIM
    Ketua Pembangkang
    Ketua Umum KeADILan.

    Tuesday, September 23, 2008

    ROMBAKAN BARISAN JAWATANKUASA NEGERI

    Parti Keadilan Rakyat Negeri Sarawak, dijangka akan melakukan rombakan dan penyusunan semula barisan 'kabinet' demi memperkasa dan memartabatkan lagi perjuangan parti. secara keseluruhannya. Rombakan dijangka akan diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri, (PPN) YB Dominic Ng dalam mesyuarat jawatankuasa negeri Sabtu ini.
    Penyusunan semula ini melibatkan kemasukan beberapa muka baru serta menggugurkan beberapa muka lama. Beberapa tokoh profesional dari golongan Dayak, Cina dan Melayu yang telah menganggotai PKR dijangka diketengahkan sebagai persiapan menghadapi pilihanraya DUN Sarawak ke-11.
    PKR dan Pakatan Rakyat telah menggariskan bahawa Projek Tawan DUN Sarawak akan menjadi agenda utama selepas peralihan kuasa di peringkat pusat. Arus tsunami yang dimulakan di Padungan pada 2006, telah merebak ke Semenanjung pada Mac 2008. Kejayaan yang serupa diharap dapat direalisasikan semasa pilihanraya itu nanti.
    Dun Sarawak mempunyai 71 ahli dewan undangan negeri. PKR cuma diwakili oleh PPN yang memenangi kerusi Padungan, 5 lagi dari DAP. Manakala anggota Bebas tunggal lebih pro kepada Taib. Selebihnya adalah anggota dari BN.
    Diharapkan, PKR dengan bantuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan barisan kabinetnya, 4 Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri Pakatan Rakyat serta barisan jawatankuasa negeri yang baru, akan dapat menggapai misi Tawan DUN Sarawak ke-11 yang dijangka diadakan pada 2009.

    Monday, September 22, 2008

    AGONG WITH THE RAKYAT

    Our DYMM Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan is exceptional and extraordinary King. The Royal Highness has showed his wisdom and intelligent by using his power for not giving a consent for the appointment of Idris Jusoh as a Terengganu Menteri Besar. It shows that he is with rakyat. Sultan Mizan is a King that protect the interest of nation and rakyat jelata. He is a symbol of Constitutional Monarchy(Raja Perlembagaan)that Malaysia has been practising since independence. In Malays, we always say, Sultan adalah payung kepada rakyat. He is the King of tha nation. I strongly believe with his wisdom and power that he has, our King will take Msia out from this political crisis.

    It is just a matter of time BN/UMNO government will be collapsed. Their days are numbered by hours and days because they no longer enjot the RAKYAT support. Sooner or later they will no longer the government in power. A lot ot factors i.e fuel , food crisis, confident crisis, leadership crisis and mishandling of nation’s political and economy contributes their down fall.

    Can’t wait to see NEW DAWN of MALAYSIA.

    May Allah help us in getting out from this worse political crisis in Malaysia history and make Malaysia a better place for every single Malaysian

    Pendukungreformasi

    KENYATAAN NIK AZIZ YANG 'DIHARAMKAN'

    RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

    1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

    2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

    3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

    4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

    5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

    6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

    7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

    8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

    9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

    10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

    NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


    Sunday, September 21, 2008

    AGONG BOLEH BERTINDAK

    Cara Datuk Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

    Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai. Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

    Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit ‘di luar perlembagaan’ (extra-constitutional) untuk menangani keadaan. Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.

    Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

    Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

    baca selanjutnya

    ANWAR SUDAH UTUS SURAT KEPADA AGONG

    Pakatan Rakyat seperti dijangka sudah mengutus surat kepada YD Agong untuk memohon mengadap sembah baginda beberapa hari yang lalu. Ini merupakan langkah seterusnya yang pihak PR dan Anwar lalukan setelah 2 surat kepada Pak Lah tidak dilayan.
    Surat pertama kepada Pak Lah, mengajak diadakan perbincangan tentang isu-isu semasa dan keadaan politik negara. Atau secara lebih spesifik tentang peralihan kuasa yang sengaja tidak difahami Pak Lah.
    Surat kedua, memohon diadakan sidang parlimen tergempar untuk membuktikan bahawa Anwar tidak berbohong tentang senarai nama ahli parlimen yang hendak bersama PR. Itupun dijawab angkuh oleh Pak Lah.
    Jika YDA berkenan menerima mengadap Anwar dan rombongan PR, beliau akan menyerahkan senarai nama lebih 35 orang wakil rakyat yang terlibat. Ini untuk membuktikan Anwar mengawal majoriti ahli parlimen dan peralihan kuasa tidak dapat dielakkan lagi. PR amat bergantung kepada YDA untuk menasihatkan Pak Lah memanggil sidang Parlimen khas untuk membentangkan usul undi tidak percaya.
    PR mengambil ikhtibar campur tangan istana selepas PRU12 untuk menyelesaikan perlantikan menteri besar di Terengganu, Perlis dan Perak.
    Keutamaan PR dan Anwar sekarang ialah menggunakan segala saluran perlembagaan untuk mengambilalih pentadbiran negara. PR tidak mahu cara tidak demokratik dan kekerasan demi menjamin kestabilan dan peralihan kuasa yang lancar.

    Friday, September 19, 2008

    ISA: TERESSA KOK DIBEBASKAN

    Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.

    Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

    teresa kok released from isa 190908 11Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya Kok Kim Tong Pong Seh Kwon (foto kanan), peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.

    DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

    Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.

    Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Teresa dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan siasatan dan tiada lagi sebab-sebab untuk terus menahannya.

    "Selepas penangkapan dan siasatan dijalankan, polis berpuas hati bahawa tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut dan memutuskan untuk membebaskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Tambahnya, ahli politik popular itu ditahan di hadapan pintu masuk kondominium Pearl Tower, OG Height, Jalan Awan Cina, Kuala Lumpurpada 12 September selepas disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara.

    Thursday, September 18, 2008

    ANWAR ADA 35 WAKIL RAKYAT MAHU BERHIJRAH

    Diam tak diam, tarikh 16 September sudah berlalu. Begitu juga tempoh sehingga 48 jam yang diberikan kepada Pak Lah untuk memberi respon terhadap surat pertama Anwar bertarikh 15 September, juga sudah sampai adan.
    Surat kedua bertarikh 18 September yang antara lain kandungannya menuntut diadakan sidang tergempar Parlimen pada 23 Septeember juga tidak dilayan Pak Lah.
    Usaha Anwar dan Pakatan Rakyat, untuk berbincang dan mengambilalih kerajaan secara aman, teratur dan menurut perlembagaan, dibalas dengan nada angkuh pemimpin BN. Mereka terus menerus menuduh Anwar kemaruk kuasa, terlalu obses untuk menjadi Perdana Menteri. Hampir ke semua pemimpin utama BN terutama dari UMNO, menggelar Anwar pembohong, tamak dan pelbagai lagi tuduhan dan gelaran.
    Apa jua istilah bagi menggambarkan bahawa Anwar itu gila kuasa, sebenarnya mencerminkan betapa panik dan gementarnya pemimpin BN berhadapan Anwar dan Pakatan Rakyat. Mereka tahu, jika PR berjaya menubuhkan kerajaan, maka segala tembelang, kegiatan, salah tabdir unsur rasuah, salahguna kuasa terhadap polis, kronisme dan sebagainya akan terdedah. Sebab itulah mereka cuba sedaya-upaya menggagalkan perancangan 916.
    Namun, Anwar dengan tegas menyatakan bahawa sudah ada 35 orang wakil rakyat BN yang sudah menyatakan persetujuan dan kesanggupan menyertai PR. Angka inilah yang menakutkan Pak Lah, Najib dan kepimpinan UMNO serta BN keseluruhannya. Mereka tahu, Anwar memang mempunyai angka itu. Maknanya kerajaan yang diterajui UMNO sudah tumbang. Cuma mereka sendiri cuba menidakkan. Cuba menyembunyikan ketakutan yang teramat itu.
    Maka, puak ini cuba mengalihkan pemikiran rakyat dengan mengwujudkan pelbagai isu. Antaranya penahanan wartawan Tan, Teressa Kok, dan blogger RPK. Terbaru, Pak Lah dan Najib bertukar potfolio dengan alasan ia sebahagian daripada proses peralihan kepimpinan UMNO.
    Tetapi, apabila Anwar mencabar diadakan sidang Parlimen tergempar, Pak Lah menolak dengan ketakutan. Dia tahu, jika diadakan sidang itu, maka akan tumbanglah kerajaan pimpinannya. Tidak sempat menyelamatkan harta benda, tak sempat membawa keluar fail-fail sulit lagi penting yang boleh membuka pekung pentadbiran mereka. Itu yang ditakuti Pak Lah.
    Maka Anwar selepas ini, ada 2 pilihan. Pertama terus mengadap YD Agong, menyembah senarai nama wakil rakyat yang hendak menyertai PR dan memohon perkenan mengambilalih pentadbiran negara.
    Pilihan kedua ialah menunggu sehingga 13 Oktober 2008, di mana persidangan Parlimen akan bersambung semula.
    Dalam jangkamasa hampir sebulan itu, macam-macam perkara boleh terjadi. Bunga-bunga bahasa Pak Lah sudah menggambarkan Anwar sebagai ancaman negara. Akta paling sesuai untuk menghukum sesiapa yang menjadi ancaman negara ialah ISA. Jika ini terjadi, akan tergendala perancangan Anwar dan PR.
    Kalau tidak pun, jaminan Anwar boleh ditarik balik semasa penghujahan kes liwat Saiful Bahari pada 24 September ini. Jika jaminan ditarik balik, Anwar akan bermalam di lokap sehingga tarikh baru perbicaraan. Ini pasti akan menjejaskan perancangan Anwar.
    Pilihan terbaik yang ada pada Anwar sekarang ialah berjumpa dengan YDA dan menyembahkan senarai nama 35 orang wakil rakyat itu. Jika YDA berkenan dan yakin baginda boleh memanggil Pak Lah mengadap dan menasihatkan Pak Lah berundur seterusnya melantik Anwar yang mempunyai majoriti ahli parlimen menjadi Perdana Menteri Ke-6.

    ANWAR CABAR SIDANG PARLIMEN TERGEMPAR

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

    "Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September.

    "Ini mengikut Peraturan 11 (3) Parliament sebagai respons segera terhadap politik hari ini," katanya.

    Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

    Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

    "Jika permintaan tersebut ditolak, kami pemimpin Pakatan akan berbincang segera untuk mengambil pilihan lain.

    "Kamu tidak boleh melengah-lengahkan sidang tergempar tersebut kerana majoriti ahli Parlimen sudah bersama kami.

    "Kamu lihat dalam sidang Parlimen nanti jika tidak percaya," katanya.

    Anwar juga berkata tiada sebab untuk beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    "Apa yang kita mahu ialah ahli Parlilmen, termasuk Teresa Kok, diberi hak menghadiri Parlimen pada hari Selasa," katanya merujuk kepada ahli parlimen pembangkang itu yang ditahan di bawah ISA.

    "Di segi politik, ekonomi kita dalam krisis, kita tidak boleh tangguh (ambil alih kuasa)," katanya.

    Malah, kata beliau, Pakatan (jika memerintah) pun sukar dalam keadaan ekonomi sekarang.

    Beliau juga mendakwa Abdullah sengaja tidak mahu menerima keadaan sebenarnya.

    "Jika beliau tidak percaya, pergilah ke Parlimen" kata Anwar.

    bm version parliament standing orders section 11 3"Jika beliau mahu melihat butir-butir (senarai), adakan sidang tergempar Parlimen dan beliau akan lihat...jika beliau tidak percaya saya, pergilah ke Parlimen," tambahnya.

    Anwar turut mengulangi bahawa beliau mempunyai jumlah penyertaan ahli parlimen BN yang cukup untuk mengambil alih kuasa.

    Beliau bagaimanapun mendakwa mereka tidak mahu identiti mereka didedahkan sekarang bagi mengelak mereka daripada diganggu.

    Anwar juga ditanya sama ada penangguhan pengumuman nama mereka itu akan menjejaskan imejnya di mata umum.

    "Saya telah kata, kita ada senarainya, dan akan berkongsinya dengan PM. Jika gagal, kita akan ke Parlimen. Apa lagi yang anda mahu saya buat? Anda mahu saya menamakan mereka dan biarkan mereka diganggu?".

    Menurut Anwar, mereka meminta beliau supaya jangan mengumumkan nama mereka buat masa ini.

    Beliau menegaskan bahawa mereka yang melompat parti itu mahu jaminan keselamatan mereka sebelum nama mereka didedahkan.

    Ditanya mengapa beliau tidak mahu menunggu sehingga 13 Oktober apabila sidang Parlimen disambung semula, Anwar berkata, keadaan politik dan ekonomi negara tidak mengizinkan untuk menunggu sehingga tarikh tersebut.

    "Berapa lama anda boleh tunggu? Apakah visi baru dan rancangan ekonomi untuk masa ini? Sebarang kerajaan yang bertanggungjawab harus sekurang-kurangnya mempunyai satu pasukan petugas untuk menangani krisis ekonomi.

    Menurut, kerajaan tidak mempunyainya tetap ia perlu ditangani dengan segera.

    Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ahli jawatankuasa pusat DAP, Anthony Loke.

    Wednesday, September 17, 2008

    ANWAR BERDEPAN ISA

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
    Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.

    Antara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan".

    Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

    Sementara itu, Bernama memetik perdana menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

    "Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya.

    Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata, sebagai berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

    Baca selanjutnya....

    OPEN LETTER TO ANWAR IBRAHIM

    YB Saudara Anwar Ibrahim,
    Leader of the Opposition,
    De-facto leader, Keadilan.

    Dear Saudara,

    Strike Now!

    If Pakatan Rakyat really do have the numbers, strike NOW! IMMEDIATELY! Do not wait any longer. Your bluff has been called. Do not hesitate, thereby allowing your opponents to regroup and strike back. Seek an audience with DYMM the Agong and get it over and done with. BN is dying. Give it the coup de grace. 25 million Malaysians depend upon you to do it and do it quick.

    Do not hesitate as you did with Mahathir 10 years ago. You said you were naive then, do not be naive now. You are the Leader of the Opposition. Do not let your supporters down. Politics is not a gentleman's game and your opponents are not gentlemen. Do not expect them to play fair - they have never done so and they never will.

    Do not give them even the space of the pin-point of a needle to manouevre. Do not be misled by notions of chivalry or mercy, they will show you none if they were in your place, indeed they have not shown you any.

    Malaysia depends on you to seize the moment, not to grant respite. I beg you, for the sake of the rakyat whose cause you espouse, do not blink as you did 10 years ago. Malaysia cannot afford more prolonged agony under the BN. Bring it out of its misery NOW.

    A grateful nation may yet hold together and unite behind you, but not if you falter at this critical moment.

    We, the rakyat expect this of you. Do not betray our hopes and expectations.

    Yours sincerely,
    --
    Al Tugauw
    Sarawak Headhunter
    Unofficial Leader
    Sarawak Resistance

    SAPP PULL OUT OF BN

    The Sabah Progressive Party (Sapp) has decided to pull out of the ruling Barisan Nasional coalition to become an independent party.

    The party’s supreme council, which met this afternoon, has opted to be an opposition party but will not join Pakatan Rakyat for now.

    An upset Sapp deputy president Raymond Tan, who walked out of the council meeting, said he would resign as Sabah deputy chief minister and state minister for infrastructure development.

    The party has two parliamentarians and four state assemblypersons.

    The two MPs are Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) and Dr Chua Soon Bui (Tawau), while the state representatives are Tan (Tanjong Papat), assistant state finance minister Melanie Chia (Luyang), Au Kam Wah (Elopura) and Liew Teck Chan (Likas).

    According to Tan, he has yet to decide on whether he would quit the party, but said that Youth chief Au - who did not attend the meeting - has already resigned.

    Party leader Yong Teck Lee made the widely expected announcement at a packed press conference at 4.30pm after the supreme council meeting.

    “The BN has lost its moral authority to rule. Numerical majority in Parliament means little if the people no longer respect you,” he said.

    “Sapp members who hold political appointments in the executive branch of government shall relinquish their posts by giving the due notice under the constitution and relevant rules and regulations, starting at the cabinet level.”


    SUMPAH-SUMPAH NAJIB

    SEMASA berkempen di Permatang Pauh bulan lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tanpa dipaksa mahupun diminta oleh sesiapa telah melafazkan sumpahnya untuk kali ketiga bahawa beliau tidak pernah kenal Alttantuya model jelita dari Mongolia yang dibunuh sebegitu kejam menggunakan bom C4.

    Dengan lantang persis seorang anak jantan Najib bukan sekadar menyatakan tidak pernah bertemu, atau kenal dengan Alttantuya Sheribu,malahan beliau juga menafikan menjalin hubungan dengan mangsa pembunuhan paling sadis abad ini di mana perbicaraan berhubung kes pembunuhan tersebut masih dibicarakan di mahkamah tinggi Shah Alam lebih 150 hari lamanya.

    Sebelum itu semasa heboh cerita liwat meliwat seperti yang dilaporkan oleh budak pembacuh kopi Saiful Bahari terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga membawa ke babak melafazkan sumpah Al Quran di Masjid Wilayah Persekutuan, Najib juga pada mulanya seakan bersumpah mengatakan dia tidak pernah kenal dengan Saiful Bahari.

    Pada kenyataan akhbar pertamanya apabila menjawab soalan media Najib menyatakan dia tidak kenal siapa Saiful. Dua hari selepas itu dia mengatakan bahawa Pegawai di pejabatnya memang ada berjumpa dengan Saiful berbincang soal pinjaman biasiswa, itupun dua tahun lalu.

    Tup-tup selepas lima hari meledak berita pengakuan terbuka Najib menceritakan bahawa budak pembacuh kopi yang mengaku diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemuinya pada 25 Julai sebelum membuat laporan polis dan melakukan pemerikasaan doktor di Hospital Pusrawi dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

    “Dia datang menemui saya dalam keadaan truma dan menggigil memberitahu dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan saya menasihatinya supaya menyelesaikannya sendiri. Saya tidak berbincang dengannya untuk membuat aduan polis.” Begitulah menurut kenyataan Najib yang tersiar di kesemua dada akhbar arus Perdana.

    “Yang menjadi pelik dan ajaibnya, dalam laporan Saiful kononnya dia diliwat pada 26 Julai. Dalam erti kata lain, dengan terketar-ketar dan berada dalam truma pun Saiful masih mencari Anwar Ibrahim untuk diliwat.......” demikian menurut Saifuddin Nasation bagi menjawab dan menangkis dakwaan lewat tersebut.
    Terbaru Najib menghebahkan kepada media bahawa dalam isu peralihan kuasa seperti yang dipersetujui bersama antaranya dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Presiden UMNO, beliau mahukan agar tempoh serta jangka waktu pelan peralihan tersebut diputuskan di peringkat Persidangan Tahunan Umno Bahagian di seluruh negara.

    Dalam erti kata lain, Najib mahukan agar keputusan serta persetujuan pelan peralihan kuasa tidak lagi mengikut kehendak dan keputusan persetujuan Majlis Tertinggi UMNO seperti yang diwar-warkan olehnya sejak lima bulan lalu.
    Baca selanjutnya.....

    SECEBIS PENGALAMAN YB FAUZIAH SALLEH DI TAIWAN

    Setibanya kami diTaiwan pada 12 September, dengan tergesa-gesa mereka membawa ahli-ahli Parlimen BN keluar pada jam 3.30 pagi dari Hotel Sheraton Lai Lai di mana kami semua menginap, untuk diterbangkan ke Hong Kong. Perjalanan ke lapangan Terbang memerlukan 20 buah teksi, menunjukkan bahawa mereka tidak membuat persiapan awal, kerana bukankah lebih senang untuk pergi kelapangan terbang menggunakan Bas sahaja? Arahan untuk keluar itu ialah supaya Ahli Parlimen tersebut tidak terserempak dengan kami. Tapi saya ingin nyatakan bahawa perjumpaan telahpun dapat dilakukan di antara jam 12 tengah malam dan jam 3 pagi. dan pihak saya serta delegasi yang lain telah dapat mencapai objektif kami.

    Juga dari pengamatan kami mendapati keadaan Ahli-Ahli Yang Berhormat BN dalam keadaan yang gementar. Mereka tertekan dan agak takut-takut dilihat bersama kami Mungkin juga ianya atas arahan, Tuhan sahaja yang mengetahui.

    Di atas tuduhan pemimpin BN yang mengatakan bahawa tindakan melompat parti adalah tidak bermoral dan tindakan pihak kami juga dilihat begitu, Saya ingin menegaskan disini bahawa seharusnya semua MP adalah wakil kepada Rakyat dan perlu buat yang terbaik untuk Rakyat.

    Walaupun BN itu korup sekorupnya, namun masih ada lagi Ahli Parlimen BN yang masih mahu buat kebaikan dan masih ada mempunyai nilai-nilai murni. Mereka inilah yang kini sudah hilang kepercayaan kepada BN dan ingin bersama-sama dengan kita dalam Pakatan Rakyat supaya mereka dapat berikan yang terbaik untuk masa depan negara. Mereka kini cukup yakin bahawa BN bukan lagi platform yang boleh memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka inginkan.

    Tiada wang atau kedudukan yang ditawarkan oleh pihak kami kepada mereka. Hal ini jelas dan saya tegas dalam hal ini. Sekiranya tidak, saya dan teman-teman sama sekali tidak akan terlibat. Malah kami pergi dengan wang yang dicari sendiri. Tiada wang berbilion ringgit yang dibawa tapi pengorbanan seperti biasa.

    Saya dan teman-teman yang lain perlu pergi untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tidak dapat dijelaskan melalui email atau sms. Bukan juga untuk memujuk, tetapi untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal peringkat akhir. ‘Basically the icing on the cake.’

    Yakinlah masa depan negara hanya akan dapat ditegakkan diatas kebenaran dan keikhlasan.

    The wrong footing will not bring us to the right results.’

    dipetik dari blog : http://fuziahsalleh2.wordpress.com/

    Tuesday, September 16, 2008

    LANGKAH SETERUSNYA MENGADAP AGONG

    Sekiranya, apabila perjumpaan Pakatan Rakyat dengan Pak Lah, tidak membuahkan hasil iaitu tidak meletak jawatan, maka Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadap DYMM SP Yang DiPertuan Agong.
    Anwar akan menerangkan kepada Agong, yang Pakatan Rakyat sudah memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan baru setelah wakil rakyat BN berpihak kepada PR. Pakatan Rakyat juga akan mengharapkan baginda menyuruh Pak Lah mengundur diri dan memberi jalan kepada perlantikan PM yang baru.
    Majlis mengadap Agong akan berlangsung dalam 24-48 jam yang akan datang. Apa pun, PR mahu agar peralihan kuasa berjalan lancar, aman dan tidak menggugat ketenteraman awam.

    SURAT ANWAR KEPADA ABDULLAH

    Berikut adalah inti pati surat Anwar kepada Perdana Menteri jam 2.30 semalam (15 Sept) yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat telah mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan Malaysia setelah lebih 30 orang wakil rakyat BN, berpihak kepada Anwar.

    Anwar berharap PM tidak menggunakan ISA, atau apa-apa akta untuk menghalang wakil rakyat BN daripada berpindah. Anwar memberi contok Yong Teck Lee yang dengan segera disiasat setelah menyatakan pihaknya akan mengemukakan usul tidak percaya di parlimen:

    Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

    1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

    2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

    3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

    4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.]

    Masing: Anwar tried to woo us

    NST) KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Datuk Seri Dr James Masing disclosed yesterday that attempts were made to lure his party to join Pakatan Rakyat led by former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    "Members of Anwar's group tried to contact me many times through my mobile, but I refused to answer their calls," he said yesterday. Masing, who is also the state land development minister, said he had received information that Anwar's aides were trying to contact him for a meeting.

    "I refused to entertain any call from either Anwar or his aides because I still believe in Barisan Nasional," he said.

    PRS, formed in 2004, has six members of parliament and eight assemblymen.

    Masing said the six MPs would not join the opposition.

    He said he considered it unethical and undemocratic for Anwar to entice MPs from the BN to join PR so he could form the federal government.

    "If he wants to form the Federal Government and become the prime minister, he can wait until the next general election.

    "If the PKR gets more seats in the elections, then he can talk about forming the Federal Government," he said.


    KAMI SUDAH BERSEDIA

    Malam tadi dengan semangat Malaysia Baru, puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat membanjiri Stadium Kelana Jaya, menyambut Hari Malaysia. Sambutan julung kali dianjurkan itu, dimulai dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isya dan Tarawih.
    Dalam ucapannya, Anwar mengaku telah menghantar surat kepada Pak Lah untuk menyatakan tentang peralihan kuasa secara licin dan aman. Pakatan Rakyat juga sudah mempunyai senarai nama wakil rakyat BN yang mahu berhijrah dan akan diumumkan hari ini. Anwar juga menyatakan yang Pakatan Rakyat sudah bersedia mengambilalih kerajaan Malaysia.


    KeADILan tidak anjur perarakan ke Istana - SU Agung KeADILan

    KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah dimaklumkan tentang adanya beberapa poster dan kain rentang diletakkan di beberapa tempat di Kuala Lumpur tentang suatu perhimpunan dan perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 yang kononnya dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

    Menurut Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim pihaknya tidak sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diwar-warkan.

    Demikian kata Salehuddin dalam satu kenyataannya hari ini.

    "Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan KeADILan ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur," katanya.

    KeADILan juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang dakyah palsu yang sedang dijaja dan disebar secara meluas oleh golongan jahat yang mengamalkan politik fitnah.

    KeADILan tidak terbabit dalam mana-mana aktiviti yang melanggar batas-batas kesusilaan dan prinsip demokrasi, yang secara nyata bertujuan untuk memburukkan pertalian yang baik di antara KeADILan dan Raja-Raja Melayu, ujarnya

    DETIK MENDEBARKAN SELURUH MALAYSIA

    Debaran dan getaran mereka yang terlibat dengan Agenda 916 semakin kencang.Tidak sampai beberapa jam lagi, DS Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang akhbar khas di ibu negara. Tentunya ramai yang beranggapan ini, adalah saat yang dinanti-nanti sejak Anwar mengumumkan hajat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya .
    Apa yang bakal berlaku esok bukan rampasan kuasa. Jauh sekali untuk menghuru-harakan negara seperti yang didakwa pemimpin Bee End. Malah nada itu turut didendangkan media milik mereka. Apa yang berlaku ialah HIJRAH. Secara mudah konsep hijrah ialah bergerak atau berpindah dari yang tempat tidak baik ke tempat yang baik. Maksudnya, wakil rakyat Bee End yang sedar dan mahu perubahan, bertindak meninggalkan jejak lama dan seterusnya masuk ke dalam golongan mereka yang mahukan kebaikan.
    Tentu sekali, semakin tidak lena tidur Pak Lah dan barisan kabinetnya. Bahawa perletakan jawatan Zaid Ibrahim belum usai, ditambah lagi peristiwa bersejarah 916. Apatah lagi Najib akan kempunan menjadi PM, jika apa yang diramalkan benar-benar terjadi. Dan lebih malang, akan terbongkar segala kepincangan yang cuba diselindungkan selama ini.
    Sama-samalah kita nantikan esok, walaupun sebentar tadi di Kelana Jaya, Anwar sudah mengumumkan jumlah wakil rakyat yang hendak berhijrah sudah mencukupi.


    NEW MALAYSIA DINNER

    Baru saja tamat jamuan makan malam "NEW MALAYSIA DINNER" anjuran PKR Bahagian Bandar Kuching dan Stampin. Jamuan bertempat di Crown Imperial Hall, Crown Square, Pending.
    Jamuan yang dianjurkan bersempena menyambut Hari Malaysia telah dihadiri lebih 1000 ahli dan penyokong PKR.
    Turut diundang menyerikan majlis ialah YB Tai Seng Ng, Exco Pembangunan Industrim Perdagangan dan Penerangan Perak, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, Ketua Wanita PKR Pusat. Turut hadir, YB Dominic Ng, Datuk Seri Hafsah Harun, Stanley Jugol, S/usaha Agung SNAP serta jawatankuasa perhubungan negeri.

    Sunday, September 14, 2008

    'Api perkauman' ubat mujarab pulihkan Umno-BN dari maut

    'Api perkauman' seolah-olah ubat mujarab pulihkan Umno-BN dari maut! Setiap kali berada ditahap kritikal, Umno akan menggunakan isu perkauman untuk mereka terus kekal berkuasa.

    Lihat sahaja selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, Umno yang kehilangan lima negeri, cuba untuk menyalakan 'api perkauman' di Pulau Pinang dengan harapan ia upaya menyelamatkan BN dari tenggelam lemas.

    Umno cuba untuk membangkitkan sentimen perkauman dengan mengadakan demonstrasi membantah tindakan Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB). Demonstrasi yang sebelumnya dianggap satu perbuatan yang boleh menyebabkan huru-hara dan sering dikaitkan dengan aktiviti parti pembangkang tiba-tiba sahaja menjadi kegiatan Umno.

    Umno menggunakan ahli-ahlinya berdemonstrasi dihadapan bangunan Komtar untuk 'kononnya' mempertahankan hak-hak orang Melayu dan cuba memberi gambaran bahawa orang Melayu membantah tindakan Lim Guan Eng. Malangnya pada ketika itu usaha Umno Pulau Pinang berdemonstrasi untuk membangkitkan soal perkauman tidak mendapat sokongan.

    Rakyat Pulau Pinang menolak usaha Umno yang cuba untuk memecah belahkan keharmonian yang dikecapi selama ini. Lima bulan selepas itu, prestasi Umno sekali lagi menjunam. Kali ini di pilihanraya kecil Permatang Pauh membuktikan Umno semakin lemah.

    Lalu, senjata yang sama digunakan untuk dilihat sebagai sebuah parti yang mampu mengawal segala masalah yang berlaku. Masalah kaum dihangatkan kembali.

    Kali ini, kerana sudah menjangka akan mengalami kekalahan di Permatang Pauh dan bimbang akan tumbang sebagai sebuah kerajaan, awal-awal lagi Umno cuba memasang perangkap.

    Individu bernama Dato' Ahmad Ismail bertindak menjadi pelakon utama yang cuba untuk membakar api perkauman ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

    Ahmad dalam satu ceramah di Kampung Belah Dua dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas menganggap orang Cina sebagai penumpang di negara ini dan tidak seharusnya mengharapkan mereka mendapat layanan yang sama rata.

    Sebagai seorang ahli politik tentunya Ahmad lebih mengerti tentang sensitiviti kaum lain di negara ini. Dan beliau juga tentunya tahu apa yang diucapkan akan menyebabkan ada pihak yang terguris.

    Tetapi kerana sudah menjadi dasar Umno yang tidak mempedulikan sensitiviti rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN), ucapan yang menghina itu diteruskan kerana Umno mahu isu kaum menjadi satu masalah besar yang boleh mengakibatkan negara huru-hara dan akhirnya Umno-BN akan dilihat mampu menyelesaikannya. - Harakah

    Selanjutnya.........

    Saturday, September 13, 2008

    TERESA KOK DAN TAN HOON CHENG TURUT DITAHAN ISA

    Selain Raja Petra, Teresa Kok yang juga exco Selangor dari DAP turut ditahan dibaawah undang-undang kejam ISA malam tadi. Beliau ditahan semasa dalam perjalanan pulang jam 11.18 dari suatu majlis di KL. Adalah dipercayai Teresa ditahan berikutan isu azan yang dibangkitkan Khir Toyo di Selangor. Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara itu ditahan mengikut Seksyen 73(1) ISA.
    Sebelum itu, di Bukit Mertajam kira-kira jam 8.30 malam, pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng juga ditahan di bawah akta yang sama. Beliau merupakan pemberita yang melaporkan isu Datuk Ahmad Ismail yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman semasa berkempen di Permatang Pauh.
    Pak Lah semasa mengulas penahanan tersebut, dipetik sebagai berkata, penahanan itu adalah wajar demi memelihara kestabilan negara. Pihak polis tentu mempunyai alasan kukuh bersabit penahanan tersebut.
    Selain itu, Suara Keadilan, Sin Chew Daily dan The Sun turut diberikan surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri.
    Penahanan ketiga-tiga mereka ini, cuma selang beberapa hari 16 September, merupakan isyarat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat, bahawa jalan di hadapan penuh ranjau dan duri. Atau adakah ini tanda-tanda akan terjadi lagi Operasi Lallang.


    RAJA PETRA ARRESTED UNDER ISA

    Controversial blogger Raja Petra Kamaruddin has been detained under the Internal Security Act, said his wife Marina Lee Abdullah.

    According to Marina, 10 police personnel came to their home in Sungai Buloh at about 1.10pm to arrest him.

    When Malaysiakini contacted her at 1.25pm, the police personnel were still there.

    On Sept 6, Home Minister Syed Hamid Albar had warned the 58-year-old editor of popular news portal Malaysia Today could be charged under the ISA for comments allegedly insulting Islam and Prophet Muhammad.

    Several religious groups - Malaysian Islamic Development Department (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Federal Territory Islamic Religious Council (Maiwp) and Federal Territory Religious Department (Jawi) - had lodged police reports against him.

    The groups complained his comment in an article entitled “I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim” allegedly used sentences that insulted Muslims.

    Second time under ISA

    Raja Petra, popularly known by his initials RPK, is also alleged to have allowed comments to appear on his website that degraded Islam and Prophet Muhammad in an article entitled “Not all Arabs are descendants of the Prophet”.

    This is the second time Raja Petra, a father of five and part of the Selangor royal family, has been detained under ISA, which allows for indefinite detention without trial.

    His first arrest under the tough security law was on April 11, 2001. RPK was detained as part of a crackdown against reformasi activists in which nine others were also held.

    At that time he was webmaster for the now defunct FreeAnwar.com site.

    Raja Petra was subsequently released after 52 days in detention. However, six of the reformasi leaders were eventually sent to the Kamunting Detention Centre in Taiping where they were detained for two years. - Malaysiakini

    Friday, September 12, 2008

    SURAT TERBUKA PAKSI KEPADA ANWAR

    Tsunami perubahan itu memang tak mungkin dihalang lagi. Rakyat sudah muak dengan kemungkaran yang terus diterajui Umno-BN yang seperti tak mahu sedar-sedar juga.

    Malangnya di kalangan budayawan-seniman-cendekiawan pun masih ramai yang terus hendak berpeluk pada dahan yang semakin membusuk itu. Padahal sepatutnya merekalah yang membawa lampu suluh kepada rakyat.

    Pilihan raya kecil Permatang Pauh pun tak mungkin memberi keputusan yang lain daripada yang berlaku pada 26 Ogos. Hanya sama ada majoritinya bertambah atau berkurang sahaja yang diperkatakan pemerhati dan penganalisis sebelumnya.

    Maka apabila keputusan mengesahkan majoriti bertambah, orang seperti bertambah percaya bahawa pada 16 September Abdullah dan pasukannya terpaksa mengiktiraf kewibawaan Anwar Ibrahim untuk membuat perubahan besar di negara ini.

    Kami budayawan-seniman-cendekiawan dalam Paksi bukan sahaja memerhati setiap gerak politik yang Sdr pimpin sejak dari krisis 1998 itu, tetapi sebahagian besar kami memang turut melibatkan diri dalam arus yang kadang-kadang dilihat kawan-kawan sebagai songsang itu.Bahkan itulah faktor kewujudan kami sendiri pun.

    Surat ini ditulis pada waktu orang sedang sibuk bertanya betulkah akan ada kerajaan barupada 16 September ini atau itu hanya gimik politik Anwar? Ya, apa pun serba mungkin pada hari ini di negara ini.

    Tidak mustahil Sdr tiba-tiba ditangkap lagi bagi menghalang berlaku perubahan kuasa politik pada tarikh tersebut. Tetapi siapakah yang punya kuasa untuk menghentikan gelombang sebuah tsunami pada waktu ia sedang ghairah menggulung mangsanya?

    Ya, apa pun memang boleh saja berlaku di negara ini pada hari ini. Tiada yang mustahil. Maka ketika kawan-kawan mencadangkan supaya saya menulis surat bagi menyatakan tahniah Paksi atas kemenangan Sdr di Permatang Pauh, saya kurang berminat.

    Tetapi selepas itu apabila saya sering dihujani soalan betulkah 16 September ini..? betulkah akan..? betulkah ini?.. betulkah itu..?.. maka saya pun membuka laptop dan memulakan wacana ini.

    Selanjutnya

    JIKA 916 GAGAL, 20 SEPTEMBER SASARAN BARU

    (mStar Online) - Jika tidak 16 September, 20 September? Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk 20 September?

    Ketika berucap di kediamannya sempena bulan Ramadan malam tadi, Anwar berkata, sasaran 16 September (Selasa depan) bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

    "Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah," katanya.

    Sebelum ini 16 September banyak dikaitkan dengan tarikh pembentukan Malaysia - yang membawa kepada kemasukan Sabah dan Sarawak.

    Bagaimana pula dengan 20 September?

    Tanggal 20 September merupakan hari bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan mendatangkan kemudaratan kepada negara.

    Anwar telah ditangkap oleh pihak polis pada pukul 10 malam 20 September 1998 di rumahnya no. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

    Penangkapannya dibuat di bawah seksyen 73(1) (a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah mendatangkan kemudaratan negara.

    Kemudian beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.

    Beliau keluar penjara pada April 2004 dan bebas larangan aktif berpolitik April lalu - sebulan selepas pilihan raya umum ke-12.

    Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil 26 Ogos lalu.

    Ketika ditemui wartawan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi, Anwar berkata, beliau akan ke Taiwan, jika perlu, untuk berjumpa dengan 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melakukan lawatan sambil belajar ke negara itu.

    Kata Anwar beliau tidak putus hubungan dengan anggota Parlimen berkenaan dan sanggup ke pergi ke negara itu jika mereka ingin berjumpa dan berbincang dengannya.

    "(Tarikh) 16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara," katanya dipetik Bernama.


    AHMAD ISMAIL PLANS ROADSHOW

    (The Egde) - Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail is unfazed by the decision to ban him from holding any party posts for three years.

    “No need (to retract my statement). No need for that. I am not wrong, so why should I apologise? I will not apologise,” he said at a press conference at the party headquarters after Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s announcement on the action against him.

    He said he accepted the decision which was “fated”, and would make a political comeback in Umno. “Since the matter was discussed in the Umno supreme council, I accept its decision as it is our leadership. If (it was discussed) in BN (supreme council), then no,” he said.

    Ahmad said he would go on a roadshow to all Umno divisions to explain the issue.



    BLOGGER ANIL MENDEDAHKAN LAWATAN MP BEE END DI TAIWAN


    This morning I was wondering what our BN MPs were up to in their “agricultural study tour” of Taiwan, so I did some googling.

    The first clue was in theSun:

    The entourage’s itinerary includes a tour of the Shangrila Leisure Farm in Yilan county, which coincidentally was hit by a magnitude 6.1 quake at 3.43pm (same time in Malaysia) on Tuesday.

    The Malaysian delegation was welcomed by representatives from Taiwan’s foreign ministry as well as the manager of Malaysian Friendship and Trade Centre in Taipei.

    A-ha, a leisure farm reportedly among the stops; how interesting. So I looked up the Shangrila Leisure Farm (photo credit: taiwan-farming.org) in Yilan county and this is how it is described in two different websites:

    read more....


    Thursday, September 11, 2008

    FOUR PKR LEADERS GOING TO TAIWAN

    (The Star) KUALA LUMPUR: PKR, following close on the heels of the Barisan Nasional backbenchers, will send four of its leaders to Taiwan Friday.

    Information chief Tian Chua (Batu MP), strategic director Saifuddin Nasution (Machang MP), election bureau deputy head Fuziah Salleh (Kuantan MP) and supreme council member Low Chee Cheong will be on the 2pm flight.

    We will be staying at the same hotel as the Barisan backbenchers. So we’d probably be having breakfast and going for karaoke together with them,” quipped Tian.

    He said the decision for the team to go to Taiwan was made Thursday morning at PKR’s political bureau meeting chaired by Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    He joked that since the Barisan MPs had gone to Taiwan for an agriculture study tour, “we too want to see how agricultural progress can be made.”

    We don’t want to be left behind in agriculture when we take over the government. We too want to learn some of the tricks of the trade,” he said . On Monday, a group of 41 Barisan MPs left for Taiwan on an agriculture study tour, largely seen as an attempt to avert a crossover to the Opposition.

    On a more serious note, Tian claimed the presence of the Barisan MPs in Taiwan had created anxiety and misconception among the Taiwanese.

    It has created publicity that the MPs are there to avoid a regime change back home and the Taiwanese society do not want to be part of that process. They do not want to be part of any corruption or transactions to stop a democratic transformation of Malaysia,” he said.

    Tian said “anxious” Taiwan Civil Society, NGOs and political activists had invited PKR over because they did not want to be seen as being one-sided in supporting Barisan.

    They are keen to get a briefing from us,” he said.

    read more.....


    UMNO YANG PILIH KASIH

    Banyak pihak terkejut dengan tindakan Datuk Ahmad Ismail mempersoalkan kaum Cina yang dianggapnya sebagai pendatang dan penumpang di Malaysia. Dia memberi amaran agar orang Cina jangan jadi kaum Yahudi yang menguasai ekonomi di Amerika Syarikat.
    Isu ini berlanjutan dengan beberapa pihak membuat laporan polis agar Ahmad diisiasat di bawah akta hasutan dikenakan tindakan. Perang mulut di antara Ahmad dan Koh Tsu Koon (walaupun ramai yang tahu mereka sudah lama tidak sebulu), mencapai kemuncak apabila gambar Pemangku Presiden Gerakan itu dikoyak semasa sidang akhbar. Walaupun bukan Ahmad yang mengoyaknya, tetapi tindakan biadap itu adalah susulan keenggan Ahmad memohon maaf dan terus berpegang terhadap apa yang diperkatakannya.
    Kehangatan isu ini, mengheret sama DAP, MCA serta masyarakat Cina dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Panglima Angkatan Tentera pun turut memberi reaksi.
    Hasilnya, Ahmad Ismail telah dikenakan tindakan gantung keahlian UMNO selama 3 tahun. Keputusan yang dibuat oleh "mahkamah" UMNO itu, ternyata tidak tepat dan berunsur pilih kasih. Ini kerana Ahmad orang UMNO, orang Pak Lah.
    Jikalah Ahmad itu orang PAS atau PKR, sudah pasti berbondon-bondon trak FRU, UTK, SB , pihak keselamatan yang siap bertopeng menyerbu rumah dan menangkap Ahmad. Maka akan ditutup mata serta digari dibawa ke suatu destinasi untuk soal siasat. Akhirnya akan dikenakan tuduhan menghasut serta mengancam keselamatan negara. Sudah pasti akan berambeh di Simpang Renggam, Sungai Buloh atau di Kamunting. Menjadi tetamu ISA.
    Itulah, undang-undang ciptaan UMNO dan Bee End. Rakyat jelata menjadi saksi kebejatan mereka. Jika terkena batang hidung sendiri, maka itu kesalahan kecil dan boleh dimaafkan.
    Sekarang, Ahmad semakin bebas bermain sandiwara perkauman. Dia tidak terikat dengan jawatan Ketua Bahagiannya lagi. Tidak tertakluk kepada pemimpin UMNO dan Bee End. Dia masih boleh memainkan isu ini di luar rumah UMNO. Cuma digantung keahlian 3 tahun dan selepas itu boleh memohon semula menjadi ahli UMNO.
    Alahai....nasib orang kita. Gara-gara undang-undang boleh diubahsuai mengikut kehendak kepartian.

    MESYUARAT JK PERHUBUNGAN NEGERI

    Jawatankuasa Perhubungan Negeri PKR Sarawak akan mengadakan mesyuarat bulanannya pada 27 SEPTEMBER, SABTU JAM 9 PAGI di Ibu Pejabat Parti di Jalan Matang. Mesyuarat ini yang pertama saya hadiri sebagai Setiausaha Perhubungan Negeri. Mesyuarat dijangka akan dihadiri juga Setiausaha Agung.
    Semua ahli jawatankuasa Perhubungan Negeri dijemput hadir.

    MEMBACA PETUNJUK SEPANJANG JALAN

    "Jadi atau tidak?" Itu soalan paling popular mutakhir ini. Ia merujuk kemungkinan kerajaan pusat bertukar tangan 16 September depan.

    Teman-teman menganggap 'orang surat khabar' seperti saya lebih tahu apa yang bakal berlaku. Sedangkan, kami seperti juga orang lain, lebih banyak mendengar spekulasi yang cukup sukar untuk disahkan. Memang payah membaca tanda-tanda bisu lanskap politik kita.

    Justeru, banyak SMS tak berjawab. "Lagipun," kata saya, "16 September hanya tinggal beberapa hari saja lagi, tunggulah."

    Namun, naluri manusia memang mahu tahu sesuatu berita panas lebih awal daripada pemakluman secara sah. Begitu juga dengan keputusan pilihan raya Permatang Pauh yang lalu, semua orang berebut-rebut mencari sumber bagi mendapatkan maklumat awal, sedangkan rasanya mereka tidak pula mendapat apa-apa manfaat tambahan dengan result tidak rasmi itu.

    Majoriti rakyat Malaysia mengharapkan perubahan lebih baik daripada sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan hari ini. Tsunami 8 Mac belum berakhir.

    Keluh-kesah rakyat makin memanjang. Umno-BN mungkin sedaya upaya cuba memulihkan kedudukannya yang hampir tenggelam itu, tetapi jalan keluar seperti tertutup. Buntu.

    Pertelagahan dalaman tidak dapat disembunyikan lagi. Tengok sajalah kes Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail. Saya kira insiden itu boleh mempercepatkan lagi Gerakan bertindak keluar BN!

    Saya sendiri tidak dapat menelah dengan tepat apa strategi Anwar Ibrahim mengumumkan lebih awal tarikh 16 September itu. Yang pasti, kesan psikologinya memang cukup hebat.

    Misalnya, tiba-tiba saja timbul cadangan lawatan keluar negara untuk anggota Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) bagi "mengetahui maklumat teknologi tinggi pengeluaran makanan dan pertanian".

    Satu program yang begitu melucukan, ketika umat Islam mendakap erat bulan penuh keberkatan dan kakitangan kerajaan dilarang mengadakan program di luar negara.

    Nampak sangat mengelabahnya kerajaan BN dengan "usikan" Anwar. Kini, Anwar berjaya meletakkan bebanan mempertahankan diri kepada Umno-BN.

    Diakui memang terdapat percanggahan pendapat mengenai kerajaan baru yang bakal dibentuk Anwar, terutama dari segi moral "melompat atau menyeberang" parti, atau membentuk gabungan lebih besar dalam Pakatan sekiranya parti-parti komponen bertindak keluar BN.

    Begitu juga dengan kekhuatiran bahawa kuasa Melayu dalam kerajaan baru itu semakin menipis; Naib Presiden PAS, Husam Musa menyanggah keras kebimbangan itu, yang kalaupun ada, baginya hanya bersifat sementara.

    Justeru, langkah PAS semakin diperhatikan. Posisinya dalam Pakatan bertambah penting. Silap perhitungan, deraan sejarah selalunya keras.

    Kebijaksanaan mengatur gerak amat dituntut, selain melihat harapan menggunung rakyat yang mahu mencipta sejarah kedua selepas tsunami 8 Mac.

    Seorang rakan lama Tionghua agak kerap menelefon, mengingatkan saya tentang kepentingan PAS untuk bersama-sama melakar sejarah baru politik tanahair: "Saya yakin keseimbangan politik kita hanya terjamin jika PAS berada dekat di sebelah Anwar dalam kerajaan baru nanti, bukan DAP, bukan Lim Kit Siang atau parti-parti lain.

    "Jumlah anggota Parlimen setiap parti memang penting, tetapi yang lebih mustahak ialah kemahiran kita untuk membaca sensitiviti kaum dan agama yang menjadi elemen penting politik kita.

    "Maaf, saya kira komposisi Exco di Perak seperti memandang enteng hal berkenaan. Jangan ulanginya di peringkat pusat jika 16 September jadi kenyataan."

    Amad Lufti Othman

    916- SUKAR UNTUK BN GAGALKAN ANWAR

    Barisan Nasional (BN) sukar untuk menggagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat dalam situasi negara ketika ini.

    Demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

    Sebelum itu beliau menjelaskan sebagaimana yang dilaporkan Mstar Online bahawa, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

    "Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

    "Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," jelas beliau.

    ImageAnwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

    Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar setakat ini.

    Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti KeADILan, PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

    "Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.

    Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

    "Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

    Menurut beliau lagi, ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

    "Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya. - HARAKAH

    KES ANWAR DITANGGUH KE 24 SEPTEMBER

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes liwat terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

    Apabila kes itu disebut pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

    Bagaimanapun, para peguam Anwar mempertikaikan perintah tersebut kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani, yang menurut mereka, tidak sepatutnya terbabit dalam kes tersebut kerana beliau adalah pihaknya disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1998.

    Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

    Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu.

    Hakim Komathy kemudian menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu.

    Anwar meninggalkan mahkamah pada kira-kira jam 11.14 pagi.

    Tuesday, September 9, 2008

    SARAWAK BAKAL BINA 12 HIDRO BARU

    Kegilaan pemimpin Bee End untuk mengaut keuntungan sendiri dan kroni serta merampas duit rakyat yang sepatutnya dinikmati rakyat kebanyakan semakin terserlah. Ini dibuktikan dengan cadangan untuk membina 12 lagi stesen janakuasa hidro di Sarawak.
    Apakah perlunya ada cadangan baru sedemikian. Mungkin ramai penduduk Sarawak yang tidak mengetahui tipu helah ini. Kos pembinaan hidro ini tentunya akan datang dari kantung kerajaan pusat dan negeri. Mana ada individu yang sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membina stesen yang menelan belanja jutaan malah mencecah bilion ringgit itu.
    Apakah perlunya membina stesen janakuasa hidro yang baru jika bekalan letrik yang sedia ada lebih daripada mencukupi. Lebihan sebanyak 20% (200MW) daripada keperluan negeri Sarawak yang cuma mmenggunakan 700MW. Belum lagi diambilkira jika Hidro Bakum siap pada 2011. Lagi tambahan sebanyak 2400MW. Dengan lebihan 2600MW yang bakal ditanggung, apa perlunya dibina stesen yang lain jika tidak untuk dianugerahkan projek tersebut kepada kroni sendiri.
    Contoh klasik ialah Projek Bakun, yang mana pada 1994 projek itu diserah tanpa proses tender kepada Ekran Berhad. Ekran dipunyai oleh Ting Pek Khiing yang merupakan sekutu rapat Mahathir dan Taib Mahmud. Ekran ialah konglomerat ciptaan dinasti Mahathir yang asalnya tauke balak. Akhirnya apa yang berlaku?
    Kita bukan menentang pembangunan, tetapi biarlah ianya menguntung semua pihak. Jika hasrat pembinaan ini diteruskan, maka bekalan elektrik di Sarawak akan berlebihan-lebihan. Malah boleh diterangi seluruh permukaan Gunung Santubong, Gunung Serapi, Gua Mulu dan Gua Niah, dipasang lampu jalan seluruh jalan di Sarawak belum tentu dapat dihabiskan.

    Baca selanjutnya...

    TINGGAL 6 HARI KE PUTRAJAYA

    Tarikh yang disasarkan semakin menghimpit. 916 cuma 6 hari lagi. Usaha untuk meyakinkan wakil rakyat dari puak sebelah semakin giat. Anwar dan orang kanannya, ligat bergerak dari satu tempat ke satu tempat berbincang dengan mereka yang berminat menyertai Pakatan Rakyat (PR). PR tidak menawarkan wang ringgit atau pangkat sebagai habuan meninggalkan kapal yang sedang bocor, menunggu masa untuk tenggelam. Tidak seperti yang selalu diuar-uarkan media mereka.

    PR punya rencana yang besar. Menawarkan kepimpinan yang lebih telus dan mantap. Memulihkan kedudukan ekonomi. Memberi peluang ekonomi yang adil. Menerapkan amalan masyarakat madhani. Menghormati semua kaum. Menyediakan kondisi penghidupan yang lebih baik. Seterusnya memacu Malaysia Baru ke tahap yang lebih baik dan mengembalikan ke kedudukan yang pernah dikecapi suatu masa dulu. Dengan barisan kepimpinan dan kumpulan pemikir yang tuntas, PR yakin akan mampu mentadbir Malaysia dengan lebih berkesan.

    Namun, segiat mana Anwar dan pasukannya cuba menyakinkan wakil rakyat tersebut, begitu jugalah Pak Lah dan juaknya, sedaya upaya mengekang kelangsungan niat PR. Pelbagai helah dan cara digunakan. Segenap kekuatan yang ada dikerah merencatkan perjalanan 916.

    Menggunakan tektik menyerang keperibadian Anwar merupakan senjata utama pihak Bee End. Teruk Anwar diaibkan, ditelanjang bulat, dihina, dilabel sebagai ejen Yahudi dan ejen Amerika, skandal seks dan pelbagai lagi tohmahan. Dipaparkan di televisyen milik mereka bahawa Anwar pengkhianat bangsa Melayu. Dijaja ke sana ke mari bahawa Anwar adalah kaki perempuan, kaki liwat dan gila seks.

    Semua ini tidak mematahkan semangat dan daya juang Anwar. "Setelah ditelanjangkan, saya pakai baju, saya lawan balik. Setelah dipukul, saya baik semula, saya lawan balik. Lawan tetap lawan". "Saya adalah ejen untuk Melayu, ejen Cina, ejen India dan ejen untuk semua rakyat Malaysia."

    Tidak serik dengan kegagalan 1998, konspirasi liwat dibuka semula 2008. Esok 10 September, Anwar akan ke mahkamah untuk sebutan semula dakwaan kes liwat suka sama suka terhadap Saiful Bahari. Esok kita tidak tahu apa akan terjadi terhadap Anwar. Adakah jaminan akan ditarik balik dan terpaksa meringkuk dalam lokap sementara menunggu tarikh perbicaraan? Atau kes tersebut akan digugurkan?

    Selain itu, Bee End yang cuak dan semakin gementar dengan tarikh keramat 916, berusaha memujuk wakil rakyat terutama dari Sabah dan Sarawak dengan belanjawan yang diibarat Anwar sebagai gula-gula getah. Pak Lah cuba mengaburi mata mereka dengan peruntukan yang agak lumayan. Ini untuk menunjukkan seolah-olah kerajaan pusat amat prihatin terhadap kemajuan dan nasib penduduk di Sabah dan Sarawak.

    Wakil rakyat ini juga, telah diminta (sila baca sebagai terpaksa) menandatangani akujanji atau sumpah taat setia kepada kepimpinan Pak Lah. Apakah perlu akujanji untuk membuktikan keikhlasan dan sokongan. Apakah bijak tindakan tersebut?

    Lawatan sambil belajar ke Taiwan juga diatur dalam masa genting begini, walaupun pada mulanya tak tahu hendak melawat ke mana. Lebih 40 orang wakil rakyat (12 Sabah, 10 Sarawak), diangkut untuk menjauhkan diri daripada tercium aura Anwar. Najib khuatir mereka ini (sila baca kumpulan sasaran), akan termakan dan berjaya diyakinkan oleh Anwar. Jika ini berlaku, maka kempunanlah Najib untuk menjadi PM 2010 nanti. Jika kumpulan ini benar-benar menaiki kapal PR, maka susah dan berlikulah masa depan Najib. Hidup dalam kegelapan dan dibayangi lembaga wanita dari tanah tinggi di tengah benua.

    Walau apapun, jika 916 tidak menjadi kenyataan, maka tarikh 13 Oktober 2008 masih ada. Apa yang berlaku pada tarikh tersebut?