Setelah mengecapi kejayaan besar di Permatang Pauh, petugas dan ahli PKR kini mula mencongak-congak untuk menabur keringat di Pensiangan, Sabah. Jika di Permatang Pauh keseluruhan petugas Pakatan Rakyat dari luar Pulau Pinang dianggarkan lebih 3000 orang, mungkin di Pensiangan angkanya tidak sebanyak itu. Jika cuma 10%, sudah memadai kalau diambilkira kos perjalanan dan sara hidup yang tinggi di Pensiangan.
Kerusi Parlimen Pensiangan diistiharkan kosong berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Pilihanraya, membatalkan kemenangan calon BN, Tan Sri Joseph Kurup pada PRU12, 8 Mac lalu.
Petisyen telah difailkan oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai kerana tidak berpuashati dengan keputusan Pegawai Pengurus Pilihanraya yang menolak kertas pencalonannya.
Walau bagaimanapun, Joseph masih boleh merayu terhadap keputusan itu. Apa pun, PKR Sarawak akan bersiap sedia dengan kontijen berpengalaman untuk membantu jentera PKR Pensiangan.