Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Friday, May 30, 2008

    SIAPA PERAMPAS TANAH NCR?

    KENYATAAN AKBAR

    Tuduhan Datuk Patinggi Alfred Jabu bahawa DAP dan KeADILan akan menindas rakyat Sarawak dengan menghalang mereka mengambil bahagian dalam pembangunan Tanah Adat Bumiputra (NCR) adalah suatu pembohongan yang berniat jahat. Melalui kenyataan akhbarnya dalam The Sunday Post, 25 Mei 2008 di antara lain Alfred Jabu menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim,menghasut pemilik tanah NCR supaya tidak menyertai skim pembangunan SALCRA. Sepanjang pengetahuan saya, DSAI tidak pernah menghasut orang Dayak supaya tidak turut serta dalam projek SALCRA ketika melawat Rumah Panjang Christopher dekat Pantu, Sarawak pada bulan November 2005. Apa yang beliau katakan ialah sikap buruk para pemimpin BN Sarawak yang sibuk memperkayakan diri sendiri, saudara mara dan kroni melalui hasil kayu balak dan tanah sedangkan rakyat terus dibelenggu kemiskinan.

    Jabu dengan angkuh menyatakan bahawa seramai 3,233 keluarga penduduk pelbagai kaum yang mengambil bahagian dalam Estet Stenggang yang dikendalikan oleh SALCRA telah menerima dividen sebesar RM43.47 juta dalam masa 12 tahun semenjak 1996ini . Jika benar,maka setiap keluarga hanya mendapat hasil RM93.37 sebulan atau RM3.11 sehari selama 12 tahun yang lalu. Apa sangat yang mahu dibanggakan dengan pendapatan sebanyak ini? Apakah maksud Jabu dengan pendapatan RM3.11 sehari regim BN Sarawak sudah berjaya membasmi kemiskinan? Sebaliknya saya ingin mencabar Jabu untuk mendedahkan siapakah yang mendapat hasil dividen paling besar dan keuntungan membekal baja kepada SALCRA sejak tahun 1996?

    Berbicara tentang penindasan yang dilaung oleh Jabu, suka saya ingatkan beliau, jika para pemimpin politik yang memerintah sibuk dengan melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa demi memperkayakan diri sendiri, keluarga dan kroni adalah sebenarnya yang melakukan penindasan terhadap rakyat. Adalah lebih baik Jabu berhenti menyalahkan orang lain dalam isu pembangunan tanah NCR ini. Dapatkah beliau menjelaskan mengapa terdapat lebih 120 kes yang difailkan di Mahkamah Tinggi seluruh Sarawak yang berkaitan dengan ‘rampasan’ hak milik tanah NCR oleh keluarga BN dan membabitkan masyarakat Iban, Orang Ulu, Bidayuh dan Melayu?

    Dalam kes-kes yang difailkan itu, hak rakyat ke atas tanah NCR telah diceroboh oleh syarikat balak dan ladang kelapa sawit yang telah diberi lesen atau geran sementara oleh kerajaan Sarawak tanpa sebarang perbincangan atau notis kepada masyarakat yang terbabit. Apakah keuntungan yang didapati oleh rakyat yang terlibat apabila hak mereka ke atas tanah adat yang telah diduduki turun-temurun dicerobohi? Mereka hanya berputih mata melihat tanah diambil dan tanaman mereka dimusnahkan oleh syarikat-syarikat besar ini. Selain daripada tidak mendapat apa-apa bahagian saham dalam syarikat-syarikat tersebut, peluang pekerjaan juga diberikan kepada pendatang asing. Tidakkah Alfred Jabu menganggap ini suatu penindasan terhadap rakyat tempatan?

    HJ WAN ZAINAL ABIDIN BIN WAN SENUSI

    Penasihat PKR Sarawak

    Ketua Biro Politik dan Perancangan Strategik

    30 MEI 2008

    Thursday, May 29, 2008

    Ezam Oh Ezam

    Setelah UMNO ditelanjangi, diherdik, dimaki, kenapalah mengambil keputusan yang menyongsang arus. Selama hampir 10 tahun menunjangi gerakan membenci UMNO, tiba-tiba dengan muka sepuluh sen bersama RM100
    dan borang keahlian, nak rujuk semula.
    Tanpa syarat dan tiada niat tersembunyi, nak membuat reformasi, meneruskan perjuangan politik adalah madah seloka mengiringi kemasukan semula itu. TPM tak begitu berselera nak memberi komen. Ketua Pemuda UMNO, tanpa berselindung mengatakan ada ahli yang tak bersetuju dan menentang keputusan Presiden UMNO yang bersetuju menerima Ezam.
    Bagaimana dengan KJ? Apa pula pula komen TDM?
    Jika bekas Presiden selama 22 tahun lagikan meninggalkan kapal yang dah reput, kenapa pula bekas Ketua AMK PKR ini boleh terfikir menyertai semula UMNO.
    DSAI apabila ditanya pemberita di Kuching pada 24 Mei lalu, dengan tenang menjawab bahawa Ezam bukan lagi ahli PKR. Sudah 2 tahun mengistiharkan keluar parti. Buat apa nak dihebohkan.
    Alahai Ezam, kapal reput juga yang menjadi pilihan......

    Wednesday, May 28, 2008

    Pilihan raya semula bertentangan dengan Perlembagaan - Aziz Bari

    Professor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Aziz Bari berkata, tindakan membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan semula sekarang adalah bertentangan dengan peruntukan dan semangat perlembagaan Malaysia. Beliau mengemukakan dua alasan mengapa pembubaran perlimen dan pilihan raya tidak perlu diadakan:
    Pertama katanya, buat masa ini wujud kerajaan alternatif yang berpotensi iaitu Pakatan Rakyat. Agong perlu tunggu sehingga proses melompat parti selesai dan kemudian mengarahkan kerajaan sekarang melepaskan kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 43(4). Dan kemudian Agong akan melantik kerajaan baru di bawah Artikel 43(2)(a) dan (b).
    Kedua katanya, pilihan raya umum baru sahaja diadakan iaitu pada Mac lalu. Walaupun kerajaan berada dalam keadaan terumbang-ambing, Agong perlu menggalakkan ia dibentuk semula melalui
    parlimen sedia ada.- Harakah

    Tuesday, May 27, 2008

    PILIHANRAYA MENGEJUT??

    Hangat menjadi bualan di kalangan pemerhati politik. Akan diadakan satu pilihanraya parlimen mengejut pada Ogos 2008. Kenapa ya?

    Saya berpendapat begini: PM menjadi amat khuatir akan ada usul undi tidak percaya (vote of no confident) dikemukakan terhadap beliau pada persidangan Parlimen Ogos nanti. Untuk mengelak ini menjadi kenyataan dan difahamkan perkara ini tidak akan menyebelahi beliau, maka terpaksa parlimen dibubarkan. Maka hasrat mereka yang hendak membawa usul ini terbantut. PM akan berusaha mendapat mandat baru yang lebih kukuh(?)

    Aanalisa lain ialah tentang ura-ura Pakatan Rakyat mampu membentuk kerajaan dengan perpindahan beramai-ramai anggota Parlimen BN ke kapal PR. Ini dijangka berlaku pada sesi persidangan Ogos nanti. Tentunya tarikh 16 September 2008 seperti yang selalu diwara-warakan DSAI menjadi titik-tolak pertukaran tersebut. Untuk mengelak ini terjadi, maka PM akan mengambil langkah awal dengan membubarkan Parlimen.

    Kemelut yang melanda UMNO, Gerakan, MCA serta beberapa parti komponen lain, membawa masalah kepada BN. Sudah terlalu banyak suara protes kedengaran. Tidak mampu dibendung. Sebab itulah, ahli sudah berani mendesak presiden masing-masing berundur. Apakah maknanya ini. Maka PM tiada pilihan kecuali membubarkan parlimen. Calon-calon yang bertanding sudah tentu orang-orang mereka. Sekutu rapat. Penentang mereka terus digugurkan.

    Jika 3 senario itu diambilkira dan menjadi benar, maka bersedialah semua jentera untuk menghadapi sekali lagi sandiwara politik Malaysia.

    Monday, May 26, 2008

    Al-Fatihah Buat Allahyarham Ramli Ismail

    Sudah tertulis dan suratan takdir, ajal maut di mana-mana. Keghairahan semangat perjuangan walau jauh beratus batu allahyarham tetap hadir juga menyambut kedatangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Rh. Entirong, Batang Ai. Semasa DSAI menyampaikan amanat, Timbalan Ketua Bahagian Saratok ini, dijemput menemui Penciptanya. Al- Fatihah, semoga rohnya bersama mereka yang dikasihi.

    Sunday, May 25, 2008

    Potret Sejuta Wajah- Menafsir Banyak Makna.

    Sebahagian daripada rekod lebih 5000 yang hadir di Kpg Pinang Jawa, Gita

    Sambutan Ulangtahun Kedua Kemenangan DUN Padungan

    DSAI menyampaikan pesan amanat di pentas utama

    Nota: Kredit untuk akhbar berbahasa Cina untuk gambar.

    PKR Swak Branch In All 31 Parliamentary

    YB Tian Chua, Information Chief of National PKR told reporters on 23 May, that PKR Sarawak hopes to have divisional branches in all 31 parliamentary constituencies very soon.
    At least 20 branches will be operational by end of May, some in 'protem ' status. At this momont there is 11 branches that have been approved by ROS.
    He added that the national PKR leaders had set a big terget of at least 2000 members at every branch before year-end.
    "After witnessing the encouraging win in last 8 March, we regard Sarawak and Sabah as our new target,to realise our dream of a party for all Malaysians" the MP Batu said.
    YB Tian Chua is here to speak at "Seminar Menentu Hala Tuju Minda" for new party members.

    Saturday, May 24, 2008

    Seminar Menentu Hala Tuju Minda

    Sepanjang hari 23 Mei di Hotel Grand Continental seramai 50 orang intelektual dan profesional berkumpul menghadiri Seminar Menentu Hala Tuju Minda. Sebagai ahli baru mereka merupakan Harapan Baru PKR Sarawak,sebagai pelapis kepimpinan.Kelayakan akademik, pengalaman terserlah dengan lontaran idea dan kupasan bernas lagi padat.

    Kehadiran DSAI pada sesi sebelah petang,merancakkan lagi perbincangan. Pesanan dan amanat DSAI sebagai panduan dalam meneruskan perjuangan. Tahniah peguam Paul Raja, saintis Dr. Idwar, aktivis Harisson Ngau serta yang lainnya.

    Wednesday, May 21, 2008

    JENTAYU YANG LUKA (Untuk Wan Azizah)

    Oleh Usman Awang

    Tiba-tiba dia bangkit
    Dengan kelembutan yang tetap sopan
    Berdiri di barisan paling hadapan
    Sebagai pahlawan keadilan

    Lama dulu wajahnya tersembunyi
    Di belakang pemimpin berani sang suami
    Mengintip dengan mata kecilnya
    Segala tingkah dan senyuman pura-pura
    Si pengampu yang bermuka dua
    Si penyembah yang berjiwa hamba
    Si pengemis segenggam laba

    Dia adalah jentayu yang luka
    Terbang mengepak menyonsong gumpalan awan
    Mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan
    Mencabar dunia yang semakin kejam.

    Jadual Lawatan Bakal PM

    23 Mei 2008 (JUMAAT)
    11.30 am - Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
    12.30 pm - Solat Jumaat, Masjid Jamek, Kuching
    08.30 pm - Ceramah Perdana di Kpg Pinang Jawa, Kuching

    24 Mei 2008 (SABTU)
    10.00 am - Perjumpaan di Sri Aman
    12.00 pm - Pelancaran Bahagian P203 Lubok Antu, Sri Aman

    Sunday, May 18, 2008

    Bekejar Masa

    Sepanjang minggu banyak dihabiskan dengan membuat persediaan lawatan DSAI ke Sarawak. Selaku tenaga pelaksana, terpaksa bekejar masa mempersiapkan kelancaran segala.
    Dry run ke Lubuk Antu, membawa jasad ke Empangan Hidro Batang Ai. Suatu pemandangan menakjubkan membawa gundah rasa ingin menikmati senja di Batang Ai.

    Secebis Pengalaman

    Bersama-sama mengharungi lautan maya ini, sudah tertanam agak lama. Kekangan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang IT, membantutkan usaha itu. Berkat bantuan anak gadis sulung, maka lahirlah wadah ini. Terika kasih anakku.