Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, September 8, 2009

    AL-FATIHAH

    Anak kepada Sdra Dillah dari Kpg Semera Laut, Sadong Jaya telah meninggal dunia akibat lemas. Jenazah beliau ditemui malam tadi di Sungai Semera.
    Semoga Sdra Dillah dapat menerima ketentuan Ilahi dengan tabah dan roh allahyarham dirahmati Allah.
    Dermawan yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi saya (014 886 0118 atau akaun bank seperti tertera) atau terus kepada Sdra Dillah.


    KERAJAAN BAYAR GANTIRUGI RM50 RIBU KEPADA MUSTAFA ALI

    KUALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.

    Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

    Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

    Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

    Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

    baca selanjunya

    Sebab itu cadangan Koh Tsu Koon supaya polis merakam perhimpunan atau perarakan dan dengan bukti itu, barulah membuat siasatan atau penahanan. Dalam kes ini, nasib baik cuma RM50 000, duit rakyat terpaksa digunakan untuk membayar kesilapan pihak berkuasa.


    MENGATA ORANG SENDIRI PUN LEBIH

    Siapakah juak-juak yang bertindak kurang ajar, provokasi yang berlebihan, mengeluarkan kata-kata kesat, tidak bertamadun semasa dialog bersama MB Selangor berkaitan cadangan pemindahan kuil di Shah Alam.

    Nilai Melayu dan adat timur diketepikan. Sikap cool dan terbuka MB, mereka ambil kesempatan pulak.

    Nilailah sendiri kebiadapan mereka ini.

    Tontonlah video ini, mengesahkan segalanya....

    Juga video ini




    Monday, September 7, 2009

    PENAN NASIBMU DI HUJUNG TANDUK

    Berbekalkan lembing dan sumpit yang disaluti semangat mempertahankan hak, sekumpulan masyarakat Penan di Long Deloh, Baram membuat sekatan manusia terhadap kerakusan syarikat pembalakan dan syarikat perladangan kelapa sawit yang telah meneroka tanah adat mereka.

    Sejak turun temurun hutan sekitar telah menjadi punca makanan masyarakat Penan. Kini dengan izin kerajaan BN Sarawak, syarikat tersebut dengan rakus menebang dan membersihkan kawasan yang kaya hasil hutan itu.

    Orang Penan bukan menolak pembangunan, tetapi biarlah kebajikan dan cara hidup mereka dipelihara. Orang Penan bukan tidak ingin maju, tetapi biarlah suara hati mereka turut diambilkira dalam penerokaan hutan tersebut.

    Baca selanjutnya....

    Saturday, September 5, 2009

    PRK BAGAN PINANG: PR-BN BERENTAP LAGI

    Kekosongan DUN N31, Bagan Pinang , Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan membuka ruang ke sembilan buat PR dan BN beradu sokongan pengundi dalam pilihanraya kecil. Ini berikutan Azman Mohd Noor, ADUN UMNO/BN meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung.

    Setakat ini PR mendahului 7-1. PR menang di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang,Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir. BN pula sekadar menang di Batang Ai, Sarawak.

    Parlimen Teluk Kemang yang diwakili Dato Kamarul Baharin (Keadilan) mempunyai 5 DUN termasuk Chuah dan Port Dickson (dimenangi Keadilan), Lukut (DAP) dan Linggi (BN).

    Dengan 3 daripada 5 DUN dikuasai PR, peluang merampas Bagan Pinang cerah jika diambilkira siri kemenangan PR dalam pilihanraya kecil yang lalu.

    Azman menang DUN Bagan Pinang (6430 undi) dengan majoriti 2333 undi (berbanding 4411 undi pada 2004) dalam PRU12 lalu mengalahkan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4097 undi.

    Menang di Bagan Pinang, merapatkan jurang perbezaan kerusi DUN di antara PR dan BN. kepada cuma 4 kerusi. BN setakat ini menguasai 21 daripada 36 kerusi, manakala PR 15 kerusi.



    Thursday, September 3, 2009

    PENDEDAHAN DI SEBALIK KEPALA LEMBU

    Sekurang-kurangnya empat pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dikenalpasti mendalangi demonstrasi mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di Shah Alam, kata Ahli Parlimen kawasan itu Khalid Samad.

    Khalid berkata penaja demostrasi itu ialah adik Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Mohd Zain. Seorang lagi yang dikenalpasti ialah Ketua UMNO Cawangan Seksyen 18, yang dikenali dengan nama Abang Mat. Selain itu Ketua Pemuda UMNO Selayang dan ketua Umno Cawangan Seksyen 16 Shah Alam turut mendalangi demostrasi itu pada Jumaat lalu, kata Khalid.

    Khalid mendedahkan pihak yang mendalangi tunjuk perasaan berbau perkauman itu sebagai menyahut cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar yang menafikan pembabitan ahli UMNO. Noh adalah juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan dilaporan merestui tunjuk perasaan yang boleh membakar sentimen kaum Melayu.

    Khalid berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis Noor Azam Jamaludin untuk membincangkan tindakan susulan polis terhadap tunjuk perasaan itu.

    Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan walaupun anggota polis hadir semasa konco-konco UMNO mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khalid memberitahu pmberita bahawa polis memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan dan kini menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

    baca selanjutnya

    Amat menghairankan Datuk Noh Omar menyanggah mengatakan dalang di sebalik perarakan kepala lembu bukan orang UMNO. Gambar yang merakam kebenaran sepatutnya membolehkan pihak polis bertindak terhadap mereka yang boleh mencetus kekacauan itu. Tapi seperti biasa alasannnya tiada laporan dan menunggu arahan Pejabat Peguam Negara.


    Tuesday, September 1, 2009

    PERUTUSAN ANWAR SEMPENA 52 TAHUN MERDEKA

    Perutusan Anwar Ibrahim sempena 31hb Ogos, 2009: Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

    Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat, menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

    Persoalan yang menerjah kita semua ialah : bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

    Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

    Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

    Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

    Cantik sungguh puteri Palembang,
    Sayang bersunting bunga pudak;
    Betapa keras dilambung gelombang,
    Kucacak tiang, kulayar jua.

    Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

    Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

    Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya ; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

    Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, S P Seenivasagam, Tan Chee Koon, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

    Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

    ANWAR IBRAHIM,
    Ketua Pembangkang, Parliamen Malaysia

    HARGA MINYAK NAIK LAGI

    Pada 11 Julai 09 yang lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

    Kalau dulu Najib beri 11 hadiah, terkini Najib dengan murah hati memberikan satu lagi hadiah paling istimewa kepada rakyat 1 Malaysia sempena menyambut 52 tahun merdeka iaitu kenaikan harga minyak petrol. Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

    Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

    Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita. Selepas ini dan banyak lagi hadiah yang bakal dinikmati oleh rakyat 1 Malaysia terutamanya untuk kaum UMNO-BN dan tak terkecuali tempiasnya terkena orang-orang PR juga.

    Seminggu dua lagi kita akan merasai kenaikan harga barang keperluan. Dari harga tepung, telur, daging hingga ke harga simen,paku dan sebagainya akan berubah. Semuanya dengan alasan harga minyak naik.....

    Terima kasih BN, sebagai timbal balas nantikanlah hadiah yang bakal kami berikan pula kepada anda di PRU13 nanti dengan hadiah yang lebih bermakna. Dulu, kini dan selamanya menyusahkan rakyat.