Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, September 18, 2008

    ANWAR ADA 35 WAKIL RAKYAT MAHU BERHIJRAH

    Diam tak diam, tarikh 16 September sudah berlalu. Begitu juga tempoh sehingga 48 jam yang diberikan kepada Pak Lah untuk memberi respon terhadap surat pertama Anwar bertarikh 15 September, juga sudah sampai adan.
    Surat kedua bertarikh 18 September yang antara lain kandungannya menuntut diadakan sidang tergempar Parlimen pada 23 Septeember juga tidak dilayan Pak Lah.
    Usaha Anwar dan Pakatan Rakyat, untuk berbincang dan mengambilalih kerajaan secara aman, teratur dan menurut perlembagaan, dibalas dengan nada angkuh pemimpin BN. Mereka terus menerus menuduh Anwar kemaruk kuasa, terlalu obses untuk menjadi Perdana Menteri. Hampir ke semua pemimpin utama BN terutama dari UMNO, menggelar Anwar pembohong, tamak dan pelbagai lagi tuduhan dan gelaran.
    Apa jua istilah bagi menggambarkan bahawa Anwar itu gila kuasa, sebenarnya mencerminkan betapa panik dan gementarnya pemimpin BN berhadapan Anwar dan Pakatan Rakyat. Mereka tahu, jika PR berjaya menubuhkan kerajaan, maka segala tembelang, kegiatan, salah tabdir unsur rasuah, salahguna kuasa terhadap polis, kronisme dan sebagainya akan terdedah. Sebab itulah mereka cuba sedaya-upaya menggagalkan perancangan 916.
    Namun, Anwar dengan tegas menyatakan bahawa sudah ada 35 orang wakil rakyat BN yang sudah menyatakan persetujuan dan kesanggupan menyertai PR. Angka inilah yang menakutkan Pak Lah, Najib dan kepimpinan UMNO serta BN keseluruhannya. Mereka tahu, Anwar memang mempunyai angka itu. Maknanya kerajaan yang diterajui UMNO sudah tumbang. Cuma mereka sendiri cuba menidakkan. Cuba menyembunyikan ketakutan yang teramat itu.
    Maka, puak ini cuba mengalihkan pemikiran rakyat dengan mengwujudkan pelbagai isu. Antaranya penahanan wartawan Tan, Teressa Kok, dan blogger RPK. Terbaru, Pak Lah dan Najib bertukar potfolio dengan alasan ia sebahagian daripada proses peralihan kepimpinan UMNO.
    Tetapi, apabila Anwar mencabar diadakan sidang Parlimen tergempar, Pak Lah menolak dengan ketakutan. Dia tahu, jika diadakan sidang itu, maka akan tumbanglah kerajaan pimpinannya. Tidak sempat menyelamatkan harta benda, tak sempat membawa keluar fail-fail sulit lagi penting yang boleh membuka pekung pentadbiran mereka. Itu yang ditakuti Pak Lah.
    Maka Anwar selepas ini, ada 2 pilihan. Pertama terus mengadap YD Agong, menyembah senarai nama wakil rakyat yang hendak menyertai PR dan memohon perkenan mengambilalih pentadbiran negara.
    Pilihan kedua ialah menunggu sehingga 13 Oktober 2008, di mana persidangan Parlimen akan bersambung semula.
    Dalam jangkamasa hampir sebulan itu, macam-macam perkara boleh terjadi. Bunga-bunga bahasa Pak Lah sudah menggambarkan Anwar sebagai ancaman negara. Akta paling sesuai untuk menghukum sesiapa yang menjadi ancaman negara ialah ISA. Jika ini terjadi, akan tergendala perancangan Anwar dan PR.
    Kalau tidak pun, jaminan Anwar boleh ditarik balik semasa penghujahan kes liwat Saiful Bahari pada 24 September ini. Jika jaminan ditarik balik, Anwar akan bermalam di lokap sehingga tarikh baru perbicaraan. Ini pasti akan menjejaskan perancangan Anwar.
    Pilihan terbaik yang ada pada Anwar sekarang ialah berjumpa dengan YDA dan menyembahkan senarai nama 35 orang wakil rakyat itu. Jika YDA berkenan dan yakin baginda boleh memanggil Pak Lah mengadap dan menasihatkan Pak Lah berundur seterusnya melantik Anwar yang mempunyai majoriti ahli parlimen menjadi Perdana Menteri Ke-6.