Minggu lepas saya mendapat panggilan daripada Sdr Osman Boji untuk meminta diaturkan perjumpaan dengan YB Dominic Ng. Sdr. Osman dan hampir 300 penduduk di Kpg Sg Laruh, Off Jalan Seruling, dalam DUN TUPONG, meminta bantuan Dominic mendesak pihak berkuasa agar mereka segera dibekalkan bekalan letrik dan air.
Setelah menghuni lebih 40 tahun di penempatan tersebut, mereka telah dijanjikan dengan pelbagai kata-kata manis menjelang setiap pilihanraya. Permohonan demi permohonan telah diajukan kepada pihak berwewenang, hasilnya masih hampa.
2006, arus penolakan rakyat terhadap Bee End bermula. Bertambahnya sokongan terbuka rakyat terhadap PKR, menakutkan pemimpin Bee End. Maka penduduk ditawar lot tanah tetapi premium yang tinggi dan ada yang mencecah RM40,000.00. Kedhaifan penghidupan menghalang mereka memiliki tanah yang telah disukat itu. Apa yang mampu bagi mereka adalah menerima TOL sahaja.
Selepas itu, dibina jalan penghubung yang jika dinilai cuma mampu bertahan beberapa tahun. Kini sudah ada bahu/tebing jalan yang terhakis. DBKU sudah pula membuat penilaian cukai pintu, sedangkan cuma sebiji tong sampah disediakan.
Amat malang sehingga kini, dengan slogan 45 TAHUN SARAWAK MAJU DALAM MALAYSIA, penempatan yang cuma 10 minit ke pusat bandaraya Kuching, masih gagal menikmati bekalan asas manusiawi. Apalah yang begitu dibanggakan MAJU jika masih ada rakyat di kawasan bandar berkongsi 2 biji paip untuk 40 buah rumah. Apalah yang hendak diagung-agungkan sangat jika di kawasan bandar, tetapi masih menggunakan generetor persendirian yang cuma mampu membekalkan letrik 6-8 jam sehari. Dengan harga minyak yang melambung, kepayahan kepayahan hidup penduduk berganda.
YB Dominic berjanji akan menguruskan pertemuan penduduk dengan DBKU dan menulis surat kepada pihak berkenaan.