Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, February 10, 2009

    UMNO HARUS AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANUAR MUSA DAN PAK LAH.

    BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang Pakatan Rakyat mengambil tindakan mahkamah terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

    Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan undang-undang dalam bentuk seperti itu, Dato' Mahfuz Omar mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

    Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

    "Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.

    Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

    Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

    Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

    Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.

    Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan.- Harakah Daily