Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, February 9, 2009

    ADAKAH DERHAKA NIZAR SAMA DENGAN DERHAKA BAPA TAJOL ROSLI?


    UMNO mencanang dengan bantuan media kongkongan mereka bahawa DS Nizar derhaka kerana engkar arahan Sultan Perak supaya meletak jawatan sebagai MB.

    UMNO bertempik mengherdik DS Nizar dan seluruh Pakatan Rakyat sebagai penderhaka yang patut diambil tindakan. Azlina merekomenkan agar Nizar diISAkan. Berpuluh laporan polis dibuat gara-gara kelantangan Karpal hendak menyaman Sultan Perak.

    UMNO dan BN cukup bijak menonjolkan diri mereka sebagai penyelamat institusi Raja. UMNOlah kononnya pelindung tahta dan pendaulat Raja Berpelembagaan.

    Nampaknya ada pemimpin UMNO/BN yang buta sejarah. Sebenarnya UMNO/BN sendiri yang banyakali menderhaka dan membelakangi titah Sultan.

    Sejarah perlantikan MB Perak tahun 1974 mengundang kemurkaan Sultan Idris Shah kerana baginda tidak berkenan dengan pilihan Presiden UMNO ketika itu. Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

    Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
    Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

    Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; "Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO."

    Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

    Satu lagi contoh derhaka UMNO kepada Sultan terjadi Mac 2008 di Terengganu. Sultan Terengganu adalah juga YD Agong. Maknanya UMNO ketika itu engkar dan tidak patuh titah Agong. Yang lebih dahsyat adalah gelaran "NATANG" yang digunakan. Gambar di atas menceritakan segalanya.