Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, February 15, 2009

    MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH

    Malaysiakini hari ini melaporkan Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan semua ceramah politik diharamkan di Negeri Perak sehingga `keadaan kembali normal'.Malaysiakini turut melaporkan kenyataan daripada Sdr.Tian Chua, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat bahawa Kementerian Dalam Negeri telah merampas leih dari 20000 naskah akhbar Suara Keadilan.

    Membaca kedua-dua berita tersebut,dapat difahami bahawa ada usaha terancang oleh Kerajaan untuk cuba menutup aliran maklumat kepada rakyat.Hal ini jelas dari hakikat bahawa Pakatan tidak mendapat akses kepada media arus perdana-tv dan akhbar perdana-dan wahana penyampaian maklumat cukup terhad kepada akhbar milik parti dan alternatif,ceramah dan internet.

    Pada perkiraan BN,dengan mengharamkan ceramah dan merampas akhbar milik parti,akan dapat meredakan keberangan rakyat dan aliran maklumat akan dapat dikawal serta terarah dari suatu sumber iaitu dari pihak mereka.Dalam keadaan demikian,BN mengharapkan persepsi rakyat dapat diolah menurut acuan mereka.

    Sebenarnya,kritikan dan kecaman layanan tidak adil PDRM dan KDN kepada pembangkang bukan perkara baru.Tuntutan agar pemimpin Pakatan diberi ruang di kaca TV-RTM bagi siar jam 3 pagi pun tak apa,YAB MB Kelantan dilaporkan pernah berkata-sering dibuat tetapi sehingga ke hari ini,Kerajaan BN yang mengaku menjuarai demokrasi,tidak pernah melayani tuntutan itu.

    Dalam demokrasi yang sihat dan matang,hak untuk bersuara dan berhimpun merupakan keperluan fundamental.Malah dissenting voice dilihat sebagai keperluan yang perlu diambil endah oleh pemerintah dalam mengujudkan persekitaran politik yang sihat.Bagi melahirkan suatu masyarakat yang celik maklumat dan upaya membentuk masyarakat madani (civil society),maka kebebasan bersuara dan berhimpun menjadi pra syarat utama. baca selanjutnya