Pilihan raya kecil Parlimen P59 Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Bukit Selambau, Kedah akan diadakan secara serentak 7 April ini.
Tarikh penamaan calon pula diadakan 29 Mac.
Tempoh kempen adalah selama sembilan hari. Pilihan raya kecil ini diadakan hampir dua bulan selepas kekosongan wujud iaitu pada hari ke 58 dan ke 59. Juga selepas Perhimpunan Agung UMNO pada 24-28 Mac. Dan yang penting tarikh yang dipilih SPR selepas Najib jadi PM.
Pada pilihan raya umum 2008 Roslan Shaharum, 50 Ahli Parlimen PAS, menewaskan Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Zabidi dan calon Bebas Mohganan P. Manikam dengan majoriti 1,566 undi.
Arumugam, 55, yang bertanding atas tiket Bebas menewaskan calon Barisan Nasional S. Krishnan. Arumugam kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).