Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, February 19, 2009

    ANWAR LAWAT SARAWAK DENGAN HARAPAN TINGGI

    Ketua Umum Keadilan merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Sarawak pada 21-22 Februari ini. Kunjungan terakhir ialah semasa jamuan makan malam mega 9 Januari lalu.

    Sebaik tiba di Kuching pada 21 Februari, beliau akan menghadiri majlis makan tengahari bersama-sama pemimpin Melayu yang pro Keadilan. Mereka ini terdiri daripada profesional Melayu, peguam, doktor, ahli akademik, ahli agama dan usahawan.

    Selepas itu, beliau dijadual mempengerusikan mesyuarat bersama 27 orang Ketua Bahagian Keadilan serta figura politik Sarawak. Perjumpaan tertutup ini akan membincangkan halatuju Keadilan menghadapi pilihanraya DUN yang akan datang.

    Sebelum berlepas ke Bintulu untuk menghadiri satu lagi siri jamuan makan malam anjuran Masyarakat Dayak Zon Tengah, DSAI dijadualkan bertemu dengan pemimpin DAP Sarawak.

    Orang ramai dialu-alukan hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk bersama-sama menyambut kedatangan beliau yang dijadualkan mendarat jam 11.50 pagi.