Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, February 12, 2009

    PROTES TERHADAP NAJIB DI KUCHING

    Sebahagian peserta demontrasi. Kelihatan YB Dominique Ng (menggunakan vest)
    Gambar oleh Dayaknation.


    Petang tadi sekitar jam 2, dengan dikelilingi anggota polis, 3 trak FRU, anggota Keadilan Sarawak mengadakan protes dan demontrasi aman membantah penglibatan Najib dalam rampasan kuasa di Perak. Protes tersebut diadakan berhadapan Hotel Fata, di tengah-tengah bandaraya Kuching. Jika tidak kerana jalan-jalan menuju ke sekolah itu ditutup, maka tentu lebih meriah demontrasi tersebut.

    Setelah mendapat maklumat Najib akan melalui jalan di hadapan hotel tersebut untuk ke SMB St Thomas, sekitar 30 orang ahli nekad menanti kedatangan Najib. Halangan daripada pihak berkuasa menggagalkan usaha mereka menghampiri SMB St Thomas di mana berlangsungnya acara penyampaian geran untuk sekolah bantuan di Sarawak.

    Malangnya Najib telah menggunakan jalan lain untuk ke sekolah tersebut.

    Protes yang diadakan itu bertujuan menyedarkan Najib dan BN bahawa tindakan mereka memutar-belitkan fakta rampasan kuasa di Perak mengelirukan rakyat.