Sepertimana biasa Najib mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar bogel Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Elizabeth Wong baru-baru ini.
Sambil menegaskan BN tidak terlibat sama sekali dalam insiden itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata pembangkang sewajarnya tidak menuduh sembarangan jika tidak mempunyai bukti, lapor Bernama.
Sama seperti kes terdahulu, Najib telah pernah membuat penafian beliau terbabit dengan laporan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tetapi apabila diunjukkan foto Saiful bersama pegawainya yang berlatarbelakang pejabat TPM akhirnya Najib mengaku bahawa kehadiran Saiful pada 12 Februari lepas untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran.
Persoalan kini sampai bila Najib boleh menipu?
Sama seperti beberapa orang ADUN PKR yang "hilang" dan "ghaib" yang tiba-tiba muncul bersama beliau tatkala mengumumkan rampasan kuasa di Perak. - MALAYSIAKINI