Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, February 2, 2009

    SURAT EXCO PERAK MENDAPAT PERKENAN SULTAN

    Iklim politik di Perak kembali hangat dan saya percaya seluruh Malaysia juga merasa bahangnya.

    Apa yang berlaku melibatkan 2 Adun KeADILan Perak yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri adalah sesuatu yang dijangka dan diikuti secara halus oleh pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat Perak.

    Sebagaimana yang semua tahu, penyertaan Dato’ Nasaruddin Hashim, Adun Bota ke dalam KeADILan benar-benar membuatkan Umno ‘panas punggung’. Ini kerana tindakan Dato’ Nasa itu merupakan pukulan kedua buat kepimpinan Najib selepas kalah dengan teruk di Kuala Terengganu.

    Semenjak saat itulah,kedua Adun Perak ini gagal dikesan.baik kerajaan negeri mahupun pimpinan KeADILan gagal berhubung dengan mereka. Malah keluarga mereka juga gagal menghubungi mereka.

    Ini menguatkan desas-desus bahawa mereka sedang berkira-kira untuk menyertai Umno sekaligus merencanakan pelan jahat Umno untuk menumbangkan kerajaan negeri.

    Ini juga termasuklah dengan usaha menculik Dato’ Nasa yang telah dijanjikan jawatan MB Perak seandainya sanggup kembali menyertai Umno. Alhamdulillah, berkat kesungguhan akar umbi AMK Perak, rumah Dato’ Nasa berjaya dikawal daripada anasir-anasir jahat tajaan Umno ini.

    Setelah gagal menghubungi kedua Adun tersebut, ditambah dengan kenyataan Pak Lah bahawa akan ada Adun Pakatan Perak yang menyertai Umno, menguatkan desas desus penyertaan mereka ke dalam Umno. Ini ditambah dengan maklumat yang diperoleh daripada teman-teman bahawa kedua Adun ini turut berada di kawasan Pekan,Pahang.

    Maka,setelah membincangkan hal ini dengan teliti, kerajaan negeri bertindak menggunakan senjata mereka yang diperkenan oleh Tuanku Sultan Perak, iaitu surat peletakan jawatan dua mereka yang telah ditandatangani pada 8 Mac 2008, iaitu pada tarikh kerajaan Umno-BN di Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Surat ini ditandatangani secara sedar dan waras oleh kesemua Adun Pakatan pada ketika itu, sebagai satu timbal balas sekiranya mana-mana Adun Pakatan bertindak melompat parti menyertai BN.

    Setelah surat didedahkan kepada umum oleh Speaker DUN Perak, maka meloncatlah kedua Adun ini. Belum sempat mereka dibeli, harga mereka telah hilang! Mereka kini bukan lagi Adun, tetapi hanya bekas Adun.

    Maka bisinglah Jamaluddin Md Radzi yang kononnya mahu mencabar kesahihan surat itu. Beliau lupa, dalm konteks undang-undang apa bentuk perjanjian yang ditandatangani oleh seseorang individu itu, asal saja dia waras dan sedar dengan tindakannya itu sewaktu ia melakukannya, ianya kekal sah dan tidak terbatal.

    Dan Jamaluddin terus bising lagi sebagaimana yang dilaporkan oleh The Star dan Mstar Online, kononnya beliau MC dan MC itu ada di pejabatnya sepanjang beliau gagal dihubungi. Ini pembohongan kelakar. Beliau gagal dihubungi oleh keluarga, bagaimana beliau hanya berehat di rumah? Beliau tidak datang ke poejabat dan gagal dihubungi oleh teman-teman pejabat dan staf kerajaan negeri, bila pula masanya MC itu dihantar ke pejabat?

    Mereka kini dalam keadaan defensif. Apapun sama-sama kita berdoa agar kerajaan Negeri Perakdi bawah Pakatan Rakyat terus kekal stabil biar dikacau ganggu oleh Umno-BN secara kasar dan rakus.

    Saya percaya, mereka ada tipu daya, Allah SWT juga ada tipu daya, dan selalunya tipu daya Allah lebih hebat dan menang akhirnya.- Shamsul Iskandar Mohd Akin