Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, February 9, 2009

    ARUMUGAM QUIT, ANOTHER BY-ELECTION.


    Di sebalik desas-desus menyertai Barisan Nasional (BN), Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

    Ia diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Tengahari tadi beliau mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

    Beliau berkata surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada pukul 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

    "Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.

    Azizan berkata sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr. Abd Isa Ismail.

    Ditanya mengenai sebab peletakan jawatan itu, Azizan berkata antara kandungan surat Arumugam ialah beliau mendakwa tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

    "Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," kata beliau.

    Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

    Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

    Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas memperolehi 13,225 undi berbanding S Krishnan (MIC) 10,863 dengan majoriti 2362. Beliau kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri.