Mesyuarat bersama Dato Seri Anwar hampir 2 jam siang tadi telah menggariskan beberapa pendekatan yang diharap akan memacu Keadilan.
Salah satu yang telah diamalkan dan akan dimantapkan adalah penganjuran aktiviti oleh golongan yang menyokong perjuangan Keadilan. Golongan ini adalah mereka yang menganggap diri mereka sebagai 'kawan' kepada Keadilan. Mereka akan membantu menganjurkan beberapa aktiviti dengan segala kos dibiayai mereka sendiri. Ini terbukti dengan beberapa siri jamuan mega yang telah diadakan di Sibu, Miri, Kuching dan Bintulu. Selepas ini akan diadakan di Limbang dan Bau.
Beberapa pendapat telah disuarakan oleh Ketua Bahagian yang hadir mengenai kebimbangan yang golongan ini cuba memanipulasi penglibatan mereka. DSAI dengan jelas menerangkan bahawa mereka tidak akan mencampuri urusan pentadbiran parti. Mereka cuma bertindak membantu menyedarkan rakyat Sarawak akan kewujudan Keadilan.
Sebagai memantapkan lagi penglibatan dan penganjuran aktiviti, maka setiap jawatankuasa bahagian yang terlibat akan diserap dalam jawatankuasa pengelolaan setiap aktiviti mereka.
Pendekatan kedua ialah mewujudkan sekumpulan pemimpin kanan yang akan bertindak sebagai decision maker dalam apa-apa sahaja berkaitan Keadilan Sarawak. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang berpengaruh, berpengalaman luas dan diterima oleh semua ahli parti. Mereka akan bertindak memikirkan strategi, kempen pilihanraya, pemilihan calon, kewangan dan sebagainya.
DSAI menjelaskan rasionalnya supaya ada satu pasukan yang mantap untuk mentadbir Sarawak jika ditakdirkan Keadilan dan PR dapat menawan DUN yang akan datang.
DSAI turut akan mengumumkan Jawatankuasa Perhubungan Negeri yang baru semasa pertemuan dengan semua Ketua Bahagian yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 27-28 Februari nanti.
Selepas mesyuarat tersebut, DSAI telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP Sarawak. Perbincangan santai dan mesra telah mengukuhkan lagi ukhwah di kalangan parti PR.