Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, February 26, 2009

    KEADILAN SARAWAK MENGHADIRI MESYUARAT DI KL.

    Seramai 105 pemimpin negeri dan bahagian dari seluruh Sarawak akan berkampung selama 3 hari di Ampang untuk menghadiri beberapa siri perbincangan. Program yang lebih merupakan pendedahan kepimpinan Keadilan Sarawak terhadap visi dan misi perjuangan parti.

    Program yang bermula dari 26 Februari hingga 1 Mac, diisi dengan pelbagai taklimat dan perbincangan dengan ahli MPT dan pemimpin pusat.

    Selain itu, mesyuarat Perhubungan Negeri Sarawak yang akan dipengerusikan sendiri oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak menggantikan YB Dominique Ng. Mesyuarat akan diadakan pada 28 Februari bermula jam 6 petang di Hotel Qualiti, Kuala Lumpur. Dijangkan DSAI akan mengumumkan barisan kepimpinan Perhubungan Negeri yang baharu.

    Perbincangan juga akan menyentuh tentang persiapan pilihanraya kecil Batang Ai. Ini merangkumi aspek calon, strategi kempen, logistik dan sebagainya. Pilihanraya kecil ini cuma akan diketahui tarikhnya selepas SPR bermesyuarat 4 Mac nanti.

    Kepada semua perwakilan diucapkan selamat bermesyuarat dan diharap dapat menimba sebanyak mungkin pengetahuan untuk memacu Keadilan di Sarawak.