Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Friday, February 20, 2009

    Kenyataan Media Berhubung Laporan Polis Ke Atas Gani Patail & Musa Hassan

    Logikkah sendiri yang menumbuk mata hingga lebam begini.

    1. Saya telahpun membuat laporan polis ke atas Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 1hb Julai 2008 berhubung pembabitan mereka di dalam memalsukan bukti/keterangan penyiasatan kes serangan Rahim Noor ke atas saya.

    2. Saya kesal kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenal sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, walaupun sudah 8 bulan berlalu.

    3. Kita diberitahu oleh Menteri di JPM Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, bahawa kertas siasatan tersebut sudah pun berada di Kamar Peguam Negara. Kita merasa ragu akan kebebasan siasatan tersebut kerana Peguam Negara sendiri terbabit sebagai mereka yang berkonspirasi memalsukan bukti.

    4. Maklumat terperinci pembabitan Gani Patail berhubung penyiasatan polis itu telah didedahkan dalam penyata tuntutan yang difailkan oleh Dato Mat Zain(pegawai penyiasat di dalam kes saya) dalam satu tuntutan sivil beliau ke atas saya. Penyata tuntutan tersebut mengesahkan peranan Gani Patail dan Musa Hassan dalam episod tersebut.

    5. Maklumat tersebut bersama analisis penjalanan prosiding Suruhanjaya Di Raja menjelaskan segala-galanya pembabitan Gani Patail dan Musa Hassan di dalam memalsukan bukti dalam kes yang lain.

    6. Fakta/ Maklumat tersebut juga menunjukkan pembabitan mereka bersama pegawai polis kanan di dalam memalsukan satu laporan polis (Laporan Travers 3977/98) berhubung penahanan saya oleh ACP Koh, pegawai yang bertanggungjawab menahan saya, pada jam 2 pagi, 21hb September 1998. Laporan tersebut menyatakan saya ditahan di bawah ISA, bukannya kerana kes tuduhan liwat seperti yang dinyatakan oleh Koh beberapa jam sebelumnya di rumah saya. Ini dilakukan kerana mereka bertujuan menyembunyikan kecederaan saya dari diketahui umum, serta memastikan saya tidak perlu dihadapkan ke mahkamah sesegera mungkin.

    7. Gani Patail dan Musa Hassan adalah mereka yang terlibat dan masih diberi kepercayaan mengetuai institusi penting di negara ini.

    8. Hari ini saya membuat laporan polis berhubung pembabitan mereka di dalam konspirasi yang menyebabkan Koh membuat satu laporan palsu ke atas saya pada 21hb September 1998. Ini mengesahkan peranan mereka dalam konspirasi di sebalik laporan polis palsu yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.

    9. Saya meminta satu tindakan segera diambil berhubung laporan polis yang dibuat oleh saya pada 1hb Julai 2008.

    ANWAR IBRAHIM

    Kalau kes yang dilapor oleh selain orang BN atau kesalahan yang 'dibuat' oleh pihak selain daripada BN,maka SPRM,PDRM atau mana-mana pihak berkuasa yang memegang kuasa akan sedaya upaya melambat-lambatkan siasatan. Ini bukan tuduhan melulu tetapi hakikat yang terjadi. Orang kampungpun sudah pandai mengomel dan mencemuh sikap 'double standard' ini. Sebab itulah Chegubard bertindak akan membakar semua salinan laporan yang telah beliau buat sejak 1998 di hadapan pejabat SPRM. Perhatikan sahaja betapa cepat dan pantasnya SPRM bertindak terhadap MB Selangor, Speaker Perak, kes foto Eli, Raja Petra, kes liwat Saiful Bahari dan banyak lagi. Berbanding kes yang melibatkan pemimpin BN, seboleh-bolehnya cuba disapu di bawah tikar. Wallahualam.