Beberapa bulan yang lalu jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.
Menurut YB Haniza Talha, salah seorang Exco kerajaan Selangor, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac tahun 2008.
Peruntuk setiap DUN berjumlah RM500,000.00 setahun, tetapi hampir semua dihabiskan dalam 2 bulan pertama, malah ada yang terlebih bajet. Inilah pentadbiran yang dibangga Khir Toyo(l)
Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.
Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.
Dalam persidangan pertama dewan itu Mei 2008, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta di atas) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.
Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.
Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.
Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.