Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, February 24, 2009

    DUN BATANG AI KOSONG: KEADILAN TELAH BERSEDIA.

    Seawal pagi saya menerima sms daripada YB Dominique menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, telah meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar.

    Mendiang dimasukkan ke pusat perubatan Normah sejak sembilan lalu setelah koma akibat serangan angin ahmar yang teruk pada Mei 2008 ketika ditemuramah oleh RTM. Sejak itu pelbagai spekulasi menular menyatakan keadaan mendiang.

    DUN Batang Air yang terkenal dengan Hidronya, berdekatan dengan sempadan barat Kalimantan. Kira-kira 200km di timur ibu negeri Sarawak, Kuching.

    Unting berkhidmat sebagai menteri muda dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak bagi penggal kedua.

    Memandangkan pilihanraya negeri Sarawak hanya akan diadakan pada 2011, maka Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 bagi DUN Batang Ai itu.

    Mengikut undang-undang pilihanraya, SPR boleh membiarkan kerusi itu kosong sekiranya pilihanraya negeri perlu diadakan dalam tempoh 18 bulan.

    Bagaimanapun, dalam kes Batang Ai, tempohnya melebihi dua tahun sebelum penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berakhir.

    Dalam pilihanraya negeri 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap). Batang Ai merupakan kawasan majoriti pengundi Iban.

    Unting menang dengan majoriti 806 undi, apabila mendapat 3,295 undi manakala Bawin mendapat 2,489 undi. Jumlah pengundi di sini adalah

    Bawin telah menyertai PKR dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak.

    Jika pilihanraya kecil diadakan, ia merupakan ujian pertama bagi Pakatan Rakyat di Sarawak sejak pilihanraya umum pada Mac 2008.

    Sementara itu. jentera Keadilan sudahpun siap sedia mengahadapi pilihanraya kecil ini. Kursus dan latihan kepada petugas telahpun diadakan Januari lalu. Sama-samalah kita menanti saat kemenangan Keadilan di Batang Ai.