Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, February 3, 2009

    EXCO PERAK KEKAL ADUN- SPR MELANGGAR PERLEMBAGAAN.

    SPR telah memutuskan tidak berlaku kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa telah kosong melalui peletakan jawatan oleh wakil-wakil rakyat PKR.

    Susulan itu tiada pilihanraya kecil di kerusi itu kerana SPR tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut, kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.
    Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan "wujud keraguan" pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu - masing-masing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang dan Changkat Jering.

    Mengulas keputusan SPR, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan SPR sebagai mencabuli perlembagaan negara dan mempertikaikan peranan SPR sebagai mahkamah dalam menentukan kesahihan surat perletakan jawatan tersebut.

    "SPR tidak ada kuasa menolak surat makluman kekosongan DUN daripada Speaker Perak V Sivakumar"

    Bekas pengerusi SPR selama 8 tahun, Rashid Rahman, turut mempertikai keputusan SPR.

    "SPR bertanggungjawab mengadakan pilihanraya setelah Speaker memaklumkan kekosongan kerusi dan SPR tidak ada kuasa menyiasat kebenaran keputusan speaker"

    Pakar perlembagaan, Abd Aziz Bari yang bertugas di UIA menjelaskan bahawa keputusan speaker DUN adalah muktamad dan SPR perlu mematuhinya.

    Situasi ini menggemparkan lagi kemelut politik di Perak.

    Dalam pada itu, Jamaludin Mohd Radzi dilaporkan telah menyerahkan surat keluar PKR dan menjadi ADUN bebas dengan alasan PKR sudah tidak mahukannya lagi.

    "Bukan saya tidak mahu parti (PKR) tetapi parti yang tidak mahukan saya... saya akan fikir dulu... saya tidak akan masuk mana-mana parti sehingga buat keputusan," kata beliau ketika dihubungi.

    "Saya pelik... kalau saudara dalam keadaan saya, fikirkan... patut atau tidak mana-mana parti menyerahkan surat letak jawatan (yang ditandatangani Mac lalu) kepada orang lain (Speaker)... surat ini ditandatangani Mac 2008.

    "Ini menunjukkan bukan saya tidak mahu parti, tetapi parti yang tidak mahu saya," katanya.

    Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya.

    Seorang Adun PKR memberitahu Malaysiakini, pertemuan 30 wakil rakyat Pakatan itu akan turut melibatkan pemimpin ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan di negeri itu.

    Pertemuan itu akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin di Ipoh jam 8 malam ini.