Petrol RM2.70 seliter? Masih murah daripada Singapura dan Thailand. Kepada yang layak pula akan dipulangkan RM625 semasa pembaharuan cukai kenderaan.
Apa benda ni? Malaysia pengeluar minyak. Mencukupi untuk kegunaan negara, tetapi hendak dibandingkan dengan negara yang tidak mengeluarkan minyak.
RM625 itu bersamaan dengan berapa liter? Tak cukup untuk kegunaan sebulan. 11 bulan lagi pakat-pakat isi air. Kot-kot kereta kita makin laju...
Memang sudah dijangka kerajaan Be End akan menaikkan harga petrol. Perolehan Petronas melebihi RM100 billion ke mana nak dibelanjakan? Tiadakah mekanisme lain untuk mengatasi dan mengurangkan beban rakyat kebanyakan.
Dan tentu sekali selepas jam 12 malam ini, harga susu, roti, minyak masak serta keperluan lain akan naik harga juga. Sebab itulah BN adalah BARANG NAIK......
Dan tentu sekali selepas jam 12 malam ini, harga susu, roti, minyak masak serta keperluan lain akan naik harga juga. Sebab itulah BN adalah BARANG NAIK......