Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Saturday, June 14, 2008

    3 YB PKR SERTAI GAWAI DAYAK

    Sesuatu yang jarang berlaku di mana ahli Parlimen selain daripada Be End dijemput secara rasmi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Sarawak. Tetapi Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak di Stadium Perpaduan, Kuching melakar satu sejarah baru.
    YB Gobalakrishnan Nagapan (Padang Serai) YB Tuan Amran Abd. Ghani (Tanah Merah) dan perakam video Linggam YB Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya), turut serta ke majlis rasmi tersebut.
    Kesemua mereka telah disediakan dengan sebuah kereta dan seorang pemandu oleh urusetia perayaan. Sesuatu yang tidak dijangkakan.
    Sementara itu, mereka bertiga disambut oleh PKR negeri dan menghabiskan masa makan tengahari di Restoran Didi. Sebelum itu Gobala dan Gwo-Burne telah dibawa melawat dan meninjau pasar Jalan Gambier yang akan dimusnahkan.