Petang semalam, seorang teman pengamal undang-undang lulusan LLB mempelawa minum. Seperti biasa nescafe o menjadi pilihan. Kononnya dia mengikuti perkembangan politik saya sejak 2006 semasa bertanding di DUN Sadong Jaya. Kurang 858 undi untuk ditauliahkan menjadi ahli politik sebenar.
Terima kasih kerana meluangkan masa meneliti arus politik di Sarawak amnya, tentu sekali PKR yang menjadi dokongan saya sekarang.
Dia terkilan kerana PKR meletakkan ramai calon yang tidak cukup standard pada 2006 (DUN) dan 2008 (PRU12). Katanya PKR Sarawak telah menjatuhkan maruah orang Sarawak keseluruhannya kerana gagal mengetengahkan calon yang betul-betul 'kow'. Calon yang betul-betul seimbang untuk menandingi pihak Be End. Maka dihentamnya saya serta kepimpinan PKR Sarawak secukupnya. Kalau dalam sukan tinju, saya ketinggalan 0 mata berbanding dia 20 mata. Jauh dan mustahil dikejar.
Setelah lebih setengah jam dia memonopoli percakapan, saya membuat satu pukulan tepat ke mukanya. SUDAHKAH MENGISI BORANG MENJADI AHLI PKR. Jawapannya BELUM. Kemudian disusuli pukulan KO, beginilah sikap orang Melayu. Mengkritik nombor satu, mencari kesalahan orang lain nombor satu, tetapi jika disuruh membuat, mengetuai, turut serta enggan. Biar kitak orang dolok. I ikut kemudian. Nyokong dari belakang jadilah......