Senario semasa politik negara amat menarik untuk dikaji dan diikuti perkembangannya. UMNO dengan sandiwara supaya Pak Lah berundur di sebelah pihak, manakala sebelah pihak lagi mati-mati mempertahankan kedudukan beliau. MCA dengan skuad pengintipnya. Gerakan dengan desakan Koh Tsu Koon letak jawatan di samping beberapa pemimpin tertinggi telah keluar parti tanda protes. MIC agak tenang tetapi ada riak akar umbi yang tidak senang dengan Samy yang ingin mengekalkan jawatan Presiden.
Situasi kerabat Be End di Sabah juga bergelora. SAPP telah mengorak langkah berani menentang Pengerusi Be End secara terang. Parti-parti kecil yang lain juga telah menunjukkan rasa resah tidak senang terhadap Pak Lah.
Malangnya, Be End di Sarawak melalui Taib, Jabu, Masing. Gorge Chan, Mawan telah mengikrarkan sokongan tanpa belah bahagi terhadap Pak Lah. Seketika sebelum itu, Abg Jo, Billy Abit, Alex Nanta, Riot serta sebahagian kecil ada menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan kerajaan pusat kepada Sarawak. Sarawak memerlukan lebih tumpuan dan peruntukan. Setelah Taib bersuara yang Be End Sarawak tidak akan mendesak Pak Lah, mereka yang tidak puas hati tadi terus senyap dan akur dengan perintah Taib. Takut apa?
Begitu juga semasa berucap di majlis Gawai Dayak yang disiar secara langsung, ucapan sanjungan melangit Jabu terhadap Pak Lah, seoalah-olah Pak Lah terlalu istimewa, sempurna dan banyak berjasa terhadap rakyat Sarawak.
Gunakanlah mandat rakyat sebaiknya. Rakyat masih memberi kepercayaan kepada Be End, jadi berjuanglah, mintalah kepada kerajaan pusat apa yang kita berhak. Banyak lagi kawasan di Sarawak mundur. Tiada infrastruktur asas. Daif dan jauh ketinggalan walau cuma beberapa kilometer dari pusat bandar.
Jangan cuma nak jaga periuk nasi sendiri sahaja. Memuji-muji kebaikan, keprihatinan Pak Lah tetapi rakyat masih sengsara. Jangan biar rakyat terus memendam rasa.Jangan cabar kesabaran rakyat Sarawak.