Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, June 16, 2008

    BANTAHAN AWAL YB ZULKIFLI NORDIN DITOLAK

    SK: Mahkamah Pilihanraya Kedah 16 Jun lepas menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dalam kes petiseyen untuk kawasan Parlimen itu. Bantahan awal biasanya dikemukakan sebelum sesuatu perbicaraan dimulakan untuk menentukan sama ada sesuatu kes mempunyai asas yang kukuh untuk dibicarakan.

    Pada pilihanraya umum yang lepas, Parlimen Kulim dimenangi Zulkifli yang mengalahkan calon BN, Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 5,500 undi.

    Aziz mengemukakan petisyen untuk membatalkan kemenangan Zulkifli dan mendakwa calon KeADILan itu, pada hari penamaan calon gagal mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihan Raya 2004, ketika beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat, Selangor. Penyata itu merupakan salah satu syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon untuk melayakkan mereka bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

    Zulkifli 3 Jun lepas mengemukakan notis bantahan kepada mahkamah untuk membatalkan petisyen tersebut. Menurut Zulkifli, permohonan ‘11 perkara’ itu ialah kerana petisyen Aziz bercanggah dengan Akta Pilihanraya dan Akta Kesalahan Pilihanraya.

    Kes didengar di hadapan Hakim Balia Yusof Wahi. Zulkifli diwakili Mohamad Radzi Mustafa. Setakat berita ini ditulis, tarikh mula perbicaraan belum lagi ditentukan.

    Zulkifli yang juga seorang peguam terkemuka apabila dihubungi Suara Keadilan berkata beliau yakin akan memenangi kes itu kerana beliau mempunyai bukti dan dokumen sokongan yang kuat.