Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, June 5, 2008

    DEMO NAIK MINYAK DI SATOK,KUCHING

    Muka depan edisi 4 Jun,Suara Keadilan terpampang tajuk utama "SAYA AKAN TURUNKAN HARGA MINYAK-ANWAR". Ironinya pada jam 4 petang 4 Jun 2008, Pak Dolah mengumumkan harga petrol naik akibat harga minyak global yang tinggi.
    Jam 5 petang tadi ketika jalan sesak di Satok hampir 300 ahli PKR menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak. Diketuai YB Dominic serta ahli-ahli mula berkumpul sekitar KFC Satok jam 4.30 petang untuk menyatakan tentangan terhadap kepimpinan Be End yang ternyata gagal mengimbangi kenaikan harga minyak.
    Malaysia adalah antara pengeluar minyak, tetapi harga minyak sama dengan negara bukan pengeluar. Subsidi atau rebet cuma diberikan kepada pemunya kenderaan. Bagaimana dengan mereka yang tinggal di Baram, Kapit, Belaga serta tempat lain yang bukan nelayan, bukan pemilik kenderaan berdaftar?
    Undi dan pilihlah Be End untuk menikmati sengsara harga barang naik