Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, June 16, 2008

    JALAN GAMBIER TINGGAL KENANGAN

    Semalam merupakan saat terakhir riwayat perniagaan di Jalan Gambier. Segala usaha sama ada daripada YB Dominic Ng yang juga ADUN kawasan tersebut menemui jalan buntu. Usaha oleh YB Chong, Ahli Parlimen Bandar Kuching dengan meminta mahkamah menangguhkan pemindahan peniaga di kawasan itu turut ditolak oleh mahkamah. Alasan pemindahan tersebut adalah untuk memberi laluan kepada pembinaan Tebingan Kuching. Selain dariapada alasan kotor dan jalan sesak.
    Maka berkelanalah peniaga kecil-kecilan sepanjang jalan tersebut ke Stutong, ke Sukma Ria. Begitu juga dengan van penambang yang kebanyakan dari Sadong Jaya, terpaksa mencari lokasi lain untuk mencari sesuap nasi.
    Kawasan yang terlibat termasuklah pasar sayur, ikan, ayam, sehingga ke lorong sempit bersebelahan Masjid Bahagian.
    Memang ada benarnya, Jalan Gambier sentiasa sesak. Juga bau yang tidak menyenangkan. Tetapi yang menjadi persoalan kenapa dikorbankan kawasan yang menjadi tumpuan ramai dan bersejarah ini semata-mata hendak membuat tebingan yang belum tentu mendatangkan manfaat sepenuhnya kepada orang kebanyakan. Tidak cukupkah tebingan sungai yang ada sekarang?
    PKR mencadangkan supaya dibina bangunan bertingkat untuk menampung penjaja dan juga ruang meletak kenderaan seperti mana yang ada di Sibu. Bangunan ini boleh dibina berhampiran dengan Limbungan Brooke. Ini dapat mengekalkan identiti Jalan Gambier sebagai pusat perniagaan basah yang telah berabad itu. Juga lokasi nostalgia buat mereka yang sering berkunjung ke situ pada tahun 70-an dan 80-an.