Maka berduyun-duyunlah segala anak negeri, warga yang miskin diangkut menggunakan bas, kereta, van hatta lori. Tak cukup dengan itu, digunakan juga motorsikal serta perahu. Ada yang sekadar berbasikal. Bahkan sanggup berjalan kaki. Semata-mata nak bertemu PM yang digilai.
Sebuyau menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Apa tidaknya, PM inilah yang pertama melawat Sebuyau. Tetapi bukan Sebuyau yang hendak ditonjolkan pun. Seluruh rakyat Sarawak khasnya ingin tahu apa hadiah gawai yang dijanjikan.
Para pembesar negeri pun sibuk mengarah anak buah mengangkut rakyat dari pelosok kampung berdekatan agar kuota 3000 orang dipenuhi. Wakil rakyat kawasan berhampiran pun sibuklah mengatur perjalanan rakyat mereka. Kenapa? Bukan standard PM, jika yang hadir cuma di bawah 2000.
Pada pagi yang sama PM bersama pembesar negeri masih berdialog di Hilton. Majlis tertutup. Dikhabarkan semua pembesar sepakat menyatakan sokongan kepada PM. Sokongan tanpa prejudis???
Seusai dialog, terus ke Sebuyau yang 3000 rakyat miskin sedia menanti dengan penuh harapan. Maka PM pun mengumumkan bahawa kawasan pedalaman akan dimajukan. Projek agro berskala besar akan diwujudkan. Petani kecil-kecilan tidak akan dilupakan. Maka dirasmikan jambatan Sebuyau yang bernilai RM6 juta dan telah siap tahun lepas. Apa maknanya???
Kemudian PM dibawa ke Tebedu. Bandar Mutiara. Dikhabarkan wakil rakyat kawasan itu berjaya mengangkut lebih 5000 rakyat susah. Satu kejayaan kerana dapat mengadakan hadirin seramai itu. Maka batu asas sekolah menengah khas untuk kaum Bidayuh dirasmikan. Bidayuh bukan lagi ayam sabung, tetapi warga Malaysia yang sejati.
PM pun mengumumkan juga tambahan subsidi RM1 billion untuk Sarawak. Betulkah wang sebanyak itu banyak. Jika dibuat perbandingan dengan pembinaan Bangunan DUN baru dengan harga RM370 juta, maka tak sampai 3 buah bangunan serupa yang dapat dibina. Tetapi jika jalan kampung yang lapisan tar setebal 1 inci, maka hampir semua kampung dapat ditar???
Juga diumumkan bantuan sewa helikopter RM15,000 sebulan untuk Ahli Parlimen melawat kawasan...................................Juga bantuan RM250,000 setahun untuk setiap ADUN.
Alangkan baiknya hati PM ini. Banyak bantuan untuk Sarawak diberikan. Maka tidak rugi para pembesar tetap berdiri teguh di belakang PM ini, walau di negeri asalnya beliau direbahkan rakyat sendiri...