Berikutan laporan polis yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat, DSAI telah memfailkan saman terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dalam saman yang tidak dinyatakan jumlah tuntutan itu, DSAI menyatakan bahawa tindakan Saiful berniat jahat dan bertujuan membunuh karier politik beliau.
Writ saman telah didaftarkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi KL melalui Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low.