Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pada malam 14 Jun, selepas sambutan gawai di Stadium Perpaduan, berlaku adegan mempertahankan prinsip di Jalan Gambier.
YB Gobalakrishnan, YB Dominic Ng, YB Chong, YB Violet telah bersama-sama peniaga malam (borong), mempertahankan kawasan Jalan Gambier daripada ditutup oleh pihak berkuasa. Peniaga-peniaga ini telah disekat dihalang daripada meneruskan perniagaan mereka. Lebih 70 buah lori yang sarat dengan sayur-sayuran berbaris sepanjang Jalan Gambier menunggu masa untuk urusniaga bermula. Malangnya pihak DBKU dan polis telah berkawal dan mengepung kwasan tersebut.
Setelah beberapa rundingan dijalankan melalui 4 YB ini, akhirnya pihak berkuasa membenarkan peniaga-peniaga ini meneruskan aktiviti mereka sehingga diberitahu kelak.
Sementara itu, 2 orang YB dari PKR yang sama-sama mempertahankan nasib peniaga ini telah bermalam di Jalan Gambier pada malam tersebut. Sekadar tidur di kerusi. (Gambar mereka akan menyusul)
Moralnya kisah ini ialah bagaimana seseorang itu, jika berani mempertahankan hak dan kebebasan mereka, mereka akan mencapai kemenangan. Begitu juga jika kita sekadar mengikut telunjuk pemimpin yang rakus, maka selamanya kita akan tertindas.
Surat khabar berbahasa Cina telah membuat liputan meluas tentang insiden malam tersebut. Malangnya surat khabar berbahasa Melayu dan Inggeris menganggap insiden tersebut tidak ada nilai berita.