Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, June 30, 2008

    APA YANG BERLAKU PADA 26 JUN 2008

    FRom malaysiakini.com 26 June 2008

    Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di mesyuarat perhubungan PKR Selangor bagi membincangkan pelbagai isu panas yang melanda negeri dan parti itu, antaranya pergolakan dalaman selepas penggantungan tugas pegawai kanan menteri besar kelmarin.

    “Insya Allah, saya akan turut hadir dalam mesyuarat PKR Selangor malam nanti,” kata penasihat PKR dalam blognya hari ini.

    Mesyuarat jam 9 malam ini akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

    -This on the alledged date of the “crime”. Anwar had just returned from doing umrah. Did he have the time to do business at a condo in Damasara?

    ANWAR SAMAN SAIFUL

    Berikutan laporan polis yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat, DSAI telah memfailkan saman terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dalam saman yang tidak dinyatakan jumlah tuntutan itu, DSAI menyatakan bahawa tindakan Saiful berniat jahat dan bertujuan membunuh karier politik beliau.
    Writ saman telah didaftarkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi KL melalui Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low.

    PRESS STATEMENT DS ANWAR IBRAHIM

    — PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE —

    June 29, 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

    The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress. This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.

    The report has been organized by interested parties to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained implicating IGP Musa Hassan and the AG Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.

    I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive.

    My fellow Malaysians - we took a bold step forward on March 8th towards a new dawn for freedom and justice for all of our citizens. This people’s movement for change must go on with all of our strength and conviction.

    ANWAR IBRAHIM

    Versi Bahasa Malaysia

    — KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

    29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

    Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

    Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

    Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

    Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

    ANWAR IBRAHIM

    SIAPA SAIFUL BAHARI



    The following police report was made on 28 June 2008 at 5.45 PM by Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, who turns 23 next week (IC No. 850706-01-5687):

    “Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”

    Budak ini telah menyertai tenaga sukarela PKR semasa kempen PRU12 yang lalu. Selepas itu dilantik sebagai Pembantu Khas kepada DSAI. Tetapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Beberapa pegawai di pejabat DSAI, mula mengesyaki yang mangkuk hayun ini adalah barua Najib, maka dia telah diasingkan, dijauhkan daripada DSAI sejak 2-3 minggu yang lalu.

    Setelah diselidiki, maka dia ni memang orang kuat UMNO dan bertuhankan kepada seseorang pemimpin tertinggi UMNO. Gambar di pejabat Timbalan PM dan beberapa lagi foto dia bersama pemimpin UMNO, menceritakan segala-galanya.





    Sunday, June 29, 2008

    Kronologi 29 Jun: Anwar punya dokumen babitkan Musa Hassan dan Ghani Patail


    10.30 pagi: Tian Chua mengumumkan pelacaran deklarasi Selamatkan Malaysia oleh Pakatan Rakyat dan NGO esok di Parlimen

    8.30 pagi: Dua kereta peronda Polis berada di hadapan hotel. Menurut salah seorang pegawai berkenaan mereka diarahkan kesana untuk mengelakan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Setelah ditegur oleh petugas parti, 10 minit kemudian. kenderaan berkenaan beredar meninggalkan kawasan hotel.

    8.00 pagi: Beberapa pimpinan tiba di lobi dan ke kafeteria. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat dan Seminar Gagasan dan Kebijakan Parti Keadilan (yang dihadiri oleh semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi) diteruskan seperti biasa. Anwar dijangka mengadakan sidang media tengah hari ini.

    5.00 pagi: SMS Dari Sistem pesanan ADILnews, Anwar Ibrahim mempunyai dokumen baru mengenai Pembabitan Musa Hassan dan Ghani Patail yang merekacipta bukti palsu dalam kes Anwar 1998. Dan kerana itu, ada cubaan untuk menangkap Anwar.

    5.00 pagi: Sumber mengatakan akan ada satu laporan polis akan dibuat pada jam 9 pagi ini.

    2.30 pagi: Ahli Parlimen Machang Saifudin Nasation membuat kenyataan media bahawa tuduhan keatas Anwar adalah berniat jahat.

    2.15 pagi: Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim

    1.15 pagi: Sidang Media tergempar oleh Naib Presiden KeADILan, R SIvarasa yang membacakan teks kenyataan Anwar Ibrahim.

    Dalam kenyataan berkenaan Anwar berkata beliau mempunyai bukti kukuh tentang pembabitan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara mengenai kes berkenaan pada tahun 1998.

    Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh barisan peguam serta kepimpinan tertinggi KeADILan.

    10.00 malam (28jUN): Sekurang-kurangnya 1000 orang berkumpul di perkarangan Hotel Quality setelah tersebar dakwaan seorang pemuda yang menuduh secara jahat bahawa Anwar telah mencabul beliau.


    Saturday, June 28, 2008

    AHMAD SABRI AND ANWAR IBRAHIM FOR 'FUEL DUEL'

    By MERGAWATI ZULFAKAR, The Star

    KUALA LUMPUR: A “fuel duel” has been set up.Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek and PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim will face off over the recent fuel price increase.And it may be shown live on television.

    Debate organiser Agenda Daily has received confirmation from both men that they will participate in the debate at 9pm at the Dewan Bahasa dan Pustaka on July 15. The topic is “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak.” (Form a Government today and reduce the price of oil tomorrow).

    Ahmad Shabery said that he agreed to the debate as he felt that it was his responsibility to explain government policies to the people.

    This is an opportunity to inform the people of the many misleading and irresponsible statements being made against government decisions. I am ready for the debate,” he said.

    Asked if RTM would telecast the debate, Ahmad Shabery said he would not abuse his power to direct the station to do so.

    However, I do not mind if other channels want to take up the offer,” he said.

    Agenda Daily editor Hanafiah Man said negotiations were going on with a number of TV stations to air the debate live.

    We have received confirmation from the minister two days ago while Anwar’s side has given a positive verbal reply.

    This is an opportunity for each side to explain and defend their arguments – one side to justify the Government’s decision to raise fuel prices and the other claiming the prices will go down if the Opposition gets into power,” Hanafiah said yesterday.

    Anwar had recently said that if the Pakatan Rakyat (PR) coalition took over the government, it would reduce fuel prices the very next day, adding that PR would announce the mechanism at the appropriate time and that he would resign if he failed to do so.

    Using the US presidential elections debate format, Hanafiah said that a moderator would be appointed soon while Ahmad Shabery and Anwar would each select a journalist to join in the panel to ask questions.

    Only 200 people will be invited while our two debaters will be allowed to bring along 50 guests each,” he added.


    Thursday, June 26, 2008

    FORMER GERAKAN AND MCA ADUN JOIN PKR

    Controversial politician Lim Boo Chang has officially joined Parti Keadilan Rakyat (PKR), together with 350 of his supporters.

    Lim, who crossed over from Gerakan to the MCA eight years ago, said their applications had been accepted by party de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on Tuesday.

    In a statement issued on Wednesday, he said: “The decision to join PKR was made after careful evaluation of Malaysia’s present political scenario and a deeper understanding of PKR’s objectives.” Lim, 53, who was Kampung Lembah Ria MCA branch chairman and Bukit Gelugor division committee member, faxed his resignation letter to MCA president Datuk Seri Ong Ka Ting on April 4.

    Right after the 1999 polls, Lim and Gerakan assemblyman Lim Chien Aun created an uproar when they crossed over to the MCA, depriving Gerakan of two state seats.

    Lim was not fielded in the recent general election. He last contested in 2004 in Bukit Gelugor, but lost.

    - The Star

    HIMPUNAN AMAN PROTES SEJUTA RAKYAT

    Tarikh 6 Julai 2008 amat dinanti-nanti oleh semua. Pada hari tersebut satu perhimpunan besar-besaran tanda memprotes kenaikan harga minyak akan dilangsungkan. Ianya akan diadakan di hadapan Amcop Mall, Petaling Jaya Selangor bermula jam 9 pagi.
    Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri, semua exco negeri, ahli parlimen dan ahli DUN negeri-negeri Pakatan Rakyat, NGO akan dikumpulkan bersama rakyat yang prihatin terhadap isu kenaikan harga minyak.
    Sementara itu, PKR Sarawak sedang merangka acara yang sama pada tarikh tersebut di Kuching. PKR menjangkakan 1000 orang akan hadir. Tempat masih dirahsiakan.


    Monday, June 23, 2008

    4 MP PKR BERBASIKAL KE PARLIMEN

    http://www.youtube.com/watch?v=TnnM-f7LdPU

    WHY PKR LEADERS ALWAYS VISIT SARAWAK?

    The statement by PBB Deputy President Dato Sri Abg Johari Tun Openg that opposition figures coming to Sarawak to investigate locals against the BN government ang leadership is rather mischievous or the least undemocratic. The regular visits of PKR leaders from Semenanjung ang Sabah to Sarawak are proof that they care about the welfare of the people of Sarawak.
    This is olso a clear message that, should Pakatan Rakyat come to power, hopefully in the not too distant future, their leaders would take greater concern about Sarawak thanthat shown by BN leaders from outside Sarawak. The fact that non-SarawakBN leaders care less for Sarawak has been manifested by their indifferent attitude towards the state.
    PKR being the truly national party in character and in practice will make sure that its leaders will give fair and equal attention to all the states in Malaysia. In contrast it has been seen in the past that UMNO and other BN component from outside Sarawak have been unfair in attending to the development needs of Sarawak apparently due to the fact they have no political interest here and so the indifference.
    There is nothing wrong about PKR leaders raising the issues involving the shortcomings of the BN government. It is wrong for us to remind the people of Sarawak about the danger of corruption and abuse of power involving hundreds of thousands of hectares of Sarawak forest concession, land and monopoly of business opportunities by people in power. All these have lead to failure in the DEB particularly in regards its objective to help Bumiputras to have fair a share of the economic cake and the eradication of poverty.
    The issues of unrealistically high oil price and the drastic reduction in oil subsidies are matters of public interest which have had adverse effects in the lives of the people. What is so wrong about our criticism of the government's mishandling of the issues? Is it not right for us to tell the people of Sarawak that, given the opportunity to form a new government at the Faderal level, we will be abble to bring down the oil price, increase the oil royalty from the present 5% to 20%? These are something the BN government is incapable of doing. Telling the people of Sarawak of the better things we are committed to do are by no means instigating them to go against the BN leadership. Politics is all about placing the interest of the rakyat well above that of political leaders.
    Furthermore, Parti Keadilan Rakyat, Sarawak is not a mere election party. Rest assure that the visits of our national leaders to Sarawak will be intensified whether there is election or not. Through these visits the party is now getting wider acceptance by people as evidenced by our ability to penetrate the rural areas of the state. This is what is worrying the BN leaders.

    Saturday, June 21, 2008

    RAJA PETRA BUAT KEJUTAN LAGI

    Raja Petra Raja Kamarudin, kerabat Diraja Selangor ini memang seorang yang berani. Pelbagai pendedahan telah beliau buat. Ini termasuklah cek bayaran cerai 'Mike Tyson', dan terbaharu ialah pembabitan Datin Seri Rosmah dengan kes Altantuya dalam pernyataan bersumpahnya.
    Tentu beliau telah memikirkan semasak-masaknya tentang risiko pendedahan ini. Tahniah Pet. Semoga Allah memelihara keselamatan anda sekeluarga.

    Friday, June 20, 2008

    SENIMAN PAKSI RAKYAT vs KARYAWAN OPORTUNISME

    Perhimpunan seniman dan budayawan daripada pelbagai genre, yang kebetulan terdiri daripada mereka yang terlibat dengan gerakan reformasi sejak 1998, telah diadakan di Kota Anggerik, Shah Alam. Mereka menamakan diri sebagai SENIMAN PAKSI RAKYAT (PAKSI).
    Agenda pertemuan pada 6-7 Jun itu, adalah untuk berbincang kerangka kebudayaan dan kesusasteraan yang bakal dikemukakan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Kerangka ini adalah cetusan idea seniman dan budayawan yang tidak senang dengan budaya benturan Mahathirisme yang telah bertapak sejak 1980-an.
    Oportunisme adalah budaya lama orde Mahathir. Pengamal budaya ini merupakan seniman dan budayawan yang dapat dibeli sekaligus memenjarakan hati nurani mereka untuk memcipta karya yang berpaksikan isu-isu rakyat. Demi kerakusan dan mata duitan, golongan ini telah berlumba-lumba membuncitkan perut sendiri tetapi membutakan mata hati terhadap isu-isu keadilan sosial, kebejatan politik, ketidakseimbangan ekonomi serta rasuah yang berleluasa. Walaupun hal ini berlanggar dengan batang hidung, tetapi tetap tak nampak melainkan karya-karya ampu mengampu.
    Bertitik tolak daripada sikap hipokrit inilah, sekitar 40 orang terlibat dalam perhimpunan ini dan dikemudikan oleh Dinsman. Turut serta termasuklah Razali Endon, Zunar, Nasir Jani, Ainon Mohamad, Pyanhabib, Rahmat Haron, Ito, Hishamudin Rais, Amir Mohamad( sekadar menyebut beberapa nama).
    Maka lahirlah sebuah manifesto PAKSI yang menawarkan ikrar serta tawaran budaya kepada seniman yang berkarya dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat. Manisfesto yang mirip kepada semangat kesusasteraan ASAS 50.
    Dengan itu juga, perhimpunan bersetuju menggariskan perkara berikut:
    Kami di persidangan 6 dan 7 Jun lalu memanggil diri kami Seniman Paksi Rakyat (PAKSI). Kami adalah sebahagian dari rakyat yang telah dijajah, diperbodoh, diperhamba dan dinafikan hak kami sebagai seniman untuk menggarap karya-karya yang mengangkat keadilan, kebenaran, kerohanian, kesejahteraan dan kemanusiaan.
    Kami 'Seniman Paksi Rakyat' bertekad untuk menggarap dan merayakan karya-karya seni yang membebaskan minda dan jiwa rakyat yang terkongkong sejak sekian lama. Sekaligus menyokong semua bentuk perjuangan rakyat yang merentasi batas-batas kaum dan agama, mendukung kebenaran, menegakkan keadilan sosial dan menentang segala bentuk penindasan.
    Silalah sesiapa yang percaya kepada Manifesto PAKSI berjanji bersama-sama berjuang dengan jalan budaya dan kesenian menolak budaya lama Mahathirisme, UMNO dan BN.

    Thursday, June 19, 2008

    BN SARAWAK PENGECUT

    Senario semasa politik negara amat menarik untuk dikaji dan diikuti perkembangannya. UMNO dengan sandiwara supaya Pak Lah berundur di sebelah pihak, manakala sebelah pihak lagi mati-mati mempertahankan kedudukan beliau. MCA dengan skuad pengintipnya. Gerakan dengan desakan Koh Tsu Koon letak jawatan di samping beberapa pemimpin tertinggi telah keluar parti tanda protes. MIC agak tenang tetapi ada riak akar umbi yang tidak senang dengan Samy yang ingin mengekalkan jawatan Presiden.
    Situasi kerabat Be End di Sabah juga bergelora. SAPP telah mengorak langkah berani menentang Pengerusi Be End secara terang. Parti-parti kecil yang lain juga telah menunjukkan rasa resah tidak senang terhadap Pak Lah.
    Malangnya, Be End di Sarawak melalui Taib, Jabu, Masing. Gorge Chan, Mawan telah mengikrarkan sokongan tanpa belah bahagi terhadap Pak Lah. Seketika sebelum itu, Abg Jo, Billy Abit, Alex Nanta, Riot serta sebahagian kecil ada menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan kerajaan pusat kepada Sarawak. Sarawak memerlukan lebih tumpuan dan peruntukan. Setelah Taib bersuara yang Be End Sarawak tidak akan mendesak Pak Lah, mereka yang tidak puas hati tadi terus senyap dan akur dengan perintah Taib. Takut apa?
    Begitu juga semasa berucap di majlis Gawai Dayak yang disiar secara langsung, ucapan sanjungan melangit Jabu terhadap Pak Lah, seoalah-olah Pak Lah terlalu istimewa, sempurna dan banyak berjasa terhadap rakyat Sarawak.
    Gunakanlah mandat rakyat sebaiknya. Rakyat masih memberi kepercayaan kepada Be End, jadi berjuanglah, mintalah kepada kerajaan pusat apa yang kita berhak. Banyak lagi kawasan di Sarawak mundur. Tiada infrastruktur asas. Daif dan jauh ketinggalan walau cuma beberapa kilometer dari pusat bandar.
    Jangan cuma nak jaga periuk nasi sendiri sahaja. Memuji-muji kebaikan, keprihatinan Pak Lah tetapi rakyat masih sengsara. Jangan biar rakyat terus memendam rasa.Jangan cabar kesabaran rakyat Sarawak.

    Wednesday, June 18, 2008



    Suasana ini akan menjadi sejarah. Kebanyakan peniaga di sini adalah generasi ke-3. Mereka dipaksa berpindah ke lokasi yang kurang strategik.

    DETIK AKHIR DI JALAN GAMBIER

    Credit to www.catscity.com.my

    UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PAK LAH

    Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) didakwa akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Badawi dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

    Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

    "Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

    Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataan yang tersiar dalam satu laporan hari ini.

    SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.

    Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

    Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

    Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada Abdullah berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, tetapi tindakan tidak dilakukan.

    Selain itu beliau menyatakan tindakan menaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah menyebabkan rakyat miskin di Sabah khasnya menjadi miskin tegar.

    Selain itu, beliau berkata selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan.

    "Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Abdullah Ahmad Badawi.

    "SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih," katanya. - Harakah

    KERUSI DUN SANGLANG DIKOSONGKAN

    KANGAR, 18 Jun- Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

    Bagaimanapun, semua keputusan sama ada Ustaz Hashim diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula dipulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani semasa membaca penghakimannya memutuskan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan dibatalkan berdasarkan tuntutan pertama di dalam petisyen berkenaan.

    Namun begitu, bagi tuntutan kedua iaitu mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang, beliau memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa berdasarkan Seksyen 35C dalam AKta Kesalahan Pilihan raya 1954 yang telah dimansuhkan pada tahun 2003.

    Petisyen ini dikemukakan oleh Ustaz Hahsim selaku calon PAS yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut tetapi diisytiharkan kalah kepada calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.

    Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.

    Ustaz Hashim menamakan Pegawai Pengurus Pilihan raya Parlimen Arau, Mohd Daud Abdul Hamid, SPR dan Abdullah sebagai responden. - Harakah

    BERTAHAN KE SAAT TERAKHIR

    Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pada malam 14 Jun, selepas sambutan gawai di Stadium Perpaduan, berlaku adegan mempertahankan prinsip di Jalan Gambier.
    YB Gobalakrishnan, YB Dominic Ng, YB Chong, YB Violet telah bersama-sama peniaga malam (borong), mempertahankan kawasan Jalan Gambier daripada ditutup oleh pihak berkuasa. Peniaga-peniaga ini telah disekat dihalang daripada meneruskan perniagaan mereka. Lebih 70 buah lori yang sarat dengan sayur-sayuran berbaris sepanjang Jalan Gambier menunggu masa untuk urusniaga bermula. Malangnya pihak DBKU dan polis telah berkawal dan mengepung kwasan tersebut.
    Setelah beberapa rundingan dijalankan melalui 4 YB ini, akhirnya pihak berkuasa membenarkan peniaga-peniaga ini meneruskan aktiviti mereka sehingga diberitahu kelak.
    Sementara itu, 2 orang YB dari PKR yang sama-sama mempertahankan nasib peniaga ini telah bermalam di Jalan Gambier pada malam tersebut. Sekadar tidur di kerusi. (Gambar mereka akan menyusul)
    Moralnya kisah ini ialah bagaimana seseorang itu, jika berani mempertahankan hak dan kebebasan mereka, mereka akan mencapai kemenangan. Begitu juga jika kita sekadar mengikut telunjuk pemimpin yang rakus, maka selamanya kita akan tertindas.
    Surat khabar berbahasa Cina telah membuat liputan meluas tentang insiden malam tersebut. Malangnya surat khabar berbahasa Melayu dan Inggeris menganggap insiden tersebut tidak ada nilai berita.

    Monday, June 16, 2008

    JALAN GAMBIER TINGGAL KENANGAN

    Semalam merupakan saat terakhir riwayat perniagaan di Jalan Gambier. Segala usaha sama ada daripada YB Dominic Ng yang juga ADUN kawasan tersebut menemui jalan buntu. Usaha oleh YB Chong, Ahli Parlimen Bandar Kuching dengan meminta mahkamah menangguhkan pemindahan peniaga di kawasan itu turut ditolak oleh mahkamah. Alasan pemindahan tersebut adalah untuk memberi laluan kepada pembinaan Tebingan Kuching. Selain dariapada alasan kotor dan jalan sesak.
    Maka berkelanalah peniaga kecil-kecilan sepanjang jalan tersebut ke Stutong, ke Sukma Ria. Begitu juga dengan van penambang yang kebanyakan dari Sadong Jaya, terpaksa mencari lokasi lain untuk mencari sesuap nasi.
    Kawasan yang terlibat termasuklah pasar sayur, ikan, ayam, sehingga ke lorong sempit bersebelahan Masjid Bahagian.
    Memang ada benarnya, Jalan Gambier sentiasa sesak. Juga bau yang tidak menyenangkan. Tetapi yang menjadi persoalan kenapa dikorbankan kawasan yang menjadi tumpuan ramai dan bersejarah ini semata-mata hendak membuat tebingan yang belum tentu mendatangkan manfaat sepenuhnya kepada orang kebanyakan. Tidak cukupkah tebingan sungai yang ada sekarang?
    PKR mencadangkan supaya dibina bangunan bertingkat untuk menampung penjaja dan juga ruang meletak kenderaan seperti mana yang ada di Sibu. Bangunan ini boleh dibina berhampiran dengan Limbungan Brooke. Ini dapat mengekalkan identiti Jalan Gambier sebagai pusat perniagaan basah yang telah berabad itu. Juga lokasi nostalgia buat mereka yang sering berkunjung ke situ pada tahun 70-an dan 80-an.

    BANTAHAN AWAL YB ZULKIFLI NORDIN DITOLAK

    SK: Mahkamah Pilihanraya Kedah 16 Jun lepas menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dalam kes petiseyen untuk kawasan Parlimen itu. Bantahan awal biasanya dikemukakan sebelum sesuatu perbicaraan dimulakan untuk menentukan sama ada sesuatu kes mempunyai asas yang kukuh untuk dibicarakan.

    Pada pilihanraya umum yang lepas, Parlimen Kulim dimenangi Zulkifli yang mengalahkan calon BN, Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 5,500 undi.

    Aziz mengemukakan petisyen untuk membatalkan kemenangan Zulkifli dan mendakwa calon KeADILan itu, pada hari penamaan calon gagal mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihan Raya 2004, ketika beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat, Selangor. Penyata itu merupakan salah satu syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon untuk melayakkan mereka bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

    Zulkifli 3 Jun lepas mengemukakan notis bantahan kepada mahkamah untuk membatalkan petisyen tersebut. Menurut Zulkifli, permohonan ‘11 perkara’ itu ialah kerana petisyen Aziz bercanggah dengan Akta Pilihanraya dan Akta Kesalahan Pilihanraya.

    Kes didengar di hadapan Hakim Balia Yusof Wahi. Zulkifli diwakili Mohamad Radzi Mustafa. Setakat berita ini ditulis, tarikh mula perbicaraan belum lagi ditentukan.

    Zulkifli yang juga seorang peguam terkemuka apabila dihubungi Suara Keadilan berkata beliau yakin akan memenangi kes itu kerana beliau mempunyai bukti dan dokumen sokongan yang kuat.


    Sunday, June 15, 2008

    REDUCE OIL PRICES CHALLENGE BY PM A GIMMICK

    HARAKAH- PAS Information Chief Mahfuz Omar has found odd Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's challege to five Pakatan Rakyat states to lower the price of oil, as was promised in the respective parties' election manifesto.

    Mahfuz questioned whether the Prime Minister does not understand or just acting so regarding powers at the state and federal level.

    According to him, by making the suggestion, the PM is clearly trying to fool the people especially those unaware of the states and federal constitutions.

    "Abdullah must already understand that to lower the price of petrol, gas, tolls and so on, it would require federal power. Why is he then challenging the five Pakatan Rakyat states to reduce the price of oil," he said.

    Mahfuz who is also MP for Pokok Sena said if the PM wants the five state governments to lower the oil prices, is he willing to give the authority or power for the states to collect income tax.

    "If the state governments can reduce oil prices, that means the state governments have the right to collect income tax," he added.

    Should Abdullah wants the Pakatan Rakyat governments to fulfill its promise to reduce the price of oil, he must resign and allow PAS to govern, said Mahfuz

    ADA KOMPONEN AKAN KELUAR BN

    Spekulasi mengatakan bahawa salah sebuah parti komponen Be End akan meninggalkan banglo mewah itu semakin menjadi-jadi. Perkara ini telah disebut sendiri oleh Tengku Razaliegh Hamzah semalam di Mentakab sebagaimana dilaporkan oleh Bernama. Tanpa menamakan komponen tersebut, beliau mendakwa parti itu akan meninggalkan BN pada hujung bulan ini.


    Saturday, June 14, 2008

    3 YB PKR DITAHAN POLIS

    Zuraida Kamaruddin (Ampang), Sivarasa Rasiah (Subang) dan S Manikavasagam (Kapar) berserta 3 orang lagi ditahan polis di depan Istana Negara.....berita selanjutnya

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15134&Itemid=1

    3 YB PKR SERTAI GAWAI DAYAK

    Sesuatu yang jarang berlaku di mana ahli Parlimen selain daripada Be End dijemput secara rasmi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Sarawak. Tetapi Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak di Stadium Perpaduan, Kuching melakar satu sejarah baru.
    YB Gobalakrishnan Nagapan (Padang Serai) YB Tuan Amran Abd. Ghani (Tanah Merah) dan perakam video Linggam YB Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya), turut serta ke majlis rasmi tersebut.
    Kesemua mereka telah disediakan dengan sebuah kereta dan seorang pemandu oleh urusetia perayaan. Sesuatu yang tidak dijangkakan.
    Sementara itu, mereka bertiga disambut oleh PKR negeri dan menghabiskan masa makan tengahari di Restoran Didi. Sebelum itu Gobala dan Gwo-Burne telah dibawa melawat dan meninjau pasar Jalan Gambier yang akan dimusnahkan.



    Friday, June 13, 2008

    YB GOBALAKRISHNAN MELAWAT SARAWAK

    Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Gobalakrishnan Nagapan akan membuat lawatan sambil kerja ke Sarawak mulai 13-16 Jun 2008. Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi akan bersama-sama rakyat Sarawak di Stadium Perpaduan, Kuching bagi meraikan Sambutan Hari Gawai Dayak pada 14 Jun. Pada 15 Jun, beliau akan melancarkan penubuhan Bahagian Kapit dan Hulu Rejang. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Sarawak selepas 8 Mac. Pada DUN 2006, Gobala bertanggungjawab membantu calon PKR di Kapit.
    Beliau juga dijadualkan bertemu dengan kepimpinan PKR negeri dan peringkat bahagian sepanjang lawatan tersebut.

    Wednesday, June 11, 2008

    PAK LAH DISAPPOINTS SARAWAK

    Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi made a flying visit to Sarawak Tuesday (10 June) but much to the disappointment of the host state, he did not dish put the much expected goodies like he did on his recent visit to neighbouring Sabah, apart from promising that all government rural projects would be reviewed and accorded priority.

    Just the day before, Sarawak Chief Minister Taib Mahmud complained that the amount of subsidy from the federal government to Sarawak is not even equal to that of Sabah even though Sarawak is bigger both in size and population.

    Bernama reported him as saying Sarawak, as an important component of Malaysia, would appeal for fairness on the matter.

    “Sabah and Sarawak has about the same size in population … well slightly more in Sabah. But the amount of subsidy doesn’t seem to be equal. Sarawak got less than half (of the subsidy from the federal government),” he said upon his arrival from overseas at Hornbill Skyways’ hangar Monday night (9 June).

    When pressed further, Taib, who is also Minister of Finance, said Sarawak was not demanding for equal treatment but merely appealing for fairness.

    “I am not going to fight … but I am going to appeal for fairness for (Sarawak) being part of Malaysia,” he said in reply to reporters.

    On his arrival Tuesday, the prime minister opened the RM7 million Sebuyau Bridge. He reiterated the government’s assurance that all projects in the rural areas would be implemented despite the higher operating costs due to the recent rise in fuel prices.

    "Although fuel prices have gone up, the government has to take into account and review all planned projects because we do not want to discard the interests of the people, especially those in the rural areas," he said.

    The prime minister said five areas in Sarawak -- Pulau Bruit in Mukah, Bukit Sadok in Betong, Lingga-Stumbin in Sri Aman, Batang Sadong in Samaharan and Telang Usan in Miri -- had been identified to implement agropolitan projects.

    “We want development projects, including agropolitan projects in the rural areas, to be approved swiftly," he said.

    Ahead of the visit, Sarawak leaders have been optimistic of Abdullah bringing them some good cheer. Billy Abit Joo MP for Hulu Rejang was quoted as saying, “In Sarawak , we don’t talk so much about positions. Sarawakians are too polite sometimes, hoping that people will understand their needs.”

    Local leaders were expecting Abdullah to announce the appointment of a Sarawakian senior government official as the new federal Sarawak financial officer.

    The Prime Minister announced that the government will send an officer from the Economic Planning Unit to expedite rural development projects. (MySinchew)

    ALANGKAH BAIKNYA HATI PM

    Maka berduyun-duyunlah segala anak negeri, warga yang miskin diangkut menggunakan bas, kereta, van hatta lori. Tak cukup dengan itu, digunakan juga motorsikal serta perahu. Ada yang sekadar berbasikal. Bahkan sanggup berjalan kaki. Semata-mata nak bertemu PM yang digilai.
    Sebuyau menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Apa tidaknya, PM inilah yang pertama melawat Sebuyau. Tetapi bukan Sebuyau yang hendak ditonjolkan pun. Seluruh rakyat Sarawak khasnya ingin tahu apa hadiah gawai yang dijanjikan.
    Para pembesar negeri pun sibuk mengarah anak buah mengangkut rakyat dari pelosok kampung berdekatan agar kuota 3000 orang dipenuhi. Wakil rakyat kawasan berhampiran pun sibuklah mengatur perjalanan rakyat mereka. Kenapa? Bukan standard PM, jika yang hadir cuma di bawah 2000.
    Pada pagi yang sama PM bersama pembesar negeri masih berdialog di Hilton. Majlis tertutup. Dikhabarkan semua pembesar sepakat menyatakan sokongan kepada PM. Sokongan tanpa prejudis???
    Seusai dialog, terus ke Sebuyau yang 3000 rakyat miskin sedia menanti dengan penuh harapan. Maka PM pun mengumumkan bahawa kawasan pedalaman akan dimajukan. Projek agro berskala besar akan diwujudkan. Petani kecil-kecilan tidak akan dilupakan. Maka dirasmikan jambatan Sebuyau yang bernilai RM6 juta dan telah siap tahun lepas. Apa maknanya???
    Kemudian PM dibawa ke Tebedu. Bandar Mutiara. Dikhabarkan wakil rakyat kawasan itu berjaya mengangkut lebih 5000 rakyat susah. Satu kejayaan kerana dapat mengadakan hadirin seramai itu. Maka batu asas sekolah menengah khas untuk kaum Bidayuh dirasmikan. Bidayuh bukan lagi ayam sabung, tetapi warga Malaysia yang sejati.
    PM pun mengumumkan juga tambahan subsidi RM1 billion untuk Sarawak. Betulkah wang sebanyak itu banyak. Jika dibuat perbandingan dengan pembinaan Bangunan DUN baru dengan harga RM370 juta, maka tak sampai 3 buah bangunan serupa yang dapat dibina. Tetapi jika jalan kampung yang lapisan tar setebal 1 inci, maka hampir semua kampung dapat ditar???
    Juga diumumkan bantuan sewa helikopter RM15,000 sebulan untuk Ahli Parlimen melawat kawasan...................................Juga bantuan RM250,000 setahun untuk setiap ADUN.
    Alangkan baiknya hati PM ini. Banyak bantuan untuk Sarawak diberikan. Maka tidak rugi para pembesar tetap berdiri teguh di belakang PM ini, walau di negeri asalnya beliau direbahkan rakyat sendiri...

    Tuesday, June 10, 2008

    ANWAR: I WILL RESIGN IF I FAIL TO REDUCE PETROL PRICE

    “As soon as Pakatan Rakyat forms the government, oil prices will be reduced. I will resign if oil prices are not reduced,” he told a press conference at Parti Keadilan Rakyat’s (PKR) new headquarters here yesterday.

    Read more http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/8616/84/

    Monday, June 9, 2008

    PKR PRESS CONFERENCE - 8 JUNE- CROSSOVER IS IN SCHEDULE

    Sidang Akhbar pada 8 Jun 2008.

    http://www.youtube.com/watch?v=Vek88OOWwmg

    ANTARA PM DAN KM

    Tersebar berita tentang keadaan kesihatan KM yang tidak mengizinkan sejak 2 3 hari lepas. Pelbagai andaian meniti dari bibir ke bibir sehinggalah disanggah oleh beberapa pemimpin negeri.Dato Seri Wong Soon Koh dalam Borneo Post hari ini menafikan KM tenat dan menambah bahawa KM akan tiba dari luar negara hari ini? 'He is on vacation' (?) Pelik........... Bercuti semasa sambutan Hari Keputeraan Agong. Apapun sebagai orang Islam saya mendoakan Allah memelihara kesihatan beliau.

    Dikhabarkan juga PM akan tiba di Kuching 'after midnight' tonight? Pelik.......

    Apa yang lebih pelik PM membuat lawatan ke Sarawak, 2 kali dalam masa seminggu iaitu pada 10 Jun dan 14 Jun. Ramai yang menanti apa yang akan ditawarkan oleh PM kepada rakyat Sarawak selepas berjaya menjadi benteng Be End dalam PRU12 lalu.
    "SARAWAK EXPECTS GAWAI GOODIES", demikian tajuk utama The Borneo Post hari ini. Pandangan beberapa MP dari Sarawak, jelas menunjukkan PM 'terpaksa' tunduk kepada desakan jika tidak mahu melihat MP dari Sarawak melompat ke PR.
    Imbuhan serupa turut diumumkan di Sabah.
    Persoalannya kenapa baru sekarang PM tahu nilai Sabah dan Sarawak dalam percaturan politik Malaysia. Itupun setelah DSAI mengumumkan ada MP dari 2 negeri ini akan menyertai PR...........

    Sunday, June 8, 2008

    SETELAH PETROL MEMECUT NAIK

    Pagi tadi, jam 1035 tangki Rusa 1.3 agak kosong. Sejak kenaikan harga petrol 4 hari lalu barulah nak beli petrol semula. Harga di Kuching RM2.69. Biasanya saya membeli tanpa mengetahui berapa liter nak dipam. Beri saja RM20, terus pam. Begitulah lazimnya.
    Kali ini agak berkira sedikit. Saya nak tahu berapa liter petrol jika membeli RM55.00. Maka dapatlah 20.446 liter.
    Jika dibuat perbandingan dengan harga lama RM1.91/l, dengan RM55, maka dapatlah Rusa diisi dengan 28.795 liter. Perbezaan 8.349 liter.

    Jika dulu purata kos harian petrol saya dalam RM10 atau 5.23 liter, sebulan RM300.

    Dengan harga sekarang, kos harian menjadi RM14, maka sebulan RM420. Pertambahan kos RM120 sebulan. Setahun RM1440. Ditolak RM625 (rebet), perlu juga mencari pendapatan lebih untuk menampung baki kos petrol RM815....

    Saturday, June 7, 2008

    Kenaikan Harga Minyak "hadiah istimewa" BN Kepada Rakyat

    HarakahDaily.Net - Kenaikan harga minyak "hadiah istimewa" BN pada rakyat

    KEMPEN BEBASKAN TAHANAN ISA

    Hari ini 7 Jun, jam 8.00 mlm di Kem Tahanan Kemunting


    Friday, June 6, 2008

    Erap Says Anwar Is 'Icon' of Malaysian Democracy

    By ROY MEDINA (abs-cbnNEWS.com)

    A dinner with former Philippine Presidents Corazon Aquino and Joseph Estrada will be among the highlights of the two-day visit of ex-Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim to the Philippines.

    "We'll have dinner with Cory and discuss our respective country's problems, talk about general views on the ASEAN (Association of Southeast Asian Countries)," Estrada said Thursday in a telephone interview with abs-cbnNEWS.com.

    The dinner will be held Friday in Estrada's residence in North Greenhills, San Juan.

    In an interview with ANC, Estrada said Anwar and Mrs. Aquino are symbols of democracy in their respective countries.

    "I believe, in deputy minister Anwar, he's the icon of democracy in Malaysia, while I consider former President Cory Aquino as the mother of democracy in the Philippines. So I've invited the two of them to have dinner here in my house," Estrada said.

    He also compared the experience of Anwar under former PM Mahathir Mohamad and his own experience under President Arroyo.

    "There is a parallelism between the former deputy prime minister and myself. Both of us were jailed, and his wife and daughter ran and won in the parliament. And my wife and my son won in the elections for the Senate. So, there is somewhat of a parallelism betwen the two of us," Estrada said.

    Estrada was under house arrest during his 5-year trial for plunder or large-scale corruption. He was found guilty in September 2007 but was immediately pardoned and ordered released by President Arroyo.

    Anwar was jailed starting in 1999 after being found guilty of corruption and sodomy. He was freed in 2004.

    "I am just happy I'll see him for the first time, for more than seven years. I will see the former deputy minister together with President Cory Aquino," he said.

    Considering the short visit of Anwar, Estrada said he may not be able to take him to his resthouse in Tanay, Rizal which he developed into a small, family resort while serving time.

    "No time for that...he will only be here for two days," he said.

    A statement from Estrada spokeswoman Margaux Salcedo said Anwar will also attend a forum entitled "Islam, Politics and the Prospects for Peace" at the RCBC Plaza building in Makati.

    "This (visit) is primarily for a social visit to old friends, including former President Joseph Estrada, and to attend a forum at the RCBC Makati," Salcedo added.

    Salcedo described the friendship of the two former leaders as unique.

    "The friendship between Anwar and Estrada is unique because their political careers run parallel lines," she said.

    "Anwar is considered the 'voice of democracy in Malaysia' while Erap is considered the 'voice of democracy' in the Philippines," she added.

    PERBANDINGAN YANG TIDAK TEPAT

    Harga petrol terkini di Malaysia RM2.70 seliter, manakala di negara jiran yang bukan pengeluar minyak dijadikan perbandingan oleh pemimpin Be End termasuk;

    Singapura - RM5.07 Filipina - RM3.45 Thailand - RM4
    Indonesia dan Brunei tidak dimasukkan dalam perbandingan itu. KENAPA?

    Bagaimana pula harga petrol di negara pengeluar minyak berikut:

    UAE – RM1.19 Mesir – RM1.03 Bahrin - RM0.87 QatarRM0.68 Kuwait – RM0.67 Arab Saudi RM0.38 Iran– RM0.35 Nigeria– RM0.32 Turkmenistan– RM0.25 Venezuela– RM0.16
    Jauh sungguh perbezaannya. Bagaimanakah negara ini tidak terjejas berikutan harga minyak global yang melambung? Bijak sangatkah pemimpin mereka?
    Ke mana hilangnya roh kata-kata keramat MALAYSIA BOLEH yang membawa kita mengelilingi dunia, menakluki puncak tertinggi, menjejak kaki ke kutub?
    Maka sebab itu Pakatan Rakyat yang ditunjangi DS Anwar Ibrahim, berulangkali menyatakan bahawa harga petrol di Malaysia dapat diturunkan. Kita sudah memikir dan mengkaji mekanisme yang sepatutnya.

    Thursday, June 5, 2008

    DEMO NAIK MINYAK DI SATOK,KUCHING

    Muka depan edisi 4 Jun,Suara Keadilan terpampang tajuk utama "SAYA AKAN TURUNKAN HARGA MINYAK-ANWAR". Ironinya pada jam 4 petang 4 Jun 2008, Pak Dolah mengumumkan harga petrol naik akibat harga minyak global yang tinggi.
    Jam 5 petang tadi ketika jalan sesak di Satok hampir 300 ahli PKR menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak. Diketuai YB Dominic serta ahli-ahli mula berkumpul sekitar KFC Satok jam 4.30 petang untuk menyatakan tentangan terhadap kepimpinan Be End yang ternyata gagal mengimbangi kenaikan harga minyak.
    Malaysia adalah antara pengeluar minyak, tetapi harga minyak sama dengan negara bukan pengeluar. Subsidi atau rebet cuma diberikan kepada pemunya kenderaan. Bagaimana dengan mereka yang tinggal di Baram, Kapit, Belaga serta tempat lain yang bukan nelayan, bukan pemilik kenderaan berdaftar?
    Undi dan pilihlah Be End untuk menikmati sengsara harga barang naik

    Wednesday, June 4, 2008

    DSAI dalam Bloomberg

    NAIK DAN NAIK LAGI

    Petrol RM2.70 seliter? Masih murah daripada Singapura dan Thailand. Kepada yang layak pula akan dipulangkan RM625 semasa pembaharuan cukai kenderaan.
    Apa benda ni? Malaysia pengeluar minyak. Mencukupi untuk kegunaan negara, tetapi hendak dibandingkan dengan negara yang tidak mengeluarkan minyak.
    RM625 itu bersamaan dengan berapa liter? Tak cukup untuk kegunaan sebulan. 11 bulan lagi pakat-pakat isi air. Kot-kot kereta kita makin laju...
    Memang sudah dijangka kerajaan Be End akan menaikkan harga petrol. Perolehan Petronas melebihi RM100 billion ke mana nak dibelanjakan? Tiadakah mekanisme lain untuk mengatasi dan mengurangkan beban rakyat kebanyakan.
    Dan tentu sekali selepas jam 12 malam ini, harga susu, roti, minyak masak serta keperluan lain akan naik harga juga. Sebab itulah BN adalah BARANG NAIK......

    CAKAP BERDEGAR-DEGAR

    Petang semalam, seorang teman pengamal undang-undang lulusan LLB mempelawa minum. Seperti biasa nescafe o menjadi pilihan. Kononnya dia mengikuti perkembangan politik saya sejak 2006 semasa bertanding di DUN Sadong Jaya. Kurang 858 undi untuk ditauliahkan menjadi ahli politik sebenar.
    Terima kasih kerana meluangkan masa meneliti arus politik di Sarawak amnya, tentu sekali PKR yang menjadi dokongan saya sekarang.
    Dia terkilan kerana PKR meletakkan ramai calon yang tidak cukup standard pada 2006 (DUN) dan 2008 (PRU12). Katanya PKR Sarawak telah menjatuhkan maruah orang Sarawak keseluruhannya kerana gagal mengetengahkan calon yang betul-betul 'kow'. Calon yang betul-betul seimbang untuk menandingi pihak Be End. Maka dihentamnya saya serta kepimpinan PKR Sarawak secukupnya. Kalau dalam sukan tinju, saya ketinggalan 0 mata berbanding dia 20 mata. Jauh dan mustahil dikejar.
    Setelah lebih setengah jam dia memonopoli percakapan, saya membuat satu pukulan tepat ke mukanya. SUDAHKAH MENGISI BORANG MENJADI AHLI PKR. Jawapannya BELUM. Kemudian disusuli pukulan KO, beginilah sikap orang Melayu. Mengkritik nombor satu, mencari kesalahan orang lain nombor satu, tetapi jika disuruh membuat, mengetuai, turut serta enggan. Biar kitak orang dolok. I ikut kemudian. Nyokong dari belakang jadilah......

    Monday, June 2, 2008

    Strategi Mengeratkan Kerjasama Pakatan Rakyat

    Detik 3 bulan pemerintahan PR di 5 buah negeri semakin hampir. Kerjasama yang dipegang semakin kukuh. Dalam pada itu Ketua Umum, PKR, DSAI menggariskan beberapa lagi strategi ampuh untuk memperkukuhkan lagi ikatan PR.
    Penubuhan Sekretariat Bersama untuk membincangkan segala isu berkaitan akan diketuai oleh Dr. Syed Hussin (PKR), Tan Kok Wai (DAP) serta Dato' Kamaruddin Jaafar (PAS). Sekretariat ini juga diamanahkan menyiapkan kerangka kasar konsep Pakatan Rakyat.
    Jawatankuasa Penyelaras Parlimen pula diwujudkan supaya ada penyelarasan semasa persidangan parlimen. Ianya diketuai Whip PR, Azmin Ali, Dr. Tan Seng Giaw, Sallahuddin Ayub serta beberapa ahli parlimen lain.
    Kesepakatan amat dituntut untuk membuka mata semua pengkritik yang sering menidakkan kewujudkan PR

    Sunday, June 1, 2008

    MARI BOIKOT UTUSAN & MINGGUAN MALAYSIA

    DSAI IBRAHIM DAN KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT, TELAH MENGGESA SEMUA AHLI DAN PENYOKONG PAKATAN TERMASUK 5 BUAH NEGERI AGAR BERHENTI MELANGGAN DAN MEMBACA AKHBAR TERSEBUT BERMULA 27 MEI 2008.

    ALASAN JELAS DAN NYATA. AKHBAR INI TELAH MEMANIPULASI KEADAAN DAN SENGAJA MENSENSASI SEMANGAT PERKAUMAN YANG MENEBAL. AKHBAR INI TELAH DENGAN SENGAJA MEMBANGKITKAN RASA TIDAK SELAMAT ORANG MELAYU DAN SENTIASA PREJUDIS TERHADAP DSAI, DAP SERTA KEPIMPINAN PR KESELURUHANNYA. AKHBAR INI TURUT MENJADI WADAH UMNO KHASNYA MENIDAKKAN USAHA KERAJAAN NEGERI PAKATAN UNTUK MENTADBIR MENGIKUT ACUAN PAKATAN.

    ORANG RAMAI BOLEH MENILAI KUALITI, KANDUNGAN SERTA TUJUAN LAPORAN DALAM AKHBAR INI. KENAPA SETELAH 8 MAC, BARU BERIYA-IYA HENDAK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN ORANG MELAYU. KENAPA 50 TAHUN ITU, BERLALU TANPA KESAN.

    Selamat Hari Gawai Dayak

    Gayu Guru Gerai Nyamai buat teman-teman seperjuangan. Untuk Nicholas Bawin,Paul Raja, Harisson Ngau, Baru Bian, Cobolld Lusoi, Ibi, Peter John dan ramai lagi.