Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, January 15, 2009

    MANGSA BANJIR DI SADONG JAYA TIDAK MENDAPAT BANTUAN

    KASIHAN.. Itu yang mampu terdetik di hati tatkala mendengar rintihan, sungutan dan rasa tidak puas hati mangsa banjir semasa saya melawat mereka semalam.

    Memang ada kebenaran apa yang diluahkan oleh YB Datuk Seri Tiong bahawa operasi bantuan banjir tahun ini lembab dan tiada penyelarasan mantap. Perkara yang sama diakui sendiri oleh YB Dominique yang menerima banyak aduan daripada mangsa banjir.

    Kerja-kerja bantuan tidak seperti yang dijanjikan oleh Pengerusi Bencana Negeri, YB Datuk Dr Chan beberapa hari sebelum banjir melanda Sarawak. Indah khabar dari rupa. Beliau mendakwa semua jentera bantuan telah siap-sedia sepenuhnya.

    Penduduk Kpg Ensika di Simunjan telah memohon bantuan daripada pegawai di Pejabat Daerah Simunjan, tetapi terpaksa balik hampa kerana diberitahu yang pejabat tersebut tidak mempunyai sebarang bentuk bantuan.

    Mangsa banjir di Serian turut mendakwa bahawa pusat pemindahan banjir mereka tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

    Keadaan di sekitar Bau, kawasan yang paling teruk dilanda banjir, turut mengalami kekurangan bantuan. Penghuni 3 buah rumah yang rosak akibat tanah runtuh tidak dibantu. Belakan makanan amat kurang.

    Di bandar Kuching, bantuan yang disediakan terutama bagi penduduk di Seberang Hilir termasuk Kpg Bintawa, Kpg Pulo, nampaknya berpilih-pilih. Difahamkan bantuan makanan diterima oleh mereka yang kurang terjejas. Mangsa sebenar cuma mendapat saki- baki. Bantuan makanan telah diagihkan di dewan berdekatan rumah YB Nancy dan sudah tentu mereka yang rapat dengan keluarga YB tersebut sahaja yang mendapat lebih. Mereka yang lambat mendapat berita putih mata.

    Semalam, semasa kumpulan yang saya ketuai hendak memberi bantuan makanan kepada mangsa di Kpg Semera, seorang pegawai di Pejabat Daerah Asajaya telah memberi arahan kepada pasukan petugas supaya tidak menerima bantuan daripada PKR. Amat pelik dan janggal pegawai ini. Usaha saya menghubungi beliau masih gagal.

    Malangnya, mangsa banjir di Kpg Rangawan, Kpg Sg Putin, Kpg Rangkang, Kpg Pelandok dan Kpg Iboi yang semuanya di Sadong Jaya didapati tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak berwajib. Pegawai dari Pejabat Asajaya cuma membuat tinjauan menggunakan kereta, selepas itu berlalu tanpa memberi bantuan yang penduduk harapkan.

    Difahamkan mereka telah lebih 1 bulan tidak dapat turun ke laut atau ke kebun kerana cuaca tidak menentu. Hujan dan laut bergelora menghalang mereka mencari rezeki. Simpanan makanan susut dan ditambah banjir selama 2 hari itu, menyulitkan lagi kehidupan mereka.

    Bantuan yang tidak seberapa hasil derma ahli parti dan mereka yang prihatin telah diagihkan kepada 85 keluarga. Setiap bungkusan yang kami sediakan cuma mengandungi 1 kg lebih beras serta makanan lain. Bayangkan kami cuma mampu menyediakan 10 beg beras, 60 kg gula, 13 kg garam, 4 kotak mi segera, 40 bungkus mi hoon, 10 tin sardin, 5 kg kopi, 60 kotak kecil teh, telur 2 tray dan 10 kg minyak masak.

    Namun mereka yang menerima berasa amat bersyukur kerana masih ada orang yang memperdulikan mereka.

    Hari ini, saya telah menerima 10 beg beras daripada 2 orang berbangsa Cina yang prihatin untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

    Sehubungan itu, saya merayu kepada semua warga yang prihatin agar menyumbang makanan atau wang tunai supaya PKR Sadong Jaya dapat menyalurkan bantuan kepada kira-kira 50 keluarga dari 5 buah kampung yang tercicir ini.