
"Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di Kuala Terengganu untuk pilihanraya kecil. Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. "Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.
Sebelum itu, Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan berkata,
"Orang bukan melayu di Pantai Barat mungkin tidak berapa faham kerana telah diputarbelit oleh media kerajaan yang sengaja ditakut-takutkan dengan hukum rejam dan potong tangan. Walhal hudud bukan begitu.” (Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan)