Pertama sekalung tahniah buat pengundi KT yang berani menentang arus. Jika bersandarkan laporan media yang dikuasai BN, PAS akan tersungkur. Tiada harapan menang.
Di Wakaf Mempelam, lebih 100 ahli PAS masuk UMNO. Ditayang seluruh Malaysia menerusi TV3 wadah propaganda BN. Satu kejayaan BESAR MB Terengganu yang dapat 'membeli' muka-muka tersebut. Dikhabarkan mereka bukanlah ahli PAS sejati tetapi ahli UMNO yang diarah berlakon.
Dipaparkan di Utusan Malaysia, bagaimana kuat dan bersungguh-sungguh Wan Farid mengangkat seorang tua yang sakit ke keretanya untuk dibawa ke hospital. Jika semua wakil rakyat BN bersikap begini, maka jimatlah kos petrol Kementerian Kesihatan.
Turut ditonjolkan si bibir merah celup, membantu menolak kereta sorong seorang tua . Tidak ada orang sebaik hati seperti dia di dunia ini. Amat prihatin bakal PM kita itu. Namun bayangan riak dan kepura-puraan jelas kelihatan.
Isteri si bibir merah celup, mengistiharkan bahawa dia menelaah agama, dan mengaji selama 3 jam setiap Khamis. Amat beruntung rakyat Malaysia kerana mempunyai bakal PM yang isterinya rajin mendalami Islam Hadhari. Semoga tidak ada lagi skandal-skandal yang memalit arang ke muka.
Sarapan pagi bersama pengundi Cina di sebuah restoran di KT menjadi agenda utama lawatan singkat Pak Lah pagi itu. Amat pemurah PM kita menjamu rakyat dengan duit rakyat sedangkan mangsa banjir di Sarawak dilupakan.
Perhimpunan yang entah pelbagai nama diberikan supaya nampak halal dianjur dan dihadiri ketua-ketua lanun BN. Kos mengangkut orang ramai, makanan, kos persiapan entah duit siapa dibazirkan.
Pengumuman demi pengumuman sambil menabur gula-gula diadakan. Pelbagai subsidi dan bantuan meluncur keluar dari mulut si bibir merah celup dan penolong-penolongnya. Tanpa segan silu cuba memperbodohkan rakyat dengan kata-kata manis yang kerajaan BN amat sayangkan rakyat KT.Amat mengambil berat kebajikan rakyat.
Jalanraya berlubang diturapkan, parit sempit diperbesarkan, lampu jalan dipasang baru, bangunan kerajaan dicat semula, tiada masjid, buat masjid walaupun tapak belum ada, rumah rakyat miskin diperbaiki, anak yatim piatu diberi bantuan, orang tua dikasihani, para petani nelayan ditambah subsidi, kaki tangan kerajaan dijanjikan kemudahan. Pendek kata apa sahaja kekurangan di KT akan diperbaiki dalam masa 24 jam. Amat efisen pentadbiran kerajaan BN. Namun itu cuma sandiwara semata-mata sekadar mengambil hati rakyat KT.
Sebab itulah, sama-sama berdoa agar Pilihanraya Kecil seperti ini diadakan selalu. Lebih kerap lebih bagus supaya rakyat yang untung dilimpahi segala bentuk bantuan. Jika tidak, kempunanlah rakyat untuk menikmati hak mereka secepat kilat seperti di KT.
Kita sama-samalah menanti PENSIANGAN, Sabah dan LUBOK ANTU, Sarawak.