Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Saturday, January 3, 2009

    BN SARAWAK- KETAKUTAN SEMAKIN MENJADI-JADI

    James Masing telah meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Tidak lain tidak bukan, ancaman PKR semakin mengila terutama di kawasan majoriti Dayak. Masyarakat Dayak telah sedar akan tipu muslihat juak-juak yang cuma pentingkan poket sendiri. Kaum Dayak telah buka mata akan penipuan dan putar belit yang mengakibatkan hak ke atas tanah pusaka moyang jatuh ke tangan syarikat kroni pemerintah.

    Masing secara langsung mengakui kebangkitan rakyat merupakan menefestasi penolakan rakyat terhadap cara pentadbiran BN. Ini merupakan ancaman besar terhadap kelangsungan riwayat kerajaan BN.
    Akibat ketakutan dan kegelisahan pemimpin BN, maka mereka sedaya upaya cuba mengekang PKR daripada terus mendampingi rakyat. Pelbagai cara dilakukan.

    Hasilnya, YB Gobala dinafikan hak sebagai seorang wakil rakyat daripada masuk ke Sarawak. Abg Jo, Daud dan beberapa kerat kaki bela Taib, menafikan kaitan kerajaan negeri dengan larangan tersebut.

    Malah sudah ada desas desus tersebar yang Dato' Seri Anwar, Lim Kit Siang, Datuk Nik Aziz, Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan Karpal Singh akan dilarang memasuki Sarawak. Ada sumber yang terhidu perancangan ini. Jika ini dilaksanakan maka saya percaya rakyat Sarawak akan bertambah meluat dan jelek dengan corak kepimpinan BN. Pasti mereka akan bertindak balas terutama semasa pilihanraya nanti.

    Seperkara lagi yang membuktikan BN semakin cemas ialah pembatalan 2 buah tempat yang sepatutnya menjadi venue Majlis Makan Malam Perdana. Lokasi pertama sudah 100% bersetuju dengan beberapa syarat. Salah satunya ialah tidak dibenarkan memasang bendera PKR. Kita akur tetapi 2 hari lalu pihak pengurusan membatalkan tempahan PKR dengan alasan PKR parti politik. Mereka tidak mahu tempat mereka dicemari unsur politik.

    Sementara tempat kedua, Stampark menggunakan alasan sudah ada pihak lain yang menempah dan membayar deposit. Sedangkan sebelumnya menyatakan tempat mereka boleh digunakan.

    Apa pun alasan, kita faham itu cuma alasan klasik. Sebenarnya ada tangan ghaib di sebalik pembatalan tersebut.

    Dato' Seri Anwar telah menghantar sms, agar jamuan ini tidak dibatalkan atau ditangguh. Beliau mencadangkan agar majlis dipecah-pecahkan samada ke 2 atau 3 tempat. Beliau bersetuju untuk berucap di semua tempat. Apa yang penting mesej hendaklah sampai ke akar umbi.

    Sekarang pihak kami masih mencari dan memikirkan lokasi lapang yang boleh memuatkan sehingga 500 meja. Insya Allah berkat doa penyokong perubahan, kita akan dapat mengadakan jamuan tersebut pada 9 Januari nanti seperti yang dirancang.