Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, January 12, 2009

    Pendedahan Ezam sudah tidak relevan

    Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberi respon atau menjawab sebarang pertuduhan seperti yang dicabar oleh bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor mengenai dua perkara penting yang didedahkannya sewaktu berkempen di Kuala Terengganu kelmarin.

    Beliau sebaliknya mendakwa Ezam diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk meraih undi.

    "Saya tidak pernah respons kepada Ezam, sejak bila saya respons kepada dia?

    "Di Permatang Pauh mereka gunakan dia, setiap pilihan raya kecil dia akan digunakan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cabaran Ezam supaya menjawab pendedahan terbaru berhubung

    Semalam, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat.

    Malah Ezam turut mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.

    Ditanya sama beliau ingin menafikan atau mengakui mengenai pendedahan Ezam itu, Anwar berkata, isu merupakan isu lama yang sudah tidak relevan.

    "Dia cakap mengenai isu bila, 1998? Sekarang sudah 2009, dia tunggu 11 tahun untuk fikir," katanya.

    Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata isu yang dibangkitkan Ezam tiada kaitan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

    "Apa isunya? Saya tak nampak sebarang isu yang cuba beliau bangkitkan," katanya.--mSTAR