Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, January 22, 2009

    SANYAN - ADIK TAIB LWN RAKAN KONGSI KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN

    KUCHING, 22 Jan (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan menetapkan dua hari mulai 10 Mac ini untuk mendengar rayuan sama ada para peguam Sarawak berhak untuk mewakili dalam rayuan yang didengar di Putrajaya dalam kes yang berasal dari Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

    Mahkamah itu juga akan mendengar sama ada Akta Profesion Undang-undang mempunyai bidang kuasa terhadap peguam yang berpangkalan di Semenanjung yang mempunyai lesen sementara untuk bertindak sebagai peguam di mahkamah rayuan di Sarawak.

    Keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi yang bersidang bersama-sama Tan Sri Alauddin Mohd Sherriff dan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman.

    Isu berkaitan latar belakang sejarah membabitkan Perjanjian 12 Perkara, undang-undang berperlembagaan, Akta Profesional Undang-undang (LPA) dan Ordinan Peguam Bela Sarawak dijangka dibangkitkan.

    Peguam Sim Hui Chuang yang mewakili ahli perniagaan Datuk Muhammad Tufail Mahmud dan lapan yang lain memohon pendengaran itu dalam usaha untuk menghalang seorang lagi ahli perniagaan Sarawak Datuk Ting Cheuk Sii daripada melantik peguam berkhidmat di Semenanjung Tommy Thomas untuk mewakilinya dalam rayuan berkaitan isu syarikat dan pertikaian bagi penutupan syarikat itu.

    Katanya Ordinan Peguam Bela Sarawak tidak membenarkan peguam yang berpangkalan di Semenajung mewakili dalam kes yang berasal dari Sarawak.

    Isu itu bermula daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 26 Julai, 2007 yang menolak satu petisyen mengikut Seksyen 181 Akta Syarikat dan terhadap satu lagi petisyen untuk menutup Sanyan Holdings Sdn Bhd yang berpangkalan di Sibu.

    Tahun lepas, Ting merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tetapi Muhammad Tufail membantah beliau melantik Thomas sebagai peguamnya.

    Pada 7 Nov, Mahkamah Rayuan menolak bantahan itu dengan menyatakan Thomas mempunyai hak untuk mewakili di mahkamah itu apabila ia bersidang di Putrajaya seperti termaktub dalam LPA dan bukannya Ordinan itu.

    -- BERNAMA