Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, January 26, 2009

    GEORGE CHAN RETIRED.

    KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan mengesahkan beliau tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau yang dipegangnya sejak 1983 pada pilihan raya negeri akan datang.


    Beliau, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata setakat ini beberapa pemimpin muda dalam SUPP telah dikenal pasti untuk menggantikan tempatnya sebagai calon ADUN di Piasau pada pilihan raya negeri yang akan diadakan selewat-lewatnya tahun 2011.


    "Ya (tidak akan bertanding), perkara ini telahpun saya katakan sebelum ini termasuk kepada pihak media (akhbar Cina)," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka SUPP sempena Tahun Baru Cina di sini, hari ini.


    Katanya, SUPP akan memberi tumpuan untuk memperkukuhkan semula parti tersebut termasuk membimbing lebih banyak pemimpin muda dalam parti yang dapat bekerjasama rapat dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.


    Dr Chan, 73 tahun, pernah menjadi Anggota Parlimen Lambir pada 1982 sebelum menjadi Adun Miri bermula 1983 dan 1987, kemudian sebagai Adun Piasau (sebelum itu dikenali DUN-Miri) pada 1991, 1996, 2001 dan 2006.

    Umur 73 tahun memang sesuai untuk bersara. Tetapi Taib (lahir 21 Mei 1936), Jabu bila lagi. Taib kata belum jumpa pengganti yang sesuai. Apakah pelapis BN yang ada dan berumur sekitar 60 tahun belum matang dan tidak layak memimpin Sarawak. Abg Johari ada, Adenan ada, Awg Tengah ada, Effendi Norawi ada. Oh... semua ini adalah hampas. Jika dalam PR ada YB yang baru berumur 28 tahun, diberi peluang dan mereka ini menampakkan kebolehan. Saya fikir selama ini Taib memang sengaja tidak mahu melepaskan jawatan KM kerana sudah terlalu selesa duduk di kerusi keemasan miliknya. Sarawak sudah macam kepunyaan peribadi. Atau dia akan serahkan kepada anaknya Sulaiman.