Banyak yang hendak dirakam seusai Majlis Makan Malam 90109 yang berjaya menggamit lebih 6000 hadirin. Hujan renyai kadang kala lebat tidak menghalang orang ramai berbondong-bondong memenuhi tapak jamuan. Namun setelah berminggu-minggu membuat persediaan, dengan 2 kali pertukaran lokasi., saya keletihan dan demam. Hari ini dah ok sedikit.
Kedatangan mereka bukan benar-benar hendak makan. Kalau hendak menjamu selera bukan majlis seumpama ini tempatnya. Pengalaman saya setelah 3 jamuan mega, makan menjadi perkara sampingan. Semuanya hanya kerana satu hasrat. Ingin mendengar amanat dan kata pesan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak.
Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor dalam ucapannya, berkongsi pengalaman mentadbir Selangor. Tiada yang mustahil. Sudah tidak ada istilah TIDAK BOLEH dalam merealisasikan matlamat penubuhan dan perjuangan Keadilan. Sebelum 8 Mac, tiada siapa yang memberi harapan Keadilan dan PR boleh merampas tampuk pemerintahan Selangor. BN Selangor terlalu ampuh dengan jentera yang tersusun dan wang ringgit yang banyak.
Dengan restu illahi dan semangat kental jentera Keadilan dan anggota PR yang lain, akhirnya sedah 10 bulan Selangor dalam genggaman PR. Pentadbiran selama 10 bulan itu, bukan penanda aras hakiki mengukur keberkesanan prestasi PR. Walau bagaimanapun, banyak usaha yang telah dibuat demi memelihara kebajikan rakyat. Beberapa bentuk bantuan diperkenalkan yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN sebelumnya.
DSAI seperti biasa terus berikrar, akan membantu rakyat negeri Sarawak memperjuangkan hak mereka yang kian dilupakan oleh Taib dan gengnya. Tanah rakyat dirampas atas nama pembangunan dan diberi pampasan yang kecil. Kemudian tanah itu dijual kepada syarikat besar dengan harga berlipat ganda. Wang penjualan tanah dibahagi sesama sendiri. YB yang ada menjadi broker penjualan tanah rakyat. Tak percaya cuba tanya Awg Tengah, Noroden, Jabu dan yang lainnya.
Contoh terbaharu ialah pengambilan tanah di kawasan Bengoh untuk tujuan pembinaan Empangan Bengoh. Tanah pusaka nenek moyang diambil dengan pampasan yang tidak setimpal. Sebab itu penduduk menolak cek yang diberi. Mereka bertindak mencabar pengambilan tanah di mahkamah. Kebetulan kontraktor utama yang membina empangan tersebut, adalah suku sakat pemerintah sendiri. Untuk menghalalkan pembinaan, rakyat yang menjadi miskin. Yang Broker menjadi kaya.
Anwar berjanji akan datang sekurang-kurangnya sebulan sekali ke Sarawak. Beliau akan mengetuai Pilihanraya DUN yang dijangka diadakan bila-bila masa. Melihat perkembangan dan kebangkitan rakyat, BN tentunya tidak akan menanti lebih lama. Mereka khuatir semakin ramai rakyat yang memberontak, maka semakin sukar peluang BN mempertahan empayar mereka.
Anwar berjanji akan menggubal semula akta dan undang-undang berkaitan, agar hak rakyat dapat dipulangkan kepada rakyat. Di antaranya ialah berkaitan tanah NCR. Sehabis tempoh pajakan syarikat sawit, tanah tersebut akan dipulangkan kepada tuan punya asal. Ada juga cadangan agar syarikat tersebut, memasukkan tuan punya tanah sebagai pemegang saham syarikat. Tidak ada yang mustahil.
Untuk merealisasikan ini, maka terpulang kepada kebijaksanaan rakyat membuat pilihan. Kekal di bawah pentadbiran BN, maka semakin terhakis tanah. Mahu di bawah pemerintahan PR, maka tanah akan dipulangkan. Pilih sendiri.