Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, January 18, 2009

    Pilihanraya KT Akan Jadi Inspirasi Rakyat Sarawak

    Kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu akan menjadi inspirasi rakyat Sarawak untuk melaksanakan perubahan.

    Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT), Yb Dominique Ng dengan kenyakinan pengundi di Kuala Terengganu, rakyat Sarawak kini mempunyai kenyakinan untuk berubah.

    Tambahnya lagi Kuala Terengganu telah menunjukan kekuatan rakyat untuk menolak Barisan Nasional serta menunjukan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

    “Ianya adalah permulaan untuk tahun baru 2009 serta selepas Permatang Pauh, rakyat telah terus menolah BN,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan pagi ini.

    Dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Pas, Mohd Abdul Wahid Endut telah menewaskan calon Barisan Nasional Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631

    KeADILan dan Pakatan Rakyat katanya kini sedang bekerja keras untuk membawa perubahan kepada Sawarak. Menurutnya, beliau yakin Pakatan Rakyat mampu merampas Sarawak.

    “Kita sedang mempersiapkan kerja bagi membawa keyakinan terhadap rakyat di sini. Dan saya yakin kita mampu mendapat majoriti yang besar seterusnya menjadikan Sarawak negeri Pakatan Rakyat,” katanya lagi.