Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.
Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Dalam aduannya, Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.
Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lalu daripada seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit - Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd.
Aduannya diterima oleh Pengerusi SPRM Selangor, Mohd Shamsuddin Yusof di Plaza Masalam, Shah Alam pada jam 10.45 pagi.
Benar atau tidak berita ini seperti didakwa, saya tidak terkejut. Memang orang BN masih melambak di pelbagai agensi kerajaan di Selangor. Mereka akan mengambil segala peluang dan ruang untuk membalas dendam kekalahan Mac 08. Dan jika diteliti, jika benar sekalipun lembu itu bukan dimakan MB seorang, diagihkan kepada rakyat. Apa salahnya? Lainlah jika duit itu masuk saku MB sendiri, maka wajar laporan dibuat. Tapi bagaimana pula dengan pemimpin BN yang menggunakan peruntukan kerajaan untuk kepentingan sendiri. GERAK patut memantau keadaan ini, terutama dalam konteks Sarawak.