Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Friday, January 16, 2009

    RASUAH - TENDER BEKALAN MAKANAN KE SEKOLAH DIRAGUI.

    PKR Sarawak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan salahguna kuasa terhadap individu berikut berhubung pengagihan tender bernilai RM1.3 billion:-

    (i) Pegawai Perolehan di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya berhubung telah memuktamadkan Tender Bekalan/Perkhidmatan Makanan Mentah, Makanan Bermasak, Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata dan Pembersihan kawasan sekolah-sekolah di Sarawak.

    (ii) Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak dan Penolong Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sarawak kerana dipercayai tidak telus dan gagal mematuhi syarat wajib untuk layak ditawarkan kontrak.

    2. Pihak ini dipercayai “memintas” Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) , atas alasan beliau ada tugas rasmi dan berada di luar Sarawak untuk memanipulasi tender sekolah-sekolah di Sarawak.

    3. PKR berasa sangat kesal kerana pihak berwajib masih belum mengambil sebarang tindakan susulan walaupun laporan rasmi sudah dibuat.

    4. PKR akan menubuhkan suatu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara ini dan menyerahkan hasil siasatan serta bukti-bukti kukuh kepada SPRM serta dipanjangkan ke Parlimen Malaysia melalui wakil rakyat PKR.

    5. PKR juga menggesa semua kontrak yang melibatkan syarikat kontroversi terbabit di bekukan serta-merta dan diserahkan kepada pembida yang telah disenarai-pendek yang lebih berhak.

    6. PKR juga menuntut penjelasan daripada Menteri Kewangan bagaimana syarikat yang disenarai-hitamkan boleh mendapat tender, serta atas dasar apakah syarikat yang sudah dibatalkan pendaftarannya layak diberikan kontrak dan syarikat-syarikat yang tidak memenuhi kriteria pemilihan dipilih?

    7. PKR juga mempunyai bukti berlaku penyelewengan serius, termasuk tindakan pemalsuan tandatangan pegawai untuk membuktikan pembida membuat lawatan tapak.

    Haji Baharuddin Dato Mokhsen.