Demikian pendapat ahli majlis tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo dalam memperkatakan punca kekalahan parti itu di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Katanya imej sedia ada Barisan Nasional (BN) sama ada dari segi pendekatan kempen, slogan mahu pun imej-imej poster dan baju harus diberi nafas baru.
"Imej BN hari agak kurang 'menangkap' jiwa anak-anak muda. Kempen BN juga harus menunjukkan ia sebuah perikatan yang berbilang kaum." kata Khir dalam blog peribadinya.
Malah katanya kempen berasingan Umno untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk masyarakat tionghua dan MIC untuk kaum India sudah ketinggalan zaman. Sungguhpun tidak dapat menafikan kepentingan setiap parti ini memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing, namun kempen pilihan raya harus menampakkan keakraban antara kaum ini.
"Tapi pembaharuan terhadap BN merupakan perkara titik bengit yang mungkin tidak penting jika pembaharuan lebih besar dapat dilakukan oleh BN iaitu pembaharuan dalam kerajaan yang dikuasai oleh BN," katanya.
Sumber Harakahdaily.net
Teringat semasa pilihanraya 2006 di mana penduduk Sadong Jaya begitu berminat dengan bendera Keadilan. Mereka pertama kali melihat dan memegang bendera tersebut. Menurut mereka warna bendera Keadilan lebih menarik dan kontras jika dibandingkan dengan bendera ketinggalan zaman BN. Bendera Keadilan walaupun cuma satu di celah-celah puluhan bendera BN, tetap menyerlah. Dan selepas habis pilihanraya, bendera itu telah digunakan sebagai penanda pukat mereka di laut. Dari jauh sudah nampak.