YAB Datuk Seri Dr Mahathir.
Assalamualikum Warahmatullah.
Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan. Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka. Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya.
Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.
Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat. Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.
Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri. Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama. Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.
Anwar Ibrahim.
8 September 1998
Inilah surat yang didakwa rahsia besar oleh Ezam dan telah didedahkannya kepada umum semasa kempen di Wakaf Mempelam semalam. Persoalannya, apa yang tidak kena dengan surat ini? Di perenggan mana rahsia besar seperti yang didakwa? Pendedahan Ezam langsung tidak membawa erti untuk mempengaruhi pengundi KT menyokong calon BN. Pada hemat saya, kandungan surat ini menyerlahkan lagi hati budi DSAI yang pemaaf dan berterus terang. Dan semakin meluatlah orang ramai terhadap Ezam yang pandai bermuka-muka.