Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Friday, August 1, 2008

    ULANGTAHUN KE-5 PKR


    Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menyambut Ulangtahun ke-5 penubuhan Parti Keadilan Rakyat sempena kemasukan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dan 1,000 ahli baru ke dalam parti pada Ahad ini (3 Ogos). Majlis yang meraikan ulangtahun percantuman Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia serta kemasukan ahli baru beramai-ramai ini akan bermula dari 10 pagi ke 2 petang di Klang Executive Club.

    Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan parti akan hadir bersama dalam majlis tersebut.

    Pada malam yang sama, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah akan berucap dalam Ceramah Perdana ”Pakatan Menuju ke Putrajaya” pada 9 malam di Tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya, Pulau Pinang bersama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng dan Naib Presiden KeADILan YB Azmin Ali.