Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, August 4, 2008

    AHLI UMNO BUAT LAPORAN BPR TERHADAP PAK LAH

    Sesuatu yang jarang berlaku dan tidak pernah didengar dalam kelompok UMNO sebelum ini. Semakin ramai ahli yang sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden sendiri. Presiden yang juga merangkap Perdana Menteri. Jika sebelum ini, cuma cakap-cakap tanpa tindakan konkrit, tetapi esok sekumpulan ahli UMNO akan membuat perhitungan terhadap Pak Lah. Mereka akan membuat laporan rasmi mendakwa Pak Lah mengamalkan rasuah politik "of the highest order".
    Akan bertambah lagi koleksi sejarah hitam UMNO, apabila Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan, Dato' Zahar Hashim akan mengetuai sekumpulan ahli membuat laporan tersebut jam 9.30 pagi esok. Apa yang menariknya, Zahar turut mempelawa ahli-ahli lain berkumpul di Dataran Merdeka sebelum ke Pejabat BPR. Ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) serta beberapa veteran UMNO akan turut serta.
    Apa yang menjadi isu di sini adalah penawaran jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia oleh Pak Lah dan persetujuan Najib menerima peralihan tersebut. Walau apa pun alasannya, ini merupakan rasuah peringkat tertinggi yang akan menguntungkan Pak Lah dan Najib.
    Pak Lah juga turut dituduh melanggar etika kempen pemilihan UMNO dengan menjemput ketua/ahli dari cawangan dan bahagian seluruh negara dengan menyediakan hotel penginapan, wang saku, kain pelikat dan sejadah melalui jentera dan kewangan kerajaan.
    Sama-samalah kita lihat, berani atau tidak BPR bertindak jika laporan rasmi sudah dibuat.